CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: YgBenar

[Tempatan] Cikgu Li Terkejut Jiran Buat 11 Bonggol Atas Jalan ke rumahnya.Member siap test

  [Copy link]
Post time 14-1-2021 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kadang2 bukan sbb jiran laju pon
Tapi jeles jiran pakai kereta xkisahla mahal/baru
Igt tak de ke manusia gitu
Hahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2021 11:34 AM | Show all posts
kalau baca komen kat cikgu li ni ada org kata manusia yang buat bonggol ni pernah viral sebelum n i sebab marah ustaz ebit lew taknak bagi dia modal meniaga, pilih2 menolong orang, tak nak tolong dia, block dia kat fb, etc. macam ada pattern gitu yah
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 11:42 AM | Show all posts
Bukan kawasan kampung kawasan perumahan pun ramai je yang suka2 buat bonggol sendiri.  Punca sebab ramai sangat nak merempit masa memandu macam dah nak tercirit kelam kabut cari jamban.  Bila ada kes terlanggar kereta jiran yang pakir dibahu jalan mulalah masing2 krik krik krik buat senyap je.  Tapi kalau dah banyak sangat dan rapat2 macam dalam kes ni jadi menyusahkan pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Alah kesiannya pak cik ni. Mesti tension dengan bunyi bising ekzos 4wd Cikgu Li ni ye. Sabar je la.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 12:22 PM | Show all posts
jenis perangai org PH atau UMMNO ler tu..x leh tengok kete org lain lebih mantop dr dia...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
isbritneybich replied at 14-1-2021 03:34 AM
kalau baca komen kat cikgu li ni ada org kata manusia yang buat bonggol ni pernah viral sebelum n i  ...

Ooo orang yang sama ye.. something wrong in his head.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2021 12:39 PM | Show all posts
Edited by HuoJingJue at 14-1-2021 12:40 PM

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf

Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di tepi rumahnya di Kampung Padang Luas, Jertih di sini Isnin lalu, memohon maaf atas perbuatannya.

Nor Muhamad Roslam Harun, 40, mengakui kesilapannya membina bonggol sebanyak itu dalam jarak tidak sampai 40 meter sehingga menyusahkan penduduk untuk keluar masuk ke jalan utama.

"Pagi semalam ada pegawai polis datang jumpa saya. Beliau menasihati saya dengan elok supaya membuang semua bonggol tersebut.

"Jadi semalam juga saya upah sebuah jentolak untuk meratakan semua 13 bonggol termasuk dua bonggol asal yang ada di situ," katanya kepada Bernama.

Baru-baru ini tular di laman sosial mengenai seorang invididu berkongsi gambar jalan masuk ke rumahnya yang dibina 11 bonggol baharu menggunakan tar dan menyatakan bonggol tersebut dibina oleh jirannya.

Nor Muhamad Roslam berkata, dia membina bonggol tersebut kerana terganggu dengan bunyi kenderaan disebabkan ada segelintir pemandu yang memandu laju di kawasan itu tanpa mengira masa.

"Bilik tidur saya berada di bahagian tepi yang berdekatan dengan jalan itu menyebabkan bunyi bising kereta dan motosikal mengganggu tidur. Saya tertekan sangat dengan masalah ini tambahan pula saya mempunyai masalah kesihatan (gangguan mental) tetapi belum lagi mendapatkan rawatan.

"Sebenarnya saya mahu membina bonggol yang landai sahaja tetapi tar itu cepat mengeras menyebabkan ia menjadi bonggol tinggi sehingga tidak boleh dilalui semua kereta kecuali pacuan empat roda," katanya sambil memberitahu membelanjakan RM1,080 daripada pengeluaran RM5,000 wang i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membina bonggol-bonggol tersebut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2021 @ 11:12 AM
https://www.hmetro.com.my/utama/2021/01/663928/lelaki-bina-11-bonggol-atas-jalan-mohon-maaf
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Depan rumah i pun ada bonggol, pun ramai jugak yg speeding. Ada yang leka berhandphone sampai tak sedar ada bump. Brek mengejut melompat lompat kereta macam badut. Bodoh sombong sangat orang2 yg drive laju dlm perumahan ni. Lori, hilux takyah cerita lah.. dah macam F1 terbang laju je atas bump.
Kalau bonggol tu tak buat betul2, boleh retak dinding rumah kau sebab gegar hentakan hari2 siang malam.
Kesimpulannya, stress nya kalau dapat neighbours from hell.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2021 01:16 PM | Show all posts
Edited by Meiizu at 14-1-2021 01:21 PM
Suchi replied at 14-1-2021 08:20 AM
Introvert kot tak suka bising bangau tp buat rumah tepi jln pulak.

Maghi sini lah duk umah pencak ...

meluat ehhh lately sana sini introvert
dah mcm musim OCD dulu
semua self diagnose ocd

introvert hapeeeerr org mcm tu
entah2 kera sumbang
khennnn

ehhh ada yg letak kat fb status..introvert
hekk elllehh
btw pokcik ni dah ngaku ada masalah mental
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Heols guna duit i sinar habis seribu lebih wat bonggol.

