CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1403|Reply: 0

Murray Positif COVID-19

[Copy link]
Post time 15-1-2021 10:03 AM | Show all posts |Read mode

Murray disahkan positif COVID-19.


Berita Harian

LONDON: Andy Murray didapati positif COVID-19 sekali gus menyaksikan penyertaannya di Terbuka Australia bulan depan menjadi tanda tanya.

Juara Wimbledon dua kali itu didapati positif selepas ujian yang dijalankan minggu lalu, namun hanya menunjukkan simptom yang tidak begitu buruk dan berada dalam keadaan yang sihat.

Terdapat kes dilaporkan di Pusat Tenis Kebangsaan di London pada bulan ini selepas seorang lagi pemain, Paul Jubb difahamkan turut didapati positif COVID-19.

Murray berharap dapat ke Melbourne untuk kepulangan penuh emosi di Terbuka Australia, dua tahun selepas dia mengumumkan yang dia hampir berhenti daripada bermain tenis.

Bekas pemain nombor satu dunia itu ketika ini menjalani kuarantin kendiri di rumah dan berharap dapat menyertai kejohanan yang akan bermula 8 Februari depan.

SunSport difahamkan Murray bercadang untuk ke sana hanya selepas betul-betul selamat untuk berbuat demikian dan tiada risiko kepada mana-mana individu.

Namun, peluangnya ke Australia tampak kian tipis memandangkan semua yang terbabit perlu menjalani kuarantin selama 14 hari di hotel yang ditetapkan.

Mereka hanya dibenarkan meninggalkan hotel maksimum selama lima jam setiap hari dengan dua jam daripadanya untuk sesi latihan bersama pasangan yang ditetapkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.053241 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list