View: 1585|Reply: 6
|
Ditembak Mati Kerana Ejek, Provok Bila Disuruh Pakai Mask
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki hilang pertimbangan dengan menembak mati seorang tetamu di sebuah majlis pengebumian hanya kerana tidak memakai pelitup muka.
Malah, lebih menghangatkan keadaan apabila mangsa turut mengejek suspek selepas permintaan memakai pelitup muka tidak diendahkan.
Gambar hiasan
Kejadian berlaku di daerah Chaweng pada Khamis lalu ternyata menukar emosi kesedihan majlis pengebumian kepada ketakutan berikutan tindakan lelaki itu.
Suspek, Jumnean Sri-orn ditahan selepas menembak Samran Tawai seperti dilaporkan Khaosod English.
Ketua Polis Chaweng, Kolonel Sutat Songsayom berkata, pertengkaran antara dua lelaki itu berlaku dan masing-masing tidak mahu mengalah.
"Suspek dan mangsa sebelum ini ada masalah lampau dan kejadian pada hari pengebumian kemuncak konflik.
"Selepas bertengkar, suspek mahu meninggalkan majlis, namun mangsa datang membuat provokasi," katanya.
Saksi memaklumkan, mangsa membuat provokasi menyebabkan suspek hilang sabar.
Suspek terus mengacukan pistol sebelum melepaskan tembakan pada muka mangsa. Orang ramai yang terkejut dengan kejadian bergegas menghubungi polis.
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mangsa pun satu.. yang dok pi provoke pasai pa.. Dua2 salah |
|
|
|
|
|
|
|
ambik kau.. orang tengah kalut-kalut dengan pandemik, boleh pulak buat provokasi |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh la kambus terus.alang2 dah kat kuboq. |
|
|
|
|
|
|
|
Terang bersuluh mangsa mmg bangsat Cari pasal.
Kenapa suspek perlu dihukum?
Suspek dah buat kerja baik dah eliminating bangsat2 sebegitu dari membelenggu masyarakat. |
|
|
|
|
|
|
|
cash lah |
|
|
|
|
|
|
| |
|