View: 4697|Reply: 28
|
[Tempatan]
'Saya Dari Klang... Saya Tidak Kisah Tentang COVID-19!'
[Copy link]
|
|
Adakah benar kita akan peduli pada kepentingan orang lain, jika kesihatan dan keselamatan diri sendiri pun tidak terjaga? - Gambar hiasan
*Ini adalah artikel bersifat sindiran (sarcasm) dan isi yang dikarang hanya rekaan semata-mata...
ADA AKU KISAH?
Dengar khabar, sejak beberapa minggu lalu, kes-kes COVID-19 di sekitar Klang dan Petaling Jaya naik mendadak. Dari ratusan kes di Selangor kini sudah cecah ribuan kes.
Jadi? Apakah saya dan keluarga saya kena perapkan diri di dalam rumah sahaja? Bukan hanya saya, maksud saya semua orang, kawan-kawan, jiran, sanak-saudara, janganlah harap kami untuk duduk dalam rumah sahaja.
Saya tak kisah pun kalau frontliners kena kerja lebih masa, meninggalkan anak-anak di rumah orang kerana takut dijangkiti, terpaksa memakai sut PPE selama berjam-jam, dengar khabar ada yang rasa lemas dalam sut PPE kerana memakai lebih 12 jam semata-mata untuk berkhidmat demi mengawal penyebaran virus ini.
Saya tak kisah pun kalau pihak berkuasa seperti polis terpaksa bekerja lebih masa merisikokan diri dengan terdedah kepada virus korona; setiap hari ada sahaja kes orang meninggal dunia kerana COVID-19 dan ahli keluarga berpisah dengan pesakit sejak dikuarantin, termasuk anak kecil.
Saya tak kisah pun kalau ibu mengandung, mereka yang berpenyakit kronik, anak kecil dan orang tua mungkin antara golongan berisiko tinggi terdedah kepada pandemik ini hanya kerana saya adalah 'carrier' atau pembawa yang boleh menyebarkan virus tersebut.
Ada saya kisah?
Saya keluar rumah ikut suka hati saya, bawa anak-anak bersiar di pusat beli-belah, termasuk di kawasan zon merah. Saya biarkan anak berjalan di pasar raya ketika pergi membeli-belah tanpa memakai pelitup muka. Tak percaya, jom ikut saya ke mana-mana tempat awam, ramai yang yang se'geng' dengan saya, kami tak kisah.
Apabila Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkali-kali beri amaran dan ingatan supaya tidak keluar rumah kecuali bila benar-benar perlu sahaja, saya cepat-cepat merancang untuk bercuti ke destinasi percutian di negeri zon hijau. Saya tak kisah walaupun saya saya dari zon merah.
Kenapa perlu saya kisah, lihat sahaja jumlah kereta di atas jalan, bukan main banyak lagi! Hari-hari sesak khususnya di jalan Lebuhraya Persekutuan. Lihat sahaja pusat beli-belah di kawasan zon merah, yang dipenuhi orang ramai termasuk si kecil. Ibu bapa pula teruja kongsi gambar anak di tempat awam dalam laman sosial tanpa rasa bersalah.
Kenapa perlu saya kisah, lihat sahaja betapa hotel-hotel di kawasan destinasi pelancongan semakin mendapat tempahan, menunjukkan sesiapa sahaja boleh berjalan-jalan tanpa mengendahkan situasi kesihatan dan amaran pihak berkuasa.
Kenapa perlu saya kisah, kalau kami dibenarkan merentas negeri dan pulang ke kampung halaman, contohnya pada musim cuti Krismas yang lepas, jam teruk di lebuh raya Utara Selatan di Ipoh.
Kenapa perlu saya kisah, kalau pelajar di luar negeri pun dibenarkan masuk dan berinteraksi sesama komuniti, saya pun mahu berjalan juga!
Sekadar ikut sahaja, tak semestinya patuh. Pakai pelitup muka pun ala kadar, sampaikan pelitup muka diguna semula berkali-kali atau diletak merata. Dibuang pun merata-rata.
Sekadar ikut sahaja, tak semestinya patuh. Sanitasi tangan hampir tidak dilakukan kecuali ada pihak berkuasa yang memerhati. Sanitasi tangan dicampur air untuk mengurangkan beban belanja termasuk di kedai dan restoran.
