CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 841|Reply: 0

Lampard Tidak Bimbang Prestasi Chelsea - Berita Harian

[Copy link]
Post time 9-1-2021 10:22 AM | Show all posts |Read mode

Pengurus Chelsea, Frank Lampard harap pemainnya segera bangkit untuk mempamer prestasi sebenar. - AFP


LONDON: Frank Lampard menegaskan pemain Chelsea tidak akan menyalahkannya selepas persembahan longlai yang mengancam musim mereka kali ini.

Pengurus Chelsea itu berdepan tekanan selepas empat kekalahan dalam enam saingan Liga Perdana menyebabkan skuad Blues jatuh ke tangga kesembilan.

Lampard sudah banyak kali berbincang dengan pasukannya dalam usaha mencari jalan mencipta kemenangan dan dia sedar sukar untuk menggembirakan semua pemainnya.

Pengendaoi berusia 42 tahun itu menjangkakan pemain yang tidak dapat bersama skuad pastinya kecewa, tapi dia percaya mereka akan menampilkan aksi sebenar di padang berbanding mengkritik bos dari belakang.

"Pengalaman berada di dalam skuad, saya boleh katakan dengan jelas kadangkala apa yang dikatakan pemain akan didengar dalam dunia terbuka dan apa yang berlaku di dalam bukanlah sentiasa perkara yang sama," kata Lampard.

"Saya benci mengaitkan perkara lama ketika saya bersama kelab kerana semua orang pasti bosan dengannya, terutama pemain.

"Di mana ketika ini kami berada jauh daripada menang gelaran Liga Perdana untuk tempoh beberapa tahun.

"Apabila anda membangunkan semula pasukan, anda akan mencari sesuatu bagi membantu meningkatkan skuad ini. Apabila sedang membangun anda melalui waktu yang sukar. Mereka perlu membalas, mereka perlu melaluinya.

"Pemain perlu melakukannya. Saya melihat dengan rapat pemain, sama seperti saya melihat diri sendiri kerana pemain akan melakukannya di padang tetapi saya sentiasa di depan."

Chelsea akan berdepan Morecambe pada pusingan ketiga Piala FA esok dalam usaha mencari semula prestasi selepas kekalahan 3-1 berdepan Manchester City minggu lalu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.328267 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list