Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
638
View
15
Reply

{SARAWAK] Covid 19 naik mendadak 11/01/2021

[Copy link]

Author: FanTasyCreaTioN       Show all posts   Read mode

Author
Post time 11-1-2021 05:20 PM | Show all posts |Read mode
Wanita balik dari Johor 'super spreader' COVID-19, jangkiti 37 penghuni rumah panjang

KUCHING: Seorang wanita yang pulang dari Johor untuk menghadiri pengebumian bapanya yang meninggal dunia, dikesan menjadi 'super spreader' apabila mencetuskan penularan COVID-19 membabitkan lapan rumah panjang dengan 37 kes di Sibu hari ini.

Sarawak mencatat 55 kes hari ini, jumlah positif harian tertinggi setakat ini. Selain 37 kes di Sibu, 15 kes direkodkan di Kuching (15), Miri (2) dan Bintulu (1), menjadikan keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 1,251 kes.

Berikutan peningkatan mendadak kes positif di Sibu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu memutuskan melaksanakan kawalan pergerakan terhadap lapan rumah panjang di bahagian itu.

Ia membabitkan Rumah Panjang Pasai Siong Tengah; Rumah Panjang Pengkalan Rumput, Sungai Siong; Rumah Panjang Sungai Putus Siong; Rumah Panjang Sungai Siong Tengah; Rumah Panjang Lubok Lengan Sungai Siong; Rumah Panjang Siong Tengah 1; Rumah Panjang Sungai Siong Tengah 2 dan Rumah Pengkalan Rumput Pasai Siong Tengah.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 11-1-2021 05:23 PM | Show all posts
Kluster Pasai

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataannya, berkata penularan dalam jumlah besar berlaku di Sibu selepas seorang wanita kembali dari Johor menghadiri pengebumian bapanya di Pasai Siong, dikenal pasti sebagai penyebar dalam kalangan penghuni di rumah panjangnya.

Beliau berkata, wanita itu menaiki penerbangan Firefly dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur pada jam 8 pagi pada 29 Disember lalu sebelum mengambil pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dari Kuala Lumpur ke Kuching pada jam 1.35 tengah hari, hari sama.

"Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), dia menjalani ujian swab pertama dan keputusannya negatif, sebelum meneruskan perjalanan ke Sibu menaiki penerbangan AirAsia dari Kuching dan tiba pada pukul 8.50 malam.

"Wanita itu diarahkan menjalani kuarantin di Rumah Panjang Langi di Pasai Siong, namun dia menghadiri pengebumian bapanya di tanah perkuburan berhampiran. Dia kemudian menjalani ujian swab kedua pada 5 Januari di Klinik Kesihatan Jalan Lanang di Sibu sebelum keputusannya didapati positif pada 6 Januari," katanya.

Jurucakap itu berkata, pada 7 Januari, petugas Kementerian Kesihatan (KKM) membuat saringan terhadap 74 penduduk Rumah Panjang Langi sebelum keputusannya mendapati seramai 37 positif.

"Mereka terdiri daripada penduduk tempatan yang berusia seawal 11 bulan hingga 79 tahun dengan, termasuk lima daripada mereka adalah kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.

"Siasatan awal mendapati kesemua kes tidak menunjukkan sebarang tanda atau gejala yang serius, kecuali beberapa orang yang mengadu demam dan batuk biasa," katanya.

Kesemua kes dimasukkan ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut dan kes itu dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.

Berikutan itu, JPBN Sarawak hari ini mengisytiharkan kluster baharu di Sibu iaitu Kluster Pasai.


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-1-2021 05:26 PM | Show all posts
Kluster Pasai merebak, lebih ramai dijangka positif

SIBU: Berita yang amat menyedihkan serta menakutkan apabila Kluster Pasai terus mengganas hari ini selepas ujian saringan dilakukan.

Perkara ini disahkan oleh Pengerusi MPS Kaunselor Clarence Ting Ing Horh dalam ciapan di laman sosialnya sebentar tadi.

Saya sedang mengawasi wabak Covid-19 di Daerah Sibu dan menghubungi Jabatan Kesihatan mengenai keadaan terkini.

Terdapat lebih banyak positif hari ini dari Kluster Pasai yang disahkan pagi ini.

Setelah mendengar berita ini, saya menghubungi Jabatan Kesihatan Bahagian Sibu dan berita yang diterima adalah buruk, kata beliau.

Ting memberitahu keadaan di Sibu akan bertambah buruk dan dijangkakan wabak itu akan jauh lebih tinggi pada minggu ini.

