Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
3432
View
92
Reply

[Tempatan] ..antara punca Covid naik mencanak, dulu tangkap buruh asing yg.datang buat test, so depa tak berani tampil, kes pun menular tanpa dikesan, Aljazeera senyum sinis now,

[Copy link]

Author: pyropura    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-1-2021 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Tindakan keras pada pekerja asing antara faktor Covid-19 melonjak - NGO

Kerajaam perlu bertanggungjawab terhadap dakwaan silap langkah yang menyebabkan peningkatan mendadak kes Covid-19 sebelum pengisytiharan darurat, kata NGO hak asasi manusia antarabangsa.

Timbalan Pengarah Human Rights Watch (HRW) Asia, Phil Robertson berkata kegagalan kerajaan Malaysia dalam soal kesihatan pekerja asing adalah antara sebab mengapa negara ini berada dalam keadaan yang begitu teruk sekarang.


"Kerajaan Malaysia melakukan kesalahan awal, anda tahu. Asalnya, kerajaan mendorong pekerja migran (supaya tampil) untuk diuji, menyedari bahawa virus itu tidak peduli jika mereka warganegara asing atau rakyat Malaysia.

"Sebaliknya, kerajaan mengubah (langkah) dan menahan pekerja migran tanpa dokumen. Dengan melakukan itu, pada dasarnya ia seakan menyuruh pekerja migran untuk lari ketika mereka melihat pegawai Malaysia datang.

"Ini pada dasarnya merosakkan kesihatan awam dengan membuat orang takut ditangkap," katanya pada sidang media maya pelancaran laporan HRW's World Report 2021 di Bangkok petang ini.

Robertson berkata langkah sedemikan sepatutnya dihindari di tengah-tengah wabak penyakit.

"Apa yang kita mahu adalah mengutamakan kesihatan awam.

"Saya rasa kegagalan kerajaan Malaysia, terutama berkaitan dengan kesihatan pekerja migran, adalah salah satu sebab mengapa negara ini berada dalam keadaan yang begitu teruk sekarang," katanya.

Robertson juga ditanya adakah kerajaan Malaysia memperlakukan pekerja migran lebih baik berbanding tahun lalu ketika serbuan terhadap mereka dilakukan di tengah wabak Covid-19.

"Kami tidak melihat pembaikan yang ketara dalam hal pekerja asing daripada kerajaan Malaysia," katanya.

Robertson berkata pengisytiharan darurat yang merangkumi penggantungan parlimen merupakan pelanggaran hak.

"Kegagalan melindungi hak pekerja migran, seakan-akan berkembang dengan pelanggaran hak yang lebih luas. Ini sangat mengecewakan," katanya

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 14-1-2021 01:17 PM | Show all posts
Memang kerajaan sahaja biarkan kes bercambah tu. Time cuti krismas tahun baru orang semua bercuti. di benarkan ke sana ke sini. bila dah abis cuti n orang semua nak pergi kerja, meniaga, belajar dan lain-lain. tetiba buat pkp.

industri pembinaan yang paling ramai foreigner dan pusat pembiakan covid dibenarkan beroperasi. industri kecil lain yang kurang kes covid dan xpernah jadi pusat pencambahan covid tidak dibenarkan.


Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 01:24 PM | Show all posts
Susah betul nak puaskan hati semua rakyat Msia dan juga bukan rakyat Msia yg menetap di Msia.

Buat PKP dicemuh, tak buat PKP pun dicemuh.

Tak boleh ker sokong usaha negara sendiri utk membendung penularan wabak covid ni?

Kenapa suka memadankan muka negara sendiri dan memenangkan Al Jazeera yg bunyi mcm Arab tapi pemikiran mcm kafirun?

Kami yg duduk di Msia yg bayar cukai/zakat di Msia, kami sokong apa2 usaha utk mengurangkan kes2 baru covid.

Yg pekerja2 asing tu, ya mrk menyumbang jugak tapi habis kerja, diaorg balik negara sendiri, hantar wang RM kat negara2 mrk dan kesetiaan mrk kat negara mrk. Dah cukup bagus lah, rakyat kita (pegawai2 kesihatan) memberi rawatan kpd mereka sama seperti rakyat msia yg lain.

Itu pun masih nak komplen!
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-1-2021 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis replied at 14-1-2021 01:17 PM
Memang kerajaan sahaja biarkan kes bercambah tu. Time cuti krismas tahun baru orang semua bercuti. d ...

Kes mencanak senang mintak darurat ye dok?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 14-1-2021 01:42 PM
Kes mencanak senang mintak darurat ye dok?

Tahu xpe. Dari bulan 10 punya plan.

Memula sorok data covid dari kerajaan negeri nak tingkatkan keberkesanan kawalan covid katanya.

