CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3503|Reply: 3

10 Gambar Yang Sukar Dipercayai Dirakam Di Malaysia - FMT

  [Copy link]
Post time 10-1-2021 12:53 PM | Show all posts |Read mode
Benarkan ia di Malaysia? Tak percaya bukan!

Anda pasti tidak percaya gambar-gambar berikut diambil di Malaysia walaupun ia kelihatan seperti di Jepun atau luar dari Asia. Melihatnya pasti membuatkan anda ingin berada di sana.

1. Meraikan Tahun Baru Cina di Komtar Pulau Pinang


Gambar David ST Loh.


Komtar, bangunan bersejarah yang menjadi mercu tanda bandar George Town, dirakam dari sudut atas meraikan perayaan Tahun Baru Cina dua tahun lalu.

Percikan merah jambu dan merah dari bunga api menyerlah keajaiban bandar George Town di waktu malam.

Lokasi: Lebuh Tek Soon, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

2. Ketenangan lautan di Pulau Dulang Bohey di Sabah


Gambar Nora Carol.


Satu pemandangan ekzotik yang menakjubkan bakal menjadi destinasi menyelam anda. Keindahan air bak kristal dikelilingi pepohon hijau sememangnya tepat untuk aktiviti “hiking”.

Gambar ini diambil di Pulau Dulang Bohey dan ia merupakan salah satu pulau yang terletak di Taman Marin Tun Sakaran.

Juga dikenali sebagai Taman Pulau Semporna, Taman Marin Tun Sakaran ini merupakan taman marin berkeluasan 86,500 hekta yang mempunyai lapan pulau dan dua terumbu karang yang dipenuhi dengan hidupan marin.

Ia terletak di pantai timur Sabah dan dipenuhi dengan pelbagai habitat hidupan marin yang ekzotik.

Lokasi: Semporna, Sabah

3. Kuil Gua Sam Poh Toh di Perak


Gambar John T.


Seakan berada di Jepun, kuil yang menjadi kebanggaan penduduk Ipoh ini dirakam begitu indah.

Kuil Sam Poh Toh yang terletak di gua ini dikelilingi pepohon menghijau. Ia dikatakan ditemui oleh seorang sami pada 1912 yang tinggal di situ selama 20 tahun sehingga dia meninggal dunia.

Lokasi: Kampung Gunung Rapat, 31350 Ipoh, Perak

4. Gambaran berkembar di Masjid Wilayah di Kuala Lumpur


Gambar Peter Stewart.


Bermandikan pancaran cahaya merah jambu, Masjid Wilayah jelas memukau dengan refleksi seakan dua masjid.

Juga dikenali sebagai Masjid Negara, rekaan masjid ini diinspirasikan dari seni reka Ottoman dan Melayu dan membawakan Masjid Biru Istanbul ke Kuala Lumpur.

Kedudukannya berdekatan dengan Kompleks Kerajaaan Persekutuan dan boleh menampung 17,000 jemaah dalam satu masa.

Lokasi: Jalan Tuanku Abdul Halim, Kompleks Kerajaan, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

5. Lagun Kemasik di Terengganu


Gambar Pijie Mhar.


Pantai Kemasik ini merupakan pulau kecil yang begitu indah untuk dijadikan destinasi perlancongan seisi keluarga.

Dengan pantai yang bersih, dikelilingi hijau hutan, pulau ini dirakam begitu menakjubkan.

Terletak 10km dari Kijal, Kemasik merupakan satu daerah di Terengganu dan dikenali mempunyai pantai memukau.

Lokasi: Kampung Baru, 24210 Kemasik, Terengganu

6. Matahari terbenam di Gunung Kinabalu Sabah


Gambar Wazari Wazir.


Terletak 13,345 dari paras laut, wajah Gunung Kinabalu ini dirakam gagah ‘berdiri’ di antara biru awans dan pancaran mentari, bak satu sentuhan keajaiban.

Pengalaman mendaki gunung ini pastinya mengujakan sambil melihat terbenam mentari.

Namun, merakam detik indah ini bukanlah sesuatu yang mudah dan gambar ini adalah salah satu foto yang sangat bernilai.

Lokasi: Ranau, West Coast Division, Sabah

7. Kuil Sri Shakti Devasthanam di Selangor


Gambar Lin Ho.


Dikatakan hanya satu kuil di dunia yang menempatkan 51 patung dewa, Kuil Sri Shakti Devasthanam merupakan rekaan seni terbaik India di Malaysia.

Terletak di Bukit Rotan, kuil ini dibina oleh tukang bina yang pakar, didatangkan khas dari India.

Lokasi: Sri Shakti Temple, Jalan Kuala Selangor, 45000, Bukit Rotan, Selangor

8. Masjid Kristal di Terengganu


Gambar Anek S.


Pernahkah anda bermimpi untuk pergi ke Bandar “Emerald” di Wizard of Oz?

Anda hanya perlu pergi ke Masjid Kristal hijau di Terengganu yang begitu indah apabila dipancarkan sinar mentari.

Pembinaan masjid ini tamat pada 2008 dan ia boleh menampung seramai 1,500 jemaah. Masjid ini diperbuat daripada besi, kaca dan kristal.

Lokasi: Pulau Wan Man, Losong Panglima P’erang, 21000 Kuala Terengganu

9. Umpama lukisan di Gua “Clearwater” di Sarawak


Gambar Bob Jiang.


Gua “Clearwater” Taman Negara Gunung Mulu adalah salah satu keajaiban alam dengan 220km panjang. Ia mempunyai sistem sungai bawah laut yang terbesar di dunia.

Menjengah ke dalam gua ini, pasti akan memukau setiap pandangan apabila melihat air yang jernih dipancar bercahaya bak zamrud hijau.

Pelancong boleh menikmati sendiri keindahan gua ini dengan berkunjun di sini.

10. Taburan awan bak kapas dari Kuil Gua Chin Swee di Pahang


Gambar Aws Zuhair.


Satu gambaran yang sangat menakjubkan, mercu pagoda di Genting ini tampak begitu indah dengan sentuhan awan bak kapas seperti berada di kayangan.

Dengan satu tangkapan foto panoramik seperti berada di Jepun, Kuil Gua Chin Swee ini terletak di puncak Genting Highland dan ia begitu dikenali dengan sembilan tingkat pagoda.

Lokasi: Exit 68, Genting Sempah, Pahang, 28750 Bentong

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2021 01:05 PM | Show all posts


selain kuil ni, ada 1 lagi di bt8 tg rambutan, sblm smpai t.light kem
rumah kat dlm gunung, agak tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2021 07:14 PM | Show all posts
semuanya wowwww..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2021 03:57 AM | Show all posts


tasik biru simpang pulai
gambar google

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.087988 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list