Sekadar ikut sahaja, tak semestinya patuh. Hanya dengan kehadiran pihak berkuasa, jarak satu meter diamal, itu pun selepas mereka meninggalkan premis, kami buat ikut suka. Kami peluk, kami salam, kami saling bersentuhan, suap-menyuap dan sebagainya.
Sekadar ikut sahaja, tak semestinya patuh. Imbas My Sejahtera? Itupun kalau ada pihak berkuasa juga, kalau tidak, saya tidak hairan pun keberadaannya. Saya keluar masuk premis ikut suka, kalau imbas pun tidak, periksa suhu, apatah lagi.
Sekadar ikut sahaja, tak semestinya patuh. Mencuci kaki dan tangan menggunakan sabun dan mandi selepas pulang dari luar? Tak perlu lagi kerana kami sudah hilang takut dengan Covid-19. Malah kami rasa kebal dan mustahil akan dijangkiti virus ini, jadi apa masalahnya?
Saya tak kisah!
* Nizha Periaswamy ialah penulis bebas yang pernah berkecimpung dalam dunia kewartawanan. Memilih untuk menulis dalam bentuk sindiran khususnya bagi isu semasa dan bukan penggemar politik.
Sumber : Astro Awani
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Area opis aku redzone. Selamba opismate aku tak ikut sop. Lepas tu kata "kalau nak kena, kena je. takdir. Nak mati, mati jugak". Lepas tu ejek aku sebab takut. Aku cakap memang takut sebab takut terjangkit orang lain.. dan ianya adalah dari leluhurrrrrr... Teka je la |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 12-1-2021 12:49 AM
Area opis aku redzone. Selamba opismate aku tak ikut sop. Lepas tu kata "kalau nak kena, kena je. ta ...
Skrg aku nk tahu btol ke statistik kematian setiap petang tu? Semalam viral wanita umur 32 thun meninggal sebab covid jatuh bilik air. Self quaratine dkt rumah. Da lemah sangat then jatuh bilik air. Fb dia nazira hussin. Tp tk masok statistik pon. Byk da aku dgar kematian sbb covid tp tgok statistik xde pula |
|
|
|
|
|
|
|
maybe punca kematian dia diklasifikasikan sebagai jatuh bilik air... tu yang tak masuk statistik tu kot...
|
|
|
|
|
|
|
|
Berapa banyak bilik air dah yang dah mati sebab covid ni? |
|
|
|
|
|
|
|
caprut replied at 12-1-2021 01:01 AM
Skrg aku nk tahu btol ke statistik kematian setiap petang tu? Semalam viral wanita umur 32 thun me ...
Tak msk ari ni..mungkin akan msk the next day...sbb cprc akan kumpul data seluruh negara tskat pkl baper ntah sehari... |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 12-1-2021 01:27 AM
Berapa banyak bilik air dah yang dah mati sebab covid ni?
Entah la u all. Abg aku ckp kwan dia mati masa sama2 hiking. Kebumi cara covid. Tp tk masok statistik. Staff nurse klinik ibu dan anak ckp patient mati intubated covid tp x msok statistik. So, skrg ayat baru. Bukan mati sebab covid tp mati bersama covid |
|
|
|
|
|
|
|
honeybee1802 replied at 12-1-2021 01:29 AM
Tak msk ari ni..mungkin akan msk the next day...sbb cprc akan kumpul data seluruh negara tskat pkl ...
Byk da dkt klang tu mati tp x msok statistik. Suami pengasuh kawan kjer aku mati ckp sbb covid da bbrp mggu tp x msok pon statistik |
|
|
|
|
|
|
|
eyansss replied at 12-1-2021 01:25 AM
maybe punca kematian dia diklasifikasikan sebagai jatuh bilik air... tu yang tak masuk statistik ...
Jenuh jugak doktor forensik nk tntukan sebab kematian. Haha |
|
|
|
|
|
|
|
caprut replied at 12-1-2021 01:01 AM
Skrg aku nk tahu btol ke statistik kematian setiap petang tu? Semalam viral wanita umur 32 thun me ...
