CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1105|Reply: 0

Lampard Rancang Had Sambutan Gol

[Copy link]
Post time 15-1-2021 10:06 AM | Show all posts |Read mode

Pengurus Chelsea, Frank Lampard mahu pemainnya patuh kepada protokol COVID-19 dalam latihan serta perlawanan sebenar. - AFP


Berita Harian

LONDON: Frank Lampard mendedahkan dia akan memberitahu bintang Chelsea supaya tidak meraikan jaringan dalam latihan selepas wujud kebimbangan berpelukan dalam kumpulan boleh menyebarkan COVID-19.

Ketua Liga Perdana sudah memberi amaran supaya tidak melakukan perkara berkenaan seiring dengan protokol ketat COVID-19 selepas pandemik berkenaan semakin memuncak di Britain.

Pengurus Chelsea, Lampard percaya pemain perlu membendung naluri normal untuk meraikan kejayaan selepas meledak gol dalam perlawanan.

Dia bercadang untuk mengurangkan sambutan dalam latihan bagi mengubah minda pasukannya dalam isu berkenaan.

Ditanya sama ada Chelsea akan berhenti meraikan jaringan ketika latihan, Lampard berkata: "Benar, mungkin kami akan lakukan. Kami memang serius, kami berlatih jarak sosial sebanyak mungkin di pusat latihan.

"Di padang latihan ia boleh menjadi sukar, kerana anda perlu berlatih dan rapat antara satu sama lain.

"Namun pada setiap ketika yang anda boleh dan dalam latihan, anda perlu melakukannya, saya berharap, sama seperti dalam perlawanan apabila anda menjaringkan gol dalam Liga Perdana, menang perlawanan atau apa sahaja.

"Setakat ini pasti saya akan sampaikan pada pemain, dan anda boleh lihat kumpulan pemain ini berpelukan apabila mereka menang lawan lima sepasukan (dalam latihan) jadi kita akan lihat perkara itu."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.068645 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list