CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1110|Reply: 0

Bayern 'Dihukum' Gladbach - Berita Harian

[Copy link]
Post time 9-1-2021 10:17 AM | Show all posts |Read mode

Pemain tengah Moenchengladbach, Florian Neuhaus (kanan) meraikan jaringan kemenangan pasukannya menentang Bayern Munich. - AFP


BERLIN: Ketua jurulatih Bayern Munich, Hansi Flick mengakui kesilapan dilakukan juara Eropah itu menyebabkan mereka kalah 3-2 pada saingan Bundesliga menentang Borussia Moenchengladbach pagi tadi.

Pendahulu liga itu mengalami kekalahan kedua musim ini yang boleh menyebabkan mereka melepaskan kedudukan teratas jika pasukan tangga kedua, RB Leipzig menewaskan Borussia Dortmund awal pagi esok.

"Gladbach sangat bagus, mereka menggunakan sepenuhnya tiga kesalahan dilakukan kami," kata Flick kepada DAZN.

"Kami bermain bola sepak yang bagus dalam 30 minit pertama dan mendominasi permainan, tetapi perkara kecil yang menentukan perlawanan - kesilapan oleh kami, hilang bola, pertahanan teruk.

"Kesilapan individu mengundang padah kerana mereka dihukum dan selepas 3-2, kami tidak mampu bangkit seperti diharapkan.

"Kami perlu menyalahkan diri sendiri kerana kekalahan ini."

Bayern mendahului 2-0 selepas 26 minit hasil penalti Robert Lewandowski dan jaringan Leon Goretzka di Borussia Park.

Bagaimanapun Gladbach bangkit apabila pemain tengah, Jonas Hofmann meledak dua gol bagi menjadikan 2-2 sebelum rehat dan kemudian membantu jaringan kemenangan Florian Neuhaus selepas rehat.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.118825 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list