Patutnya lepas sebulan terus meningkat dah tahu langkah sorok data tu bukan sahaja xberkesan bahkan memburukkan lagi keadaan.

Minta lak darurat. Ditolak agong.

Then terus sorok data dan longgarkan segala kawalan especially di cuti akhir tahun. Akhirnya capai target.

Now boleh dah declare darurat dan boleh start kawal covid semula.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu pun masih ramai lagi yang gila kuasa... silalah buat yang terbaik dan produce result. Niat sahaja is not good enough ya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
auntieagony replied at 14-1-2021 01:24 PM
Susah betul nak puaskan hati semua rakyat Msia dan juga bukan rakyat Msia yg menetap di Msia.

Bua ...

Usaha kalau untuk kawal covid macam pkp 1 dulu memang semua orang sokong.

Tapi di saat pkp orang lain xboleh berpolitik mereka boleh.

Rakyat didenda, dipenjara. Pemimpin lepas bebas melanggar semua peraturan.

Lepas tu sengaja jahanamkan negara untuk kepentingan politik,

Terminate contract hsr sebab xleh award direct nego contract pada kroni. 300 juta bayar pampasan sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 01:54 PM | Show all posts
tak ada maknanya
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 02:04 PM | Show all posts
Ni semua bahana dari PRN Sabah

Geng PN (termasuk party assobiyyah tu) tak puas hati ... nak jugak rampas kuasa kat Sabah

Si Musa Aman dilepaskan (dia pon tak payah gunakan tongkat lagi untuk jalan) & kemudian memaksa si Piee Bedal mintak PRN

Tak payah pulak kuarantin untuk sapa2 yang gi balik Sabah

Sekarang kita kena lah ... langsung tak ada minta maaf atas perbuatan mereka

Tak ada langsung rasa tanggungjawab
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-1-2021 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
auntieagony replied at 14-1-2021 01:24 PM
Susah betul nak puaskan hati semua rakyat Msia dan juga bukan rakyat Msia yg menetap di Msia.

Bua ...

Tindakan yg.dah tak membuahkan  hasil buat apa disokong. Tu bodo lugu namanya
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh plak sy terpikir abah lg setan dr jibon

Kdg2 terpikir gak Betui ke midin ni ada kanser?? Keww tipuuw wehh??  
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 02:43 PM | Show all posts
ResellerMaxis replied at 14-1-2021 01:53 PM
Usaha kalau untuk kawal covid macam pkp 1 dulu memang semua orang sokong.

Tapi di saat pkp oran ...

Nak mcm PKP1 mmg tak boleh, kjaan tak mampu, duit dah takder.

Jgn campur-adukkan agenda politik dgn usaha2 utk memerangi covid 19.

Lepas covid 19 dah habis, boleh lah sesiapa pun yg nak continue semula cara hidup masing2 yg berpaksikan politik.

Utk yg ada kehidupan yg lebih utama selain drp politik (termasuk auntie) pun boleh hidup dlm keadaan yg sihat dan aman.

Insya Allah
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 02:43 PM | Show all posts
Mohd Rayhan pun tersenyum sinis dari kejauhan melihat cara KERAjaan gagal total ni buat kerja..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 02:48 PM | Show all posts
pyropura replied at 14-1-2021 02:26 PM
Tindakan yg.dah tak membuahkan  hasil buat apa disokong. Tu bodo lugu namanya

Kalau rasa tindakan ini tak membuatkan hasil, bagilah input2, cadangan2, buah fikiran2 yg anda fikir akan membuahkan hasil. Ada?

Tak perlu berada dlm kerajaan utk menabur budi kpd negara. Parti pembangkang pun boleh turut serta dlm menangani masalah covid. Tak boleh ker work hand-in-hand? Kat blkg tabir, elok jer bertepuk-tampar sesama parti kjaan & parti pembangkang.

Semasa keadaan yg susah dan sukar ni, semua pandangan politik put aside, kesejahteraan rakyat yg utama.

Ni masing2 semua sama jer.... Mcm pot calling the kettle black.

I rest my case. Ada benda2 lain yg lebih utama dlm hidup auntie yg perlu perhatian.

Haters will hate gitu....
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 02:49 PM | Show all posts
tripleid replied at 14-1-2021 02:43 PM
Mohd Rayhan pun tersenyum sinis dari kejauhan melihat cara KERAjaan gagal total ni buat kerja..

Biarkan dia nak senyum pun. Good riddance to bad rubbish.

Kat Bangladesh pun, keadaannya bukannya lebih baik drp Msia, malahan lebih teruk.

