CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1925|Reply: 2

Trek Banjaran Titiwangsa Jadi Produk Ekopelancongan - Qobin - Berita Harian

[Copy link]
Post time 11-1-2021 07:52 AM | Show all posts |Read mode

Trek kembara Banjaran Titiwangsa mampu jadi tarikan pelancong ke Malaysia - Qobin


Saadiah Ismail
saadiah_ismail@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Rancangan pembinaan laluan kembara sejauh 893 kilometer (km) di Banjaran Titiwangsa oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) disambut baik penggiat rekreasi negara.

Penjelajah Grand Slam dan Pendaki 7 Benua, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin, berkata idea itu sesuatu yang baik untuk ekopelancongan negara kerana secara tidak langsung menarik perhatian penggiat rekreasi dalam dan luar negara berkunjung ke Malaysia.

Katanya, pada masa sama lokasi ini juga boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada tempat latihan ketenteraan berikutan ia terletak di dalam hutan tropika.

"Bagaimanapun, penelitian dan sokongan perlu dilakukan oleh pelbagai pihak berkaitan berikutan ia membabitkan alam sekitar yang selama ini terpelihara.

"Cuma apa yang menjadi kebimbangan saya ialah selepas rancangan ini dilaksanakan ialah aspek penyelenggaraan yang akhirnya menjadikan kawasan hutan tropika ini terabai begitu saja.

"Justeru amat penting segala pelan rancangan ini dilakukan sebaiknya dan mendapatkan pandangan daripada penggiat rekreasi," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, cadangan pembinaan trek itu akan membabitkan jarak antara Jeli di Kelantan hingga Tampin di Negeri Sembilan dengan melalui Banjaran Titiwangsa yang melalui Perak dan Pahang.

Menyentuh mengenai jarak sejauh 893 kilometer itu, Muhammad Muqharabbin berkata, 'check point' perlu ditetapkan untuk pengembara keluar daripada kawasan berkenaan.

"Setakat ini tidak ada hutan tropika memiliki trek yang panjang seperti dicadangkan ini dan pastinya ia sesuatu yang menarik jika dilaksanakan.

"Pada masa sama, ia memberi peluang kepada ramai pihak untuk menjana pendapatan seperti Orang Asli, namun yang penting jangan merosakkan alam sekitar," katanya.

Berkenaan dengan kemudahan penginapan pula, beliau berkata sebaiknya disediakan kawasan untuk mendirikan khemah kerana jika disediakan penginapan, ia mungkin akan memberi kesan jangka masa panjang.

"Seeloknya biarlah kita masih mengekalkan alam semula jadi yang masih lagi terpelihara ini," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2021 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
macmne tu xmerosakkan alam sekitar.tempat hiking, sungai, pantai selalunye penuh bersampah. highway pon penuh sampah..sepanjang trek tu xbertembung harimau ke @ xganggu sarang rimau ke
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
@Kurex boleh jenjalan dgn qobin kat trek baru nanti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.126890 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list