CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2137|Reply: 0

Hukum onani atau melancap, fiqh Mazhab Hanbali mengharuskan!

 Close [Copy link]
Post time 12-1-2021 06:46 AM | Show all posts |Read mode
Edited by PelancongSosMed at 12-1-2021 06:51 AM

Details;

Uploaded by Muhammad Mushfique bin Ahmad Ayoup / Ayub;

Published: 13 September 2016;

Al-Kafi Li Al-Fatawi: Soalan 382 {"13 September 2016M / 11 Zulhijjah 1437H"}


Soalan: Apa hukum onani atau melancap?


Jawapan: Waalaikumussalam WBT.


Ulama khilaf dalam hal ini.


Yang masyhur bahawa hukumnya ialah, haram berdasarkan nas Al-Quran ayat kelima sehingga ketujuh surah Al-Mukminun.


Kami menyebut huraian Syeikh Dr· Yusuf al-Qaradhawi dalam kitab beliau, Al-halal wa al-haram fi al-Islam.


Perbuatan ini diharamkan oleh ramai ulama mazhab Maliki {"termasuk juga Syafieyyah"} mereka mengambil dalil berdasarkan firman Allah.



Maksudnya: Dan mereka yang menjaga kehormatannya kecuali, kepada isterinya atau, hamba sahayanya maka, sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian maka, merekalah orang-orang yang melampaui batas.

Surah Al-Mukminun {"23; 5-7"}


Oleh itu orang yang melakukan onani atau, melancap untuk tujuan melepaskan kepuasan ialah, orang yang mencari kepuasan selain dari perkara yang dibolehkan oleh hukum Islam.


Imam Ahmad bin Hanbal meriwayatkan bahawa, air mani itu adalah lebihan tubuh badan manusia yang boleh dikeluarkan dengan cara ejakulasi dan sebagainya, pendapat ini dikuatkan dan disokong oleh Ibn Hazm, lantaran itu, ahli fiqh Mazhab Hanbali mengharuskan onani dengan dua sebab: Kerana bimbang dirinya akan melakukan zina dan, kerana tidak mampu berkahwin.


Apa yang lebih utama di sini ialah dengan mengikut petunjuk Rasulullah SAW yang mulia kepada para pemuda yang tidak mampu berkahwin iaitu, dengan membiasakan diri dengan puasa yang boleh mengurangkan keinginan dan, mengajar cara-cara bersabar serta memperteguhkan keimanan, ketakwaan yang ada dalam diri dan, memperlihatkan diri kepada Allah SWT yang mana, disimpulkan oleh baginda SAW dalam sabdanya.



Maksudnya: “Hai para pemuda! Barangsiapa yang sudah ada kemampuan dalam kalangan kamu hendaklah dia berkahwin kerana, perkahwinan itu lebih menjamin pandangan dan, lebih kuat membentengi kemaluan tetapi, barangsiapa yang tidak ada kemampuan {"untuk berkahwin"} maka, hendaklah dia berpuasa kerana, puasa itu menjadi pelindung kepadanya.”

Hadis riwayat Imam Bukhari {"5065"} dalam sahihnya.


Selain daripada itu hendaklah dicegah sejak awal keinginan seksual yang sia-sia itu dengan menundukkan pandangan, sama ada bagi lelaki ataupun wanita supaya, tidak terbawa-bawa sehingga mengganggu tubuh badan dan fikiran, ini jelas dinaskan dari Allah SWT.




Maksudnya: Katakanlah {"wahai Muhammad"} kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka {"daripada memandang yang haram"} dan, memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan? Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka {"daripada memandang yang haram"} dan, memelihara kehormatan mereka dan, janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya

Surah Al-Nur {"24; 30-31"}

Wallahualam. ● https://muftiwp.gov.my/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.580495 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list