CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1417|Reply: 1

Pengalaman Lalu Jadi Panduan MFL Hadapi PKP

[Copy link]
Post time 14-1-2021 10:39 AM | Show all posts |Read mode

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan. - Foto ihsan FB MFL.


Berita Harian

Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Pengalaman musim lalu menjadi panduan buat Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk bersedia dengan segala kemungkinan mengenai perjalanan Liga Malaysia (Liga M) 2021 termasuk jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan selepas 26 Januari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan menjelaskan pihaknya sudah mempunyai langkah tertentu jika keadaan itu berterusan bagi memastikan semua pertandingan di Liga M musim ini dapat berlangsung seperti dirancang.

Namun, memandangkan tempoh pelaksanaan PKP buat masa ini hanya selama dua minggu bermula hari ini, beliau menegaskan perancangan asal Liga M masih kekal iaitu memulakan saingan pada 26 Februari ini.

"MFL menerima langkah kerajaan dalam melaksanakan PKP bagi negeri tertentu kerana indeks kes COVID-19 yang semakin tinggi dan kami faham akan keperluan berkenaan.

"Sememangnya besar harapan kami agar PKP ini tidak berpanjangan kerana kalendar Liga M sudah dikeluarkan termasuk saingan piala tertentu bagi memastikan musim 2021 lebih lancar dan teratur.

"Jika PKP ditarik balik pada 26 Januari, maka semua pasukan mempunyai masa yang cukup mengadakan persiapan pra musim bagi menghadapi liga yang akan bermula dengan Piala Sumbangsih pada 26 Februari," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada Isnin lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan PKP selama dua minggu membabitkan enam negeri termasuk Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi tempoh sama pula dikenakan terhadap enam negeri lain iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan manakala Perlis dan Sarawak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Selain itu, Ghani meminta kerjasama semua pasukan untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang musim ini agar memastikan Liga M dapat berlangsung tanpa sebarang masalah jika sudah mendapat lampu hijau dari kerajaan.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2021 11:17 PM | Show all posts
Ramai penyokong MFL ni x sabar nak melihat pasukan yang mereka sokong beraksi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.420032 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list