CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1062|Reply: 0

Liridon Dipinjamkan Ke Sebuah Kelab Di Australia?

[Copy link]
Post time 14-1-2021 07:52 AM | Show all posts |Read mode
Liridon Krasniqi (kiri) bersama pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. - Foto ihsan goal.com.


Berita Harian

Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Selepas dikaitkan akan kembali ke Kedah, nama Liridon Krasniqi kini turut disebut-sebut bakal dipinjamkan Johor Darul Ta'zim (JDT) ke kelab Australia, Newscastle Jets.

Ia selepas sebuah akaun Twitter program radio berkaitan bola sepak di Austalia, Soccer Stoppage Time mendakwa pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sedang membantu kelab A-League itu meminjamkan dua pemain.

Pada ciapan berkenaan, laman Twitter itu menyebut nama Liridon dan bintang muda baharu JDT dari Indonesia, Syahiran Abimanyu.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada pengesahan rasmi dari Tunku Ismail atau JDT sendiri mengenai khabar angin itu.

Sebelum ini, Liridon yang juga pemain naturalisasi Harimau Malaya turut didakwa bakal dipinjamkan ke pasukan Kedah musim ini.

BH Sukan sebelum ini turut melaporkan Tunku Ismail mengakui Syahiran adalah perancangan jangka panjang kelab itu dan akan dipinjamkan ke luar negara.

Selain itu, satu lagi spekulasi membabitkan JDT yang sedang hangat bermain di media sosial mengenai dakwaan bahawa pemain Argentina, Jonathan Herrera akan menyertai skuad Harimau Selatan.

Penyerang berusia 29 tahun itu didakwa akan tiba Sabtu ini dan bakal bersama JDT selama tiga tahun.

Namun, belum dapat disahkan sepenuhnya mengenai spekulasi itu kerana JDT juga belum membuat sebarang pengumuman atau kenyataan rasmi mengenai dakwaan berkenaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.347872 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list