CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1068|Reply: 0

Fulham 'Diamkan' Mourinho

[Copy link]
Post time 14-1-2021 07:47 AM | Show all posts |Read mode
Pemain Fulham, Ivan Cavaleiro (tengah) menjaringkan gol penyamaan ketika pasukannya seri 1-1 berdepan Tottenham Hotspur di London. - EPA


Berita Harian

LONDON: Fulham membuatkan Jose Mourinho perlu membayar harga yang mahal apabila jaringan lewat permainan Ivan Cavaleiro memberikan keputusan seri 1-1 seterusnya merencatkan impian Tottenham mencabar gelaran Liga Perdana sebentar tadi.

Bos Tottenham, Mourinho sebelum itu terbabit dalam pertikaian dengan pengurus Fulham, Scott Parker selepas keputusan Liga Perdana menjadualkan semula pertembungan tetangga London itu dalam tempoh yang singkat.

Harry Kane meletakkan tuan rumah di depan pada babak pertama di Stadium Tottenham Hotspur tetapi Cavaleiro meledak pada penghujung saingan yang membuatkan Mourinho kecewa.

Tottenham hanya menang dua daripada lapan saingan liga dan kini berkedudukan keenam.

Kemenangan berdepan pasukan bawahan, Fulham boleh emmbawa mereka ke kedudukan ketiga di atas Manchester City, yang mencipta kemenangan keempat berturut-turut liga apabila jaringan tunggal Phil Foden mengesahkan kemenangan 1-0 mengatasi Brighton.

City kini tidak tewas dalam 14 perlawanan sejak kalah kepada Tottenham pada November.

Spurs – yang kini enam mata di belakang pendahulu, Manchester United – semakin diragui sebagai pencabar gelaran selepas persembahan longgar itu.

Pasukan ketiga dari bawah, Fulham kini seri dalam lima perlawanan berturut-turut liga dan hanya dua mata daripada zon selamat berbaki dua perlawanan dalam tangan.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.069050 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list