Ini bermaksud bahawa virus itu ada di mana-mana sahaja sekarang. Saya menasihati semua orang di Sibu untuk berhati-hati dan mematuhi SOP dengan tegas.

Justeru itu, MPS membatalkan semua perjumpaan, pejabat juga dilarang dikunjungi orang ramai dan kenyataan akan dikeluarkan hari ini sehubungan dengan ini mengenai penggunaan pasar, taman, perpustakaan dan kolam renang.

Kita tidak pernah mengalami wabak buruk sejak awal PKP lalu, saya menggesa semua orang untuk mematuhi SOP yang ketat, memakai pelitup muka, menjaga penjarakan sosial dan mencuci tangan, tambah beliau.

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-1-2021 05:29 PM | Show all posts
COVID-19: Sila tampil buat saringan jika ada kontak dengan Kluster Pasai - Pegawai kesihatan


Orang ramai menunggu giliran untuk menjalani ujian COVID-19 di salah satu kaunter yang didirikan di luar bangunan Klinik Kesihatan Lanang.

SIBU: Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu berharap lebih ramai penduduk di sini yang terdedah dengan Kluster Pasai untuk tampil menjalani ujian saringan COVID-19.

Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu Dr Teh Jo Hun berkata, mereka juga akan membuka Stadium Tertutup Sibu sebagai pusat saringan COVID-19 mulai esok, iaitu dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari.

"Dianggarkan 500 orang telah melakukan ujian COVID-19 di dua klinik kesihatan iaitu di Sibu Jaya dan Lanang pada Ahad.

"Saya bagaimanapun tidak dapat memberikan bilangan angka sebenar sehingga ia diumumkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS)," katanya ketika dihubungi hari ini.






Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-1-2021 05:31 PM | Show all posts
Kira-kira 43 orang disahkan positif COVID-19 dalam Kluster Pasar, selepas kes indeks iaitu kes 1,175 kembali dari Johor Bahru pada 29 Disember melalui Kuala Lumpur ke Rumah Langi Ambau @ Douglas di Pasai Siong untuk menghadiri pegebumian.

Sementara itu, seorang penduduk rumah panjang dari Sungai Pasai, di sini Julah Sulai memberitahu beliau terkejut apabila mengetahui sebilangan besar penduduk rumah panjang di Pasai Siong dijangkiti wabak berkenaan dalam jangka waktu yang singkat.

Pekerja kilang berusia 32 tahun di Rantau Panjang itu hadir menjalani ujian saringan COVID-19 di Klinik Kesihatan Lanang bersama mentuanya, hari ini.

"Kami bimbang, kerana kami juga turut berpotensi mendapat jangkitan wabak berkenaan kerana khabar angin yang saya dengar, salah seorang rakan kami dari Rumah Langi sudah dijangkiti.

"Kami juga menerima arahan dari majikan supaya tidak perlu datang bekerja hari ini. Tetapi saya tidak pasti, sama ada pekerja warganegara Indonesia diizinkan untuk datang bekerja, pada hari ini" katanya.

Seorang anggota polis yang bertugas mengawal pergerakan orang ramai di Klinik Kesihatan Lanang memberitahu, bilangan mereka yang melakukan ujian COVID-19 hari ini kurang sedikit berbanding Ahad.

Katanya, keadaan di klinik kesihatan itu juga juga kurang sesak dan orang ramai orang ramai mematuhi peraturan penjarakan fizikal satu meter.

oleh
Andy Sabang


Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak salahkan superspreader tu sepenuhnya, xleh gak. Sbb dia balik pun nk hadir pengebumian mendiang ayah dia. Cuma tak tau la masa hadir tu ada x dia buat social distancing semua tu. Maklumlah, bila dah jumpa famili, dlm keadaan sedih plak tu, mesti nk x nk ada la peluk2 salam semua tu.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-1-2021 07:09 PM | Show all posts
Scheherazade replied at 11-1-2021 07:04 PM
Nak salahkan superspreader tu sepenuhnya, xleh gak. Sbb dia balik pun nk hadir pengebumian mendiang  ...
ha`ah sentimen kat sini berbelah bagi camtu la ...

yang takde kaitan ... memang akan marah marah ...

bagi ahli keluarga ... sanak sedara ... akan rasa kesian ...

lagipun ... swab pertama tu negative ...


Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Bertabahlah org2 Sarawak..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-1-2021 07:28 PM | Show all posts
namemysoul replied at 11-1-2021 07:09 PM
Bertabahlah org2 Sarawak..
tu la ...
risau nya ...
dah la sini kemudahan rawatan tu semua nya kurang ... nasib baik la dah ada jalan darat yang baru siap menghubungkan ke bandar besar ...


Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 11-1-2021 07:09 PM
ha`ah sentimen kat sini berbelah bagi camtu la ...

yang takde kaitan ... memang akan marah marah ...

Kita doakan yg baik2 je la. Benda dah jd. Moga kita semua dilindungiNya.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-1-2021 08:43 PM | Show all posts
Scheherazade replied at 11-1-2021 08:22 PM
Kita doakan yg baik2 je la. Benda dah jd. Moga kita semua dilindungiNya.
aamiin ...



Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-1-2021 08:45 PM | Show all posts
c19.jpg
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-1-2021 08:46 PM | Show all posts
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat lapan (8) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
  • KLUSTER JALAN KELULI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi, Johor Bahru dan Segamat di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 30 Disember 2020 hasil saringan bersasar di sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Johor. Sehingga 11 Januari 2021, sejumlah 180 individu telah disaring, di mana 42 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER MEDAN IDAMAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 6 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah pasaraya yang terletak di Medan Idaman. Sehingga 11 Januari 2021, sejumlah 84 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JELITA
Kluster ini melibatkan daerah Miri di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-122769) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Januari 2021 hasil saringan rentas negeri dari Melaka. Nama kluster merujuk kepada tempat tinggal sementara kes indeks yang terletak di Taman Jelita, Miri. Sehingga 11 Januari 2021, sejumlah 54 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER KAMPUNG RENOK
Kluster ini melibatkan daerah Gua Musang di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-115045) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala dan mempunyai sejarah pulang dari Selangor. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Renok Baru, Gua Musang. Sehingga 11 Januari 2021, sejumlah 73 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER KAMPUNG GETING
Kluster ini melibatkan daerah Tumpat di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-125400) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Januari 2021 hasil saringan rentas negeri dari Pulau Pinang. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti  di mana kes-kes dikesan iaitu Kampung Geting, Tumpat. Sehingga 11 Januari 2021, sejumlah 35 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER LUMUT BARAT
Kluster ini melibatkan sebuah kem di daerah Manjung, Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-114928) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala dan mempunyai sejarah pulang dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sehingga 11 Januari 2021, sejumlah 121 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER KUBANG BUJUK
Kluster ini melibatkan sebuah pusat pengajian agama yang terletak di Kubang Bujuk, Kuala Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-131085) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) dan telah dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Januari 2021. Sehingga 11 Januari 2021, sejumlah 45 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER KEJAYA
Kluster ini melibatkan daerah Dungun di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-125428) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan komuniti di Felda Kerteh 4, Ketengah Jaya, Dungun. Sehingga 11 Januari 2021, sejumlah 95 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 11-1-2021 08:43 PM
aamiin ...

Byknya kes baru Swk hr ni
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 12-1-2021 06:38 AM | Show all posts
Miri makin meningkat ...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 12-1-2021 07:59 AM | Show all posts
Ades ... ramai nyer ...


SESAK Kelihatan orang ramai menyerbu Poliklinik di Jalan Lanang untuk tampil menjalani ujian saringan Covid-19 semalam.

SIBU: Dianggarkan seramai 500 yang telah menghadiri upacara pengebumian salah seorang penduduk Rumah Langi, Pasai Siong Tengah hadir menjalani saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Lanang dan Klinik Kesihatan Sibu Jaya semalam.

Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu,Dr.Teh Jo Hun berkata, daripada jumlah
itu lebih 300 orang menjalani saringan di Klinik Kesihatan Lanang dan lebih 140 orang lagi menjalani saringan di Klinik Kesihatan Sibu Jaya.

Mereka datang secara sukarela dan sambutan menggalakkan manakala masa beroperasi kedua-dua klinik tersebut. Keputusan ujian tersebut dijangka dapat diketahui dalam tempoh tiga hingga empat hari,jelasnya ketika dihubungi oleh pemberita petang semalam.

Beliau memberitahu, masa operasi klinik kesihatan tersebut dibuka bermula 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, semalam.

Pada 11 hingga 15 Januari kedua-dua klinik itu akan dibuka bermula 8.00 pagi hingga 4.30 petang, ujarnya.

Dr. Teh turut menasihatkan mereka yang diarah menjalani kuarantin di rumah perlu mengamalkan sepenuhnya amalan isolasi dan sentiasa memakai pelitup muka.

Sekiranya ada yang didapati positif Covid-19 mereka akan dimasukkan ke wad Hospital Sibu untuk rawatan lanjut, ujarnya lagi.

Oleh AKUN GIMAN




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list