CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 864|Reply: 0

Yusoff Bukan 'Penyelamat' Melaka - Berita Harian

[Copy link]
Post time 11-1-2021 09:01 AM | Show all posts |Read mode

Yusoff jadi mangsa tuduhan liar beberapa pihak susulan berita Melaka gagal lengkapkan dokumen pelesenan kelab.


Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi dilihat menjadi mangsa tuduhan liar beberapa pihak susulan berita Melaka didakwa gagal dalam melengkapkan dokumen pelesenan kelab.

Ia selepas beberapa pihak menganggap Melaka akan terlepas daripada hukuman berat termasuk disingkirkan ke Liga M3 kerana Mohd Yusoff yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) adalah 'orang kuat' dalam FAM.

Dakwaan atau tuduhan itu sudah pasti satu cerita yang kurang enak didengar kerana FAM perlu bersikap adil kepada semua pasukan yang dianggap rakan kongsi kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Namun, menurut sumber FAM, segala dakwaan yang dilemparkan terhadap Mohd Yusoff sama sekali tidak tepat kerana beliau tidak pernah mencampuri urusan jawatankuasa tertentu dalam membuat keputusan.

Ia termasuk hukuman penolakan tiga mata yang dikenakan ke atas Melaka musim lalu disebabkan isu tunggakan gaji pemain dan hukuman sama dikenakan ke atas Kelantan serta PDRM.

"Yusoff tidak pernah nak minta kelonggaran menggunakan posisi dia. Kalau benda betul dia akan cakap betul dan kalau salah, dia akan cakap benda itu salah dan meminta kita ambil tindakan yang perlu.

"Tahun lalu kita tolak tiga mata pasukan Melaka dan Yusoff selaku Timbalan Presiden (FAM) menerima hukuman itu sedangkan beliau juga Timbalan Presiden MUSA ketika itu.

"Yusoff tidak pernah menggunakan kedudukannya dalam FAM untuk mempengaruhi keputusan atau hukuman yang ditentukan oleh jawatankuasa. Dia profesional, urusan FAM tidak dicampurkan dengan kelab," kata sumber itu.

Kelmarin, akhbar ini melaporkan dua pasukan - satu pasukan Liga Super dan satu wakil Liga Perdana - perlu mengemukakan rayuan berfakta kepada FAM selepas gagal melengkapkan dokumen pelesenan kelab dan berisiko disingkirkan ke Liga M3 musim ini.

Pasukan Melaka didakwa sebagai wakil Liga Super itu dan menurut laporan beberapa portal, skuad Hang Tuah dalam proses mengemukakan rayuan kepada FAM.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menjelaskan keputusan mengenai bentuk hukuman terhadap dua pasukan itu dijangka akan diputuskan dalam mesyuarat First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM, minggu depan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.175370 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list