View: 2013|Reply: 5
|
Tenung 'GF' Orang, Lelaki Ditikam Di Leher Dengan Pisau Stik
[Copy link]
|
|
Berang teman wanitanya ditenung dan dimaki pelanggannya, cef di sebuah restoran di United Kingdom menikam lelaki itu.
Akibat perbuatannya itu, Fabio Montoya, 27, dipenjara tiga tahun sembilan bulan selepas menusuk leher pelanggan restoran La Barra di Walworth, di selatan London.
Kredit foto: The Sun
Mahkamah Inner London Crown diberitahu, Montoya yang menetap di Britain sejak lapan tahun lalu menikam leher, Diego Olave menggunakan pisau stik pada 27 September lalu kerana mangsa merenung wajah teman wanitanya selain memanggil wanita itu sebagai pelacur.
Difahamkan, tusukan pisau itu tidak mencederakan saluran arteri darah utama mangsa, namun alat itu turut digunakan dalam cubaannya mencacatkan wajah lelaki itu.
Pendakwa raya Gareth Munday berkata, pada kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa memasuki restoran itu dengan rakannya dan duduk di tepi tingkap sambil minum arak dan merenung wanita itu.
Mahkamah diberitahu, Montoya mendekati Olave dan meminta lelaki itu berhenti merenung teman wanitanya, tetapi mangsa memberikan reaksi kasar dan menghina mereka.
Olave diminta meninggalkan restoran berkenaan, namun lelaki terbabit sempat memanggil teman wanita Montoya sebagai pelacur atau jalang dalam bahasa Sepanyol membuatkan Montoya berang dan bertindak menikam Olave.
Montoya kemudian kembali ke restoran itu untuk meminta maaf dan mengembalikan pisau dan membayar bil.
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bagus la dia pertahankn gf tp kesian kena penjara.... yg kurang ajar tu lelaki celaka yg suka hati panggil gf org pelacur. |
|
|
|
|
|
|
|
pelanggan maki2?
iols dah nampak yang mana satu salah...
adan ukeee yang kena tikam...
manusia ni ada kesabarannya...
takkan la ko nak maki orang padahal ko mengcekik benda rm200 ke bawah je pun...
hati perasaan orang tu takkan nilai banyak tu je... |
|
|
|
|
|
|
|
Lps nie pokok dah insop x brani tenung aweks..
|
|
|
|
|
|
|
|
kuangajaq, padan muka kena tikam. tapi kesian kat si boipren pulak. |
|
|
|
|
|
|
| |
|