Tu aku tak tau nak kata betul ke tak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebuah nukilan yg disampaikan, kononnya dlm bentuk satu sindiran/ sarcasm, saya mencari satu sudut pengertian bagaimana harus menanggapinya sesuai maksud yg hendak disampaikan.
Dgn sub tajuk 'Ada Saya Kisah' dpt diciduk gambaran betapa manusia yg bersikap selfish/mementingkan diri dan merasa iri/ cemburu atas ketidakpatuhan oleh orang lain. Kerajaan yg membuat aturan2 yg serba menyekat, sebenarnya adalah demi kemaslahatan kesihatan rakyat sendiri. Tanyalah kpd sema orang adakah mereka suka bila diperintah untuk patuhi arahan? Jawapannya pasti tidak. Akan tetapi rakyat tak ade pilihan, suka tak suka wajib pakai masker/mask. Suka tak suka kena duduk rumah dn tidak berpleseran. Jika perlu, ya silakan, selesai urusan, baliklah ke rumah. Akan tetapi tetap shj ada orang2 yg degil dn tak endahkan perintah aturan. Agak2 kalau kita tanya mereka kenapa, apakah jawapan molek yg akan kita dapatkan?
Bolehkah kita terima jawapan "suka akulah, hak aku tak nak pakai mask. Suka akulah kalau nak jalan2 sekelarga dgn anak2". Ketika tak ade covid, itu memang bukan hak ntk menyuruh rakyat mematuhi arahan kerajaan, namun dlm keadaan covid yg mengganas menggila dn mematikan, ketidakpatuhan mereka yg degil menjadi hak ramai membantah lantas diberi sanksi/saman. Maka jgn pula ada di antara rakyat lain merasa iri untuk sama2 degil tak mau ikut arahan dn kemudian dgn lantang menempik 'Ada Aku Kesah'. Drp sekelompok orang2 yg tak kesah itulah yg menjadikan virus mewabah tak kebah2. Dan kalau pula ada dlm keluarga sendiri yg rebah, baru ambil pendekatan "ayuh! sama2lah kita ikut perintah." |
|
|
|
|
|
|
|
caprut replied at 12-1-2021 01:31 AM
Entah la u all. Abg aku ckp kwan dia mati masa sama2 hiking. Kebumi cara covid. Tp tk masok statis ...
Macam mane diorg tau tak masuk statistik sedangkan laporan hari2 mane ade letak nama pun? |
|
|
|
|
|
|
|
Menteri2 pun tak kisah...
Angka statistics tu betul ke...kadang tu sakit biasa tapi bila pergi hospital terus kena corvid.
Pastu kalau tengok jumlah angka baru positive dan angka yg sembuh beza lebih kurang 1000...ikut logic lah kalau average harian camtu patut jumlah pesakit yg di rawat shd be banyak tu jugaklah...tolak yg kuarantin kat rumah takkan lah katil hospital dah tak cukup.
|
|
|
|
|
|
|
|
annehuda replied at 12-1-2021 04:36 AM
Macam mane diorg tau tak masuk statistik sedangkan laporan hari2 mane ade letak nama pun?
..aku pon fikir benda yg sama |
|
|
|
|
|
|
|
annehuda replied at 12-1-2021 04:36 AM
Macam mane diorg tau tak masuk statistik sedangkan laporan hari2 mane ade letak nama pun?
Tengok la jantina umo |
|
|
|
|
|
|
|
Rogue98 replied at 12-1-2021 06:59 AM
Menteri2 pun tak kisah...
Angka statistics tu betul ke...kadang tu sakit biasa tapi bila pergi hosp ...
Lebih baik mati sebab covid dari staff fikir covid tp tk sempat nk buat apa2. Byk da kes cmni. Mksod aku staff nk pakai PPE amek masa. Staff pon berani tk berani nk kasi bantuan pernafasan. Tggu result covid smpi tk buat apa2. Tup2 keluar negatif tp tk sempat buat apa2 |
|
|
|
|
|
|
|
Memang ramai yg tak kisah pun covid nie sebab tak nampak bahaya nya.. depa imagine mcm demam selsema biasa jaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
caprut replied at 12-1-2021 07:27 AM
Tengok la jantina umo
Ok jantina tu ye, tapi umur tu main agak2 je ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|