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
So dia takleh disalahkan lah sebab dia sakit mental... gituuu
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
HuoJingJue replied at 14-1-2021 12:39 PM
Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf

Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di  ...

Gigih buat bonggol guna duit i-sinar pulak tu hadoii la pokcik roslam. Membazir jah
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Dok kondo jelah
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 01:50 PM | Show all posts
nazzse replied at 14-1-2021 07:03 AM
Dapat jiran tak kira masa bising ni memang annoying,  rasa nak ketuk pintu tegur..

Rumah si rosla ...

jgn ketuk pintu.
lagi kuat ketuk lagi org taknak bukak.

...bagi salam.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 01:55 PM | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 14-1-2021 02:07 AM
zorrro_03 replied at 13-1-2021 07:28 PM
Banyak jenis gila dalam dunia ni.  Perangai mcm mat sabu .

Manusia mental memang ramai terutama melibatkan soal tanah.  

I nak cerita kisah seorang opah yg viral tahun lepas. Beliau berusia 80 tahun, ibu tunggal yg tinggal seorang diri di sebuah kampung. Anak cucunya tinggal jauh.





Jalan tepi rumahnya telah dipagar dengan kawad berduri oleh tuan empunya tanah, konon utk mengelak haiwan perosak seperti khinzir hutan masuk merosak tanaman. Bila dah dipagar dgn kawad berduri, ia menghalang opah menggunakan laluan tersebut sebagai jalan pintas utk ke kedai runcit.



Oleh kerna opah tiada kudrat utk berjalan jauh, beliau terpaksa juga melalui jalan pintas tersebut utk ke kedai runcit berhampiran. Beliau akan menyelak sedikit kawad berduri utk meloloskan dirinya bagi membolehkannya melalui jalan tersebut.

Keadaan ini telah menimbulkan rasa kurang senang seorang individu bernama Norsiah. Menurut Norsiah, tindakan opah telah menyebabkan kawad berduri yg dipasangnya kendur.

Satu hari Norsiah dan kuncunya telah menunggu opah tadi di halaman rumah dan memarahinya. Norsiah memberi amaran keras kepada opah agar tidak lagi menggunakan jalan tersebut. Norsiah bukan sahaja memarahi opah malah turut merakam video bertujuan utk menjatuhkan maruah opah.



Video ini telah viral, dan cucu opah telah tampil memberi kenyataan. Rupanya Norsiah dan kuncunya bukan pemilik tanah tersebut. Mungkin mereka sejenis manusia yg suka melakukan kerosakan dan menyusahkan kehidupan org lain.

“Apalah salah opah aku smpai kne buat cmtu skali…
Xyh la marah smpai cmtu… Makcik pakcik nk menongkat langit ke…
Ke nk bwak tanah masok kubur…
Kalau btol pn opah aku salah perlu ke makcik pakcik buat cmtu…
Aku ckap nie da abes berlapik da nie…
Lgpn tanah yg dye lalu tu bukan tanah pakcik makcik pn…
Pakcik makcik ckap psal hukum mcm hebat sgat je …
Opah aku nk g kedai beli brg je pn jln kaki…
Xlanggar pn kawat duri tu dgan bulldozer…” – Shahira Mu’ad


Pengajaran cerita opah ini, jadilah manusia yg memberi manfaat. Kalau tidak dapat meringankan kesusahan org lain takpe asalkan kalian tidak tambah merosak dan menyusahkan.

  

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 02:08 PM | Show all posts
pokcik pindah je lah kalau dah tak boleh hidup bermasyarakat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2021 02:14 PM | Show all posts
Kangkung1M replied at 14-1-2021 01:55 PM
Manusia mental memang ramai terutama melibatkan soal tanah.  

I nak cerita kisah seorang opah y ...

mmg ada kes mcm ni.  sampai berparang2an.  tanah jgn main2... kalau ada pertikaian dengan orang gila, baik backoff.  biar polis uruskan.  
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
x memasal je abih duit buat bonggol pastu nak kena spend lagi upah jentolak ratakan bonggol tu balik..kalu dia cuma tambah 1 lagi bonggol takde la jadi kes viral gini...ni sbb smpai 11 ditambahnya..tapi tetap la I tak side memana..yg Cikgu Li ni pun kena hati2 la..mengalah@merendah diri setakat yg mampu..yg mana jiran tu x suka, try la jangan buat..risau jugak bila dia claim ada masalah mental..dibuatnya dia hilang sabar, kang x memasal ada yg kena takik ngan parang kang..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 02:38 PM | Show all posts
zorrro_03 replied at 14-1-2021 02:14 AM
mmg ada kes mcm ni.  sampai berparang2an.  tanah jgn main2... kalau ada pertikaian dengan orang gi ...

Yelah pasal batu seketul ni ramai orang berbalah.


Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 02:39 PM | Show all posts
sukacactus replied at 14-1-2021 06:47 AM
Nasib la cikgu ni xlayan kepala gila jirannya, dia siap buat jalan lain as aiternative
Rumah jiran  ...

pakcik tu tak tahu teknologi soundproof

rugi duit buat bonggol, rugi duit lagi upah bulldozer


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.087468 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list