CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1155|Reply: 0

Jaguh Olimpik, Agnes Keleti Genap 100 Tahun Esok - Berita Harian

[Copy link]
Post time 8-1-2021 11:42 AM | Show all posts |Read mode

Ahli gimnas dari Hungary, Agnes Keleti, yang juga juara Olimpik tertua, menyambut hari kelahirannya yang ke-100, esok. - Foto fail AFP


BUDAPEST: Ahli gimnas dari Hungary, Agnes Keleti, yang juga juara Olimpik tertua, menyambut hari kelahirannya yang ke-100, esok.

Keleti, juara lima kali berturut-turut dalam Olimpik dianggap ahli gimnastik hebat di Hungary selain seorang atlet Yahudi paling cemerlang dalam sejarah.

Ketika ditemui di kediamannya yang 'dihiasi' dengan pameran pingat Olimpik, Keleti sempat bergurau bahawa beliau tidak lagi dibenarkan membuat aksi gimnastik lagi.

"Saya diberitahu oleh penjaga saya bahawa ia tidak baik untuk membuat aksi pada usia begitu.

"Apapun saya masih sihat, namun saya tidak melihat cermin, itulah muslihat saya untuk kekal muda," katanya kepada AFP di Budapest, November lalu.

Lebih menarik, sempena sambutan kelahirannya yang ke-100, Keleti turut 'dihadiahkan' dengan penerbitan buku bertajuk "Ratu Gimnastik, 100 tahun Agnes Keleti".

Meskipun faktor usia menyebabkan ingatannya terjejas, namun semangat juang wanita itu kekal tinggi.

Selain kejayaannya di Olimpik dan menjadi mangsa yang terselamat dari bencana 'Holokus', kisah hidup warga emas ini tidak ubah seperti skrip filem Hollywood yang mencengkam.

Dilahirkan pada 1921, beliau secara keseluruhannya memenangi 10 pingat gimnastik, lima di Helsinki (1952) dan Melbourne (1956) yang majoritinya diraih selepas berusia 30 tahun, termasuk bertarung dengan pesaing jauh lebih muda.

"Saya berkecimpung dalam arena suka bukan sebab ia rasa seronok namun kerana saya ingin melihat dunia, " katanya kepada AFP semasa temuramah pada 2016.

Diletakkan dalam pasukan kebangsaan pada 1939, beliau memegang gelaran Hungary pertama pada tahun berikutnya, namun setahun kemudian dilarang menyertai sebarang aktiviti sukan kerana latar belakang keturunan Yahudi.

Selepas penaklukan Nazi Jerman di Hungary pada Mac 1944, beliau terselamat daripada dihantar pulang ke 'kem maut' selepas mendapatkan dokumen palsu dengan identiti sebagai pembantu Piroska Juhasz.

"Saya masih hidup kerana Piroska yang bukan sahaja membabitkan penukaran dokumen atau baju namun juga cara dia bercakap, " kata Keleti yang mengekalkan kecerdasannya ketika bersembunyi di luar bandar dengan melakukan rutin larian.

Bapa dan beberapa ahli keluarga Keleti terbunuh di Auschwitz, sementara ibu dan abangnya diselamatkan oleh diplomat Sweeden, Eaoul Wallenberg.

Keleti kemudiannya berhijrah ke Australia pada 1957, iaitu setahun selepas kegagalan pemberontakan anti Soviet di Hungary, sebelum menetap di Israel di mana beliau berkahwin dengan jurulatih sukan, Robert Biro pada 1959.

Mereka kemudiannya dikuarniakan dua anak.

Selepas bersara dari menyertai pertandingan, beliau bekerja sebagai guru pendidikan jasmani dan menjadi ketua jurulatih pasukan gimnastik kebangsaan Israel.

Beliau kemudiannya pulang di tempat asalnya di Hungary selepas Kejuaraan Atlet Dunia pada 1983 dan tinggal di kediamannya sekarang sejak 2015.

"Ia sangat bernilai untuk melakukan sesuatu yang baik dalam hidup, dengan segala perhatian yang saya terima, saya masih meremang setiap kali membaca semua artikel mengenai diri saya, " katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.066529 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list