Biaq pi lah dia mereput kat situ....
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry ... i setuju jah migran tak berdokumen ini ditangkap. Selagi mereka ade , mereka akan bawak lebih byk penyakit yg lain yg jauh lebih bahaya dr covid dimasa akan dtg.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by zidane_ziege at 14-1-2021 03:20 PM

pendapat aku PKP 1.0 dulu idea yg sempat dirangka oleh kerajaan PH dulu..sbb nampak tersusun dan kemas..kerajaan baru cuma ambik nama je..

bayangkan tak payah kaji tak payah apa..balik main golf aje terus tiba tiba yidin ada idea bernas lagi bijak

sbb apa aku kata mcm tu? sbb tgk ajelah menteri2 PN pon bodoh SOP termasuk menteri kesihatan..kau rasa bebal2 tu mampu ke fikir idea mantap mcm pkp 1 dulu?

sbb yg kedua..drp jadi bijak masa PKP satu.. rancang mcm2 hal yg genius..tiba2 geng PN jadi bangang abadi bila ada Pilihanraya Sabah..dan selepas itu semakin bangang berterusan hingga la sampai tahap istihar darurat..mana perancang bijak PN masa PKP 1.0 dulu? dh meninggal ke? apasal kucar kacir aje tak mcm awal2 dulu?

ni contoh kebodohan kerajaan abahkau..

PRN Sabah berjalan, kes naik. Rakyat dan KKM mintak Abah wajibkan kuarantin. Abah taknak. Mail Sabri rilek cakap "takde keperluan wajibkan kuarantin untuk kemasukan dari Sabah ke Semenanjung"... akibatnya kes mula mencanak naik di Semenanjung bermula dari September.

Kes mencanak naik sejak September. Rakyat dan KKM mintak Abah ketatkan SOP. Tapi cuba ingat balik apa Abah umum? Dia kata - "keadaan terkawal"...

Masuk musim cuti. Kes masih mencanak naik. Rakyat Malaysia ada 33 juta. Bukan semua 33 juta pegi bercuti. Bukan semua 33 juta tak jaga SOP. Rakyat dan KKM mintak ketatkan SOP. KP Kesihatan secara terbuka mintak kerajaan ketatkan SOP. Abah senyap dan buat bodoh je selama beberapa bulan.

Kes cecah 100,000 pada 24 Disember. Rakyat gesa supaya SOP diketatkan. Abah buat bodoh lagi. Bukan setakat tu, SOP kemasukan dari luar negara pun dilonggarkan. Padahal varian baru virus dari UK dah mula mengganas.

Dan-dan bila kes dah nak cecah 150,000, bila makin ramai menteri didapati positif, bila wakil rakyat BN dah mula tarik sokongan balik... Abah menjelma acah-acah kononnya dia la hero yang nak selamatkan rakyat.. mintak darurat.

Tak boleh blame YDPA sebab baginda tengok kes naik mencanak. Tapi kita tengok - siapa punca yang biarkan kes naik mencanak?

So apasal pulak pencacai najis PN nak marah bila rakyat beranggapan kerajaan macam nak bunuh rakyat? Rakyat dah berbulan mintak tindakan dari kerajaan. Rakyat dah berkorban waktu PKP yang pertama dan kes berjaya diturunkan. Rakyat dah jalankan peranan. Tapi kerajaan yang abaikan rakyat.

bakalan ada pulal nanti cacai penjilat yg kata ah dulu kerajaan ph pon lepaskan aje pelancong cina..

aku jawab mcm ni la..klu kerajaan abah yg memerintah masa awal covid dulu..aku maafkan jugak sbb masa tu tak semua org tahu pasal covid ni..semua zero..

ni dh setahun..dh ada pengalaman pun turunkan covid sampai 1 kes je sehari

awat mai bangang plak lps tu?

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 03:26 PM | Show all posts
Edited by tripleid at 14-1-2021 03:39 PM
auntieagony replied at 14-1-2021 02:49 PM
Biarkan dia nak senyum pun. Good riddance to bad rubbish.

Kat Bangladesh pun, keadaannya bukann ...

kalo ikut ratio jumlah penduduk covid Msia jauh lebih teruk dari bangla yg rakyat beratus juta tuh
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
zidane_ziege replied at 14-1-2021 02:58 PM
pendapat aku PKP 1.0 dulu idea yg sempat dirangka oleh kerajaan PH dulu..sbb nampak tersusun dan kem ...

Betul sgt apa yg hang tulis ni..

lembu-punya-susu-sapi-dapat-nama-l.jpg
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
zidane_ziege replied at 14-1-2021 02:58 PM
pendapat aku PKP 1.0 dulu idea yg sempat dirangka oleh kerajaan PH dulu..sbb nampak tersusun dan kem ...

Pkp 1.0 idea Pee Esh? Aku x rasa tu idea Pee Esh, sbb too briliant for them..

Tp aku yakin tu idea dari pakar2 KKM....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list