CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4557|Reply: 35

[Politik] Edisi tak reti bahasa:Mat Sabu kata Anwar tiada halangan menghadap Agong,tetap

[Copy link]
Post time 14-1-2021 01:47 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

AMANAH tegas berpendirian Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya tiada halangan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong jika Presiden PKR itu sudah mempunyai cukup majoriti.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, Anwar tidak harus menunggu sehingga tamatnya tempoh darurat pada 1 Ogos ini kerana lebih banyak kepincangan akan dilakukan oleh kerajaan Muhyiddin Yassin yang tidak lagi mempunyai majoriti dan keabsahan.

“Kalau kita ada majoriti sekarang, Anwar kena menghadap Agong. Saya tak tahu apa halangan untuk berlaku pertukaran sekarang sebelum tamatnya darurat.

“Darurat boleh tamat bila-bila masa mengikut kesesuaian dan cadangan daripada pemerintah.

“Saya yakin Agong akan jalankan tugas dan akan menerima Anwar untuk bawa sokongan. Kenapa nak tunggu sampai bulan Ogos? Kepincangan akan berlaku lebih banyak lagi,” tegas Mohamad ketika sesi Facebook Live menerusi NRChannelTV malam tadi.

Perikatan Nasional (PN) ketika ini hanya memiliki sokongan 109 Ahli Parlimen sahaja daripada 220 ahli Dewan Rakyat selepas tiga Ahli Parlimen Umno menarik diri dari menyokong gabungan tersebut.

Untuk rekod, Mohamed Nazri merupakan Ahli Parlimen Padang Rengas dari Umno yang ketiga membuat tindakan demikian selepas Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Machang).

Blok pembangkang pula kekal dengan 108 Ahli Parlimen yang terdiri dari Pakatan Harapan (PH), Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), dan Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).

Mengulas mengenai kerjasama politik dengan Umno, Mohamad berkata, AMANAH menolak hal sedemikian secara en bloc jika parti itu mahu bekerjasama dengan PH.

Menurutnya, AMANAH mungkin akan mempertimbangkan untuk menerima ahli Umno yang bersih dan tidak terlibat dengan apa-apa salah laku rasuah.

Bagaimanapun katanya, jika keadaan tersebut berlaku yang menyaksikan kerjasama PH dan Umno, perbincangan akan dilakukan terlebih dahulu bersama pimpinan tertinggi parti .

“Apabila tiba peringkat itu, kita akan bincang (dalam mesyuarat PH).

“Tapi sekarang ini kalau di peringkat individu daripada Umno atau mana-mana kumpulan yang nak datang menyokong, kita tiada masalah.

“Soal (jika) parti Umno nak datang (bekerjasama), kita kena buat perbincangan di peringkat PH. Tapi kalau individu, kita tiada masalah apa-apa,” tambahnya lagi.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2021 02:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg.pandai bahasa.Mudin kan, tengok dah tinggal 108 kerusi je terus mintak dalulat
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 09:51 AM | Show all posts
Agong tengah sibuk bantu mangsa banjir kat Pahang la
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak yah nak meratap mengadap la..agong malas nak layan weh..musim musim covid ni baik agung tolong raykat
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 10:52 AM | Show all posts
dey macha...pegi la tolong apa yg patut kat PD tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2021 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapa yg xsokong darurat?
Ni semua korgla punca ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 11:16 AM | Show all posts
Sudahlah Bangnon, jgnlah bermimpi sokongan yg dijanji tu sbb dorg tu perguna bangnon jer nak tekan Abah Mahiaddin....buktinya dlm parlimen masing2 menikus...

Perkemas jer lah jentera Pee Esh agar x bungkus ikat tepi next PRU...hahahahahah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2021 11:44 AM | Show all posts
Edited by kopokleko at 14-1-2021 11:46 AM

sampai sekarang bila keluar soalan kat FB contohnya kat TTKM  "siapa yang layak ganti Yiddin sebagai PM ? " orang yang beria-ia  nak Yiddin step down tak boleh nak jawab. Sampai kesudah memang tak ada calon. Depa nak PM step down tapi tak ada cukup keberanian nak letak calon PM baru, takut kene kutuk. Sebab politician Malaysia sampah kebanyakkannya.  Soalnya siapa? Anwar, Atok? Najib? Wak Komedi? Bung?

Sampai Abang Jamil mam*** la.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 11:48 AM | Show all posts
kopokleko replied at 14-1-2021 11:44 AM
sampai sekarang bila keluar soalan kat FB contohnya kat TTKM  "siapa yang layak ganti Yiddin sebagai ...

yidin step down igt selesai masalah?

lagi byk berpolitiking nanti,  wak midi nak pm, bg non nak pm, PRN sana - sini sinun...



Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 11:55 AM | Show all posts
salimrock replied at 14-1-2021 11:48 AM
yidin step down igt selesai masalah?

lagi byk berpolitiking nanti,  wak midi nak pm, bg non na ...

sebab tu aku ok aje Yiddin PM dalam keadaan negara tengah teruk ni. Lantak le darurat ke, parlimen kena gantung ke apa. Realitinya negara ni masih boleh berjalan macam biasa tanpa mangkuk2 ahli parlimen ni. Sebab sistem yang ada skrg ni setiap kementerian ada KSU, timbalan KSU, PTD, Pengarah, Timbalan pengarah, segala mak nenek kakitangan sokongan ada. Setakat sampai ogos tanpa ahli Parlimen, negara ni masih boleh berfungsi macam biasa. kadang2 aku rasa ahli parlimen ni menyemak aje dan mendatangkan kesusahan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 11:55 AM | Show all posts
apa jadah la pundek ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 12:03 PM | Show all posts
kopokleko replied at 14-1-2021 11:44 AM
sampai sekarang bila keluar soalan kat FB contohnya kat TTKM  "siapa yang layak ganti Yiddin sebagai ...

Penyelesaian yg adil adalah Abah Mahiaddin step down sbb , then YDPA tubuhkan jawatankuasa yg dianggotai oleh pimpinan politik utama bersama , iaitu Abah Mahiaddin, Zahid, Bangnon, Kit Sial dan dibantu oleh pakar2 kesihatan dan juga pakar2 ekonomi....jawatankuasa nih bertanggungjawab terus kepada YDPA

Menteri semua patut digantung,andai x bagi kesan kepada pelaburan
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 12:04 PM | Show all posts
kopokleko replied at 14-1-2021 11:55 AM
sebab tu aku ok aje Yiddin PM dalam keadaan negara tengah teruk ni. Lantak le darurat ke, parlimen ...

Kalau camtu logik bro, adakah tanpa Abah Mahiaddin sebagai PM negara xleh berfungsi gak?


Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 12:06 PM | Show all posts
salimrock replied at 14-1-2021 11:48 AM
yidin step down igt selesai masalah?

lagi byk berpolitiking nanti,  wak midi nak pm, bg non na ...

Abah Mahiaddin step down bkn bermakna ada org lain ganti jadi PM, masa Covid nih sbb for sure akan berantakan gak scene politik kita...

The best yg aku nampak, YDPA agihkan kuasa bersama kepada pimpinan utama politik yg bertelagah agar sama2 berusaha bendung covid...so kalau gagal masing2 gagal bersama, kalau berjaya masing2 dpt kredit...fair n square
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 12:11 PM | Show all posts
axl_bach replied at 14-1-2021 12:04 PM
Kalau camtu logik bro, adakah tanpa Abah Mahiaddin sebagai PM negara xleh berfungsi gak?

kena ada sorang yang boleh buat final decision terhadap sebarang proposal dan cadangan. Selain dari itu kena lah ada tukang buat pengumuman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2021 12:14 PM | Show all posts
kopokleko replied at 14-1-2021 12:11 PM
kena ada sorang yang boleh buat final decision terhadap sebarang proposal dan cadangan. Selain dar ...

Final decision is YDPA lah......

For now nmpk mengelupur geng2 lawan Abah Mahiaddin yg prihatin lagi berpenjana ni sbb dgn proklamasi darurat nih akan nmpk Abah Mahiaddin yg prihatin lagi berpenjana yg bakalan dapat kredit, dan usaha scheme of thingy tetap bleh berjalan biarpun darurat politik jadah nih sbb benda tu back door dan pejilat dan pesembah2 Abah Mahiaddin yg prihatin lagi berpenjana dlm forum cari ni pun  x anggap benda tu sebagai politik di kala covid nan senja pun...apa ada hal kalau kuasa ada di tangan.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 12:25 PM | Show all posts
axl_bach replied at 14-1-2021 12:14 PM
Final decision is YDPA lah......

For now nmpk mengelupur geng2 lawan Abah Mahiaddin yg prihatin ...

Kalau YDPA setuju ok je, baginda nampak ikhlas dan berintegrasi. Lagipun kaki2 jilat, kaki bodek, kaki hasut semua cuak le jugak nak berurusan dengan YDPA. Cuma fungsinya tu kena fine tune lah
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
kelakar
kalau bang non gila jawatan pm tak apa..
tapi
kalau yidin gile jawatan pm langkah semua bising
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 01:17 PM | Show all posts
amerald replied at 14-1-2021 01:12 PM
kelakar
kalau bang non gila jawatan pm tak apa..
tapi

Hmmmm, nmpk berbeza kat situ

X salah pun siapa2 nak gila jadi PM, bukankah tu the ultimatum seorang politician

Yg salah tu kalau jadi PM secara tidak demokratik....x kisah pihak mana sekalipun....

Lagi salah kalau dah ilang majoriti masih nak berpaut pada jawatan PM.....x kisah pihak mana sekalipun ( yg ni Atok mmg x terpakai sbb dia letak jawatan PM serta merta bila dah anggap ilang majoriti)
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.258231 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list