CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2909|Reply: 1

Targus Cipta Produk Anti Virus, Lampu Penghapus Bakteria Dan Beg Galas Berlapisa

[Copy link]
Post time 13-1-2021 07:56 AM | Show all posts |Read mode
SoyaCincau

Fatin Amanina

Targus merupakan salah satu peserta pameran dalam program CES (Consumer Technology Association) pada tahun 2021 dan syarikat ini mempertengahkan produknya yang bersifat anti kuman. Antara ciptaannya ialah lampu disinfeksi LED UV-C dan beg galas antimikrob.

Lampu disinfeksi LED UV-C

Lampu ultraviolet disinfeksi LED UV-C boleh diletakkan di atas papan kekunci, tetikus, telefon pintar atau apa sahaja yang anda mahu bersihkan daripada bakteria. Ia secara automatik akan menyala dan menghapuskan bakteria selama lima minit untuk setiap jam.

Penggunaannya secara berkala berkesan untuk menghilangkan mikroorganisma berbahaya pada permukaan peranti.

Namun, lampu disinfeksi ini sensitif terhadap sebarang pergerakan, ia akan padam secara automatik jika anda kembali datang berdekatan dengannya sebelum pembasmian kuman selesai.



Dengan lampu ini, pengguna tidak perlu lagi mendedahkan peralatan elektronik kepada pembersihan berasaskan kimia atau cecair. Produk ini dijangka akan dilancarkan pada bulan Mac 2021.

Beg galas antimikrob

Selain itu, ada juga beg galas antimikrob 2Office disediakan. Pada lapisan luar beg galas tersebut, ada disertakan lapisan antimikrob di tempat yang sering disentuh oleh pengguna bagi mengurangkan kemungkinan terkena sebarang jangkitan virus. Ia mampu memuatkan komputer riba berukuran antara 15 hingga 17.3 inci.



Lampu dan beg galas ini kedua-duanya akan datang pada bulan Mac 2021 bersama dengan papan kekunci antimikrob, tetikus dan sarung SafePort untuk iPad generasi ketujuh dan kelapan.

Produk yang dihasilkan ini dilihat mampu membantu dalam mematikan virus, namun belum diketahui lagi keberkesanannya secara nyata. Selain itu, tiada sebarang kenyataan lagi mengenai harganya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2021 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Aaa...ini yg diaorg ckp thn lps tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.339347 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list