CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3123|Reply: 2

Acer Umum Chromebook Yang Diperkasa AMD Ryzen

[Copy link]
Post time 13-1-2021 03:21 PM | Show all posts |Read mode
SoyaCincau

Hanif Azrai

Acer masih menaruh harapan kepada sistem operasi ChromeOS. Semasa acara CES 2021 yang berlangsung, merekal telah mengumumkan Chromebook pertama yang diperkasa CPU AMD Ryzen.



Chromebook Spin 514 bakap menyetai pasaran berbekalkan CPU siri Ryzen C, pertama seumpamanya dalam industri setakat ini.

CPU siri Ryzen C ini bukanlah produk yang baru daripada segi spesifikasi teknikal. Menurut AMD, ia adalah penjenamaan semula daripada siri U (R7 3200U kepada R7 3200C, R5 3500U kepada R5 3200U, R3 3250U kepada R3 3250). Rasionalnya langkah ini adalah untuk mewujudkan pengkelasan yang nyata untuk produk yang mendukung Windows dan ChromeOS.



Spesifikasi teknikal Spin 514 tidak dikongsikan secara terperinci oleh pengeluarnya. Namun, antara perkara yang boleh anda jangkakan padanya adalah seperti paparan sesentuh dengan panel boleh kilas 360 darjah untuk ubah laptop jadi tablet.



Panel yang digunakannya adalah jenis IPS 14” peka sentuhan yang dilapisi kaca Corning Gorilla Glass.



Kelihatan juga cap MIL-STD-810H yang mencadangkan yang ia teguh.



Antara port I/O yang bakal anda terima adalah HDMI bersaiz penuh, 2 port USB-C, slot mikro-SD, jek audio, dan 1 port USB-A. Bahagian RAM dan storan pula bergantung kepada varian yang akan dijual. Tapi, Acer beritahu yang ia boleh pergi sehingga 16GB DDR4 dan 256GB NVMe SSD.



Chromebook Spin 514 akan dijual dalam:

  • Pasaran Amerika bermula Februari 2021 pada harga serendah USD480 (RM1940)
  • Pasaran Eropah bermula Februari 2021 pada harga serendah EUR529 (RM2604)


Ada juga varian kategori Enterpise kalau-kalau ada pengguna dariapda sektor komersial yang ingin gunakannya. Chromebook Spin Enterprise 514 akan dijual dalam:

  • Pasaran Amerika bermula Mac 2021 pada harga serendah USD750 (RM3032)
  • Pasaran Eropah bermula Mac 2021 pada harga serendah EUR799 (RM3933)

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2021 05:57 PM | Show all posts
Mudah-mudahan harga di Malaysia bawah RM2,500
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 11:12 PM | Show all posts
boleh install chromeos kat kebanyakan laptop yg underpowered eg: yg guna proc. celeron

make sure guna ssd & ram minimum 4gb. shud be running chromeos quite smoothly n perky

sorry OT lak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.757109 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list