CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 801|Reply: 0

Guardiola Keliru SOP Perlawanan - Harian Metro

[Copy link]
Post time 12-1-2021 09:21 AM | Show all posts |Read mode

Reaksi Guardiola ketika aksi Piala FA. FOTO AFP


London: Pep Guardiola berkata dia keliru dengan sebahagian peraturan koronavirus membabitkan perlawanan dan mengakui tidak faham mengapa sesetengah aksi ditunda manakala yang lain diteruskan.

Empat aksi Liga Perdana dibatalkan termasuk kunjungan City ke Everton bulan lalu tetapi pendekatan berbeza dilakukan ke atas Piala FA kelmarin.

Kedua-dua Aston Villa dan Derby menurunkan barisan muda untuk aksi pusingan ketiga selepas hampir keseluruhan skuad utama menjalani kuarantin.

Liga Perdana minggu lalu menggesa pemain mengurangkan sambutan jaringan gol selaras dengan protokol Covid-19 yang melarang berjabat tangan dan menukar jersi.

City telah pun kehilangan lapan pemain City selepas diuji positif sejak Krismas lalu.

Guardiola berkata kelab akan mematuhi protokol baharu tetapi tidak realistik untuk menjangkakan pemain tak meraikan jaringan.

"Semua dari kami (terbabit perlawanan) diuji negatif, setiap dua hari. Saya tak tahu apa yang berlaku tetapi apabila pemain menjaringkan, mereka pasti meraikannya. Saya tak tahu jika dia akan berfikir 'saya tidak boleh memeluk rakan sepasukan untuk dua, tiga saat.'' katanya.

"Terdapat pasukan dengan empat atau lima kes menurunkan sepuluh pemain dari skuad B-23 pada Piala FA. Kami ada empat atau lima, situasi sama dan kami ada di sini.

"Seorang pemain jalani kuarantin dan kumpulan itu perlu meneruskannya. Jadi saya tak tahu. Kami turuti apa yang diperkatakan di kelab, Liga Perdana. Kami patuhi peraturan. Itulah hakikatnya."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.244262 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list