View: 4373|Reply: 33
|
[Tempatan]
Pontian pula dilanda banjir, HHBNU berpayung romantis tatkala meranduk air
[Copy link]
|
|
Johor Bahru: Pontian adalah daerah ketujuh dan terbaharu terjejas banjir gelombang kedua di negeri ini yang bermula sejak kelmarin.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan berkata, walaupun hujan sudah berhenti di kebanyakan kawasan di negeri ini, langkah berjaga-jaga dan pemantauan masih diteruskan berikutan keadaan cuaca tidak menentu.
Katanya, jumlah mangsa banjir di Johor menurun sedikit kepada 3,598 orang membabitkan 996 keluarga yang ditempatkan dalam 40 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah, setakat jam 7.30 pagi ini.
Ia berbanding seramai 3,603 orang mangsa banjir membabitkan 998 keluarga di negeri ini, petang semalam.
Beliau berkata, Pontian daerah ketujuh dan terbaharu banjir di Johor merekodkan sebanyak 17 mangsa banjir daripada empat keluarga yang ditempatkan di sebuah PPS, pagi ini.
"Kota Tinggi kekal sebagai daerah paling terjejas dengan mangsa banjir seramai 2,198 orang daripada 591 keluarga di 23 PPS pagi ini menurun sedikit berbanding 2,219 orang daripada 594 keluarga, petang semalam.
"Johor Bahru pula mencatatkan penurunan mangsa banjir kepada seramai 1,084 orang daripada 325 keluarga di 10 PPS berbanding 1,104 orang daripada 331 keluarga, petang semalam.
"Kulai juga menurun sedikit kepada 99 orang mangsa banjir daripada 27 keluarga di dua PPS pagi ini berbanding seramai 104 mangsa daripada 27 keluarga, petang semalam, manakala Segamat pula kekal dengan 81 orang daripada 22 keluarga di dua PPS.
"Kluang pula naik dengan seramai 97 mangsa banjir daripada 20 keluarga di sebuah PPS pagi ini berbanding seramai 73 mangsa banjir daripada 17 keluarga, petang semalam.
"Mersing pula kekal dengan 22 mangsa banjir daripada tujuh keluarga di sebuah PPS, pagi ini," katanya dalam kenyataan, pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca berwarna kuning iaitu hujan lebat dijangka turun di Kota Tinggi dan Mersing, pagi ini.
Sementara itu, laluan yang ditutup kini berkurang kepada hanya tiga sahaja yang membabitkan masing-masing satu laluan di Kluang, Kota Tinggi dan Segamat.
Jalan Kota Tinggi-Kluang di Taman Seri Impian, Kluang ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan berikutan kejadian tanah runtuh di situ.
Sementara Jalan Mawai Lama di Kota Tinggi dan Jalan Jabi-Bukit Tempurung di Segamat ditutup kepada kenderaan ringan kerana dinaiki air antara 0.2 hingga 0.4 meter.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 January 2021 @ 9:20 AM
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
cantik gambar ni.
*tiberrrr
|
|
|
|
|
|
|
|
hadek hadek baru nak up kot
|
|
|
|
|
|
|
|
ooooooooo ok |
|
|
|
|
|
|
|
Tempat mat maslan
tgk sape lg superman turun dulu
ebit lew ke mat maslan |
|
|
|
|
|
|
|
hehe....kan....
|
|
|
|
|
|
|
|
kechikchomel replied at 12-1-2021 09:39 AM
cantik gambar ni.
*tiberrrr
Kannnn.. sejukk sgt.. |
|
|
|
|
|
|
|
tagas replied at 12-1-2021 09:51 AM
Tempat mat maslan
tgk sape lg superman turun dulu
Mat maslan tgh pikir nak suh org beratur pi pangkah dia masa pru bln 1 ni koh koh.. maslan ckp lagi cepat pru lg baik.. kiranya mcm lagi cepat menikah lg eloklaa aa gittew
Konpom laa ebit liew ke sikentang tu kee.. depa ni tadak kojo.. maslan byk kojo.. ontah ontah dia tak tau pun tmpat dia dah tenggelam pung |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 12-1-2021 09:56 AM
Mat maslan tgh pikir nak suh org beratur pi pangkah dia masa pru bln 1 ni koh koh.. maslan ckp lag ...
Matmaslan dah terdidik. Ingat nak PRU sekali agong kasi darurat pulak
Pelamin anganku musnah. |
|
|
|
|
|
|
|
JunkMail replied at 12-1-2021 09:59 AM
Matmaslan dah terdidik. Ingat nak PRU sekali agong kasi darurat pulak
Pelamin anganku musna ...
Siannn.. baru nak mengembang kepak udahlaa darurat.. koh koh |
|
|
|
|
|
|
|
tagas replied at 12-1-2021 09:51 AM
Tempat mat maslan
tgk sape lg superman turun dulu
MatSrlan x balik kampung lagi ke? Pi le balik kampung tgk rakyat tu. Jangan biarkan Pontian tenggelam sedangkan diri sendiri duduk di atas bukit kat sana.. Eh! Dia dok KL/ Selangor kan? |
|
|
|
|
|
|
|
tagas replied at 12-1-2021 09:51 AM
Tempat mat maslan
tgk sape lg superman turun dulu
Ebit p pahang
Ada masa untuk mat maslan menang.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku klik sebab nak tau siapa dia HHBNU yg berpayung romantik meraduk banjir |
|
|
|
|
|
|
|
camne boleh merayau time banjir?
|
|
|
|
|
|
|
|
ni kat area mana ni? belah mak iollss kat area tampok sna konfem da naik air la..masa iollss kecik2 dulu siap ade boya naik atas darat time bah bsar dlu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah dijangka sebab awam pun masih tebal area tu. Harap mak pak peratikan anak masing2 leka main air banjir takut musibah pula tiba. |
|
|
|
|
|
|
| |
|