CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1378|Reply: 14

[Tempatan] 86,500 Kg Bawang Dari China Dirampas

  [Copy link]
Post time 15-1-2021 09:16 AM | Show all posts |Read mode

Bawang yang dirampas di Pelabuhan Barat, Selasa lalu. FOTO Ihsan MAQIS


Harian Metro

Ruwaida Md Zain
am@metro.com.my

Pelabuhan Klang: Gagal mematuhi Sijil Perakuan 3P (Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan) yang ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Selangor, sejumlah 86,500 kilogram (kg) bawang merah dan kuning dirampas di Pelabuhan Barat, Selasa lalu.

Pengarah MAQIS, Dr Tarmisal Alimin berkata, rampasan itu dibuat selepas pemeriksaan rutin yang dilakukan oleh pegawai penguat kuasa MAQIS kira-kira 11.30 pagi.

"MAQIS berjaya menggagalkan cubaan sebuah syarikat tempatan membawa masuk dua kontena bawang merah dan bawang kuning dari China dan Pakistan.

"Kedua-dua kontena itu mengandungi 86,500 kg bawang merah dan kuning yang dianggarkan bernilai RM179,822.85.

"Barang dagangan (bawang merah dan kuning) dirampas kerana tidak mematuhi syarat seperti mana yang dinyatakan pada permit import MAQIS iaitu tidak mematuhi Sijil Perakuan 3P," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tarmisal berkata, kegagalan mengemukakan maklumat itu adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

"Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau keduanya sekali di bawah Seksyen 15(2) Akta yang sama," katanya.

Katanya, MAQIS mengambil serius dalam isu membabitkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam kelestarian makanan negara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2021 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Bwg merah ros ke tu
Oh my!
Sesungguhnya aku amat merindukan bwg ros
Lamanya xketemu
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru nak turun sikit rege bawang ni.. dah kes kene rampas pulak... Hurm... Ape syarat permit bwg ni? X declare jenis racun perosak ke atau genuinely xde permit.. acaner
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Makin tinggi rega bawang
Bagus la buat keja
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah rampas ni, nanti lebur macam tu je ke 86k kg bawang ni? Rugiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 10:21 PM | Show all posts
Barang rampasan itu akan dihapuskan ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2021 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Company mana pulak

lepas daging, bawang

cina ka
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan kena rampas sbb bawang palsu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2021 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Nes3in1 replied at 15-1-2021 10:37 PM
Ingatkan kena rampas sbb bawang palsu.

Berderau baca tajuk...nasib baik bukan..
Dulu beras palsu..telur palsu
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 09:30 AM | Show all posts
adeh, dah la bawnag susah nak dapat skrg ni...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 09:32 AM | Show all posts
Benda biasa je dari dulu untuk elak jangkitan pada tanaman tempatan
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 16-1-2021 12:32 AM
Berderau baca tajuk...nasib baik bukan..
Dulu beras palsu..telur palsu

Matahari palsu pun deme mampu buat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
kat malaysia ada pompuan palsu . dia kata dia ada kemaluan wanita. tapi tetap kena tangkap . ke macamana entah. malas nak paham kronologi cerita dia nangis2 depression bagai.

eh. membawang plak kat thread bawang
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Dahlah sejak tahun lepas nak dapat bawang semenggah susah.  

Ni yang cantik-cantik dah kena rampas pulak!

Lepasni makin naiklah harga bawang.  Terima kasih banyak-banyak!
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan bawang kena rampas sebab bawang counterfeit/plastik/tiruan..
Kilang plastic produce plastic pellet pun ramai ummah local percaya hat tu beras..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.625696 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list