CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1912|Reply: 0

Fida Ikon Usahawan Selangor Masih Rindukan Bidang Seni

[Copy link]
Post time 13-1-2021 04:42 PM | Show all posts |Read mode

Tumpu perniagaan, Fida pernah raih anugerah Ikon Usahawan Selangor 2015.


Harian Metro

Norhayati Nordin
norhayati_nordin@hmetro.com.my

MESKIPUN sudah sekian lama menyepi daripada industri seni, pelakon dan penyanyi, Rafidah Ibrahim, 35, tidak pernah menutup pintu hatinya untuk kembali aktif.

Cuma, situasi industri kini yang didapatinya di isi begitu ramai bakat baharu membuatkan Fida berasa masih belum ada rezeki buatnya untuk kembali beraksi semula.

Bagaimanapun, akuinya perjalanan industri hiburan tanah air pada masa sekarang sudah jauh berkembang pesat. Ditambah, hadirnya bakat baharu yang bersilih ganti.

"Rindu nak berlakon, mengacara dan menyanyi itu alhamdulillah, masih ada. Bagaimanapun, di sisi lain saya sedar betapa sudah lamanya menyepi. Malah, pasti nama saya pun mungkin sudah dilupakan.

"Lebih lima tahun saya mengubah haluan kerjaya dengan memberi tumpuan penuh pada perniagaan R Secrets Sdn Bhd yang diusahakan, hingga tidak lagi mendapat tawaran berlakon.

"Mungkin juga kesibukan mengurus perniagaan itu, membuat ada pihak produksi berasa saya sudah tidak minat berlakon. Apapun, saya okey sahaja kerana rezeki kini memang dalam perniagaan pun," katanya.

Fida yang pernah memenangi anugerah Ikon Usahawan Selangor pada 2015 berkata, dia selesa berpandangan positif terhadap rezekinya dalam kerjaya seni. Katanya, yang pasti dia tidak pernah bersara.

"Saya sekarang cukuplah menjadi penyokong sahaja buat penggiat industri hiburan yang lain. Harapan saya, semoga bidang seni tanah air terus maju. Kalau ada rezeki saya nanti, insya-Allah.

"Sepanjang aktif dalam kerjaya seni dahulu pun, bermacam dugaan dan cabaran pernah saya hadapi. Cerita sensasi dan gosip banyak juga yang terpalit. Apapun, itulah yang dinamakan pengalaman.

"Sekarang, saya pun gembira dengan kehidupan dilalui, insya-Allah, ada rezeki dan sampai jodoh saya akan melangkah ke fasa perkahwinan tidak lama lagi," katanya.

Selama menceburi lakonan, Fida pernah membintangi drama seperti Epilog Syurga Cinta, Runtun Qalbu, Cinta Tikar Sejadah, Kasih Alia dan Setulus Janji.

Selain itu, Fida juga pernah mengembangkan bakat seninya dalam pengacaraan sebagai hos rancangan Riwayat Kamil dan Carta Nasyid pada 2008. Tidak hanya itu, dia turut menyanyi dengan merakamkan lagu Apo Kono Eh Jang pada 2012.

Berbicara mengenai perancangan perkahwinannya, Fida berkata, dia dan bakal pasangannya yang juga seorang ahli perniagaan bercadang mengadakan majlis pernikahan mereka sebelum Ramadan, tahun ini.

Ujarnya lelaki yang menjadi pilihannya itu adalah kenalan lama yang sudah dikenali lebih 10 tahun lalu. Menurut Fida, calon suami itu seorang lelaki yang baik, sangat memahami dan banyak membantunya selama ini.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.437715 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list