CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 871|Reply: 0

United Perlu Belajar Lagi - Pogba - Berita Harian

[Copy link]
Post time 8-1-2021 11:05 AM | Show all posts |Read mode

Reaksi Pogba selepas Manchester United tewas 2-0 kepada Manchester City pada aksi separuh akhir Piala Liga, pagi tadi.


LONDON: Paul Pogba menyifatkan Manchester United berada di landasan yang tepat, namun perlu belajar daripada beberapa siri kekalahan mengecewakan di separuh akhir jika mahu kembali menjulang trofi.

Buat kali keempat dalam dua musim terakhir, pasukan bimbingan Ole Gunnar Solskjaer tersingkir daripada perebutan trofi di pusingan empat terakhir ketika mereka tewas 2-0 kepada Manchester City pada saingan Piala Liga, pagi tadi.

"Sudah tentu (mengecewakan) kerana ini juga bukan kali pertama menentang City di gelanggang sendiri," kata Pogba. United juga terkeluar pada peringkat sama dalam saingan itu selepas tunduk kepada pasukan Pep Guardiola musim lalu.

"Perincian (perancangan) membuatkan perbezaan sepanjang masa dan ketika perlawanan besar seperti ini, perancangan, 'set-piece' dan kami kalah dari aspek itu.

"Kami harus belajar. Kami harus belajar kerana ini bukan kali pertama."

Tidak seperti musim lalu, United sedang menempuh cabaran merebut gelaran Liga Perdana dengan mereka mengumpul jumlah mata sama dengan Liverpool dalam kelompok teratas carta dan memiliki satu perlawanan dalam tangan.

The Red Devils tidak memenangi liga sejak persaraan Alex Ferguson pada 2013 dan kali terakhir mereka memenangi Piala Liga pada 2017.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.055768 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list