CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5327|Reply: 52

[Tempatan] Saya anak penoreh, bukan sifat saya hina orang, kata Ahmad Maslan

  [Copy link]
Post time 15-1-2021 10:33 AM | Show all posts |Read mode
'Saya anak penoreh, bukan sifat saya hina orang'

https://www.malaysiakini.com/news/559021

Diterbitkan 15 Jan 2021, 9:35 am
Dikemaskini 9:36 am



Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan tampil memohon maaf terhadap pihak yang terkilan dengan kenyataannya sebelum ini dengan berkata bahawa dia bukan seorang yang suka merendahkan orang lain.

Ahmad merujuk kenyataannya yang menyifatkan golongan berpendidikan tinggi lebih dapat memahami keperluan mengadakan pilihan raya umum (PRU) secepat mungkin.

"Ya benar saya minta maaf kepada pihak yang terkilan terhadap saya.

"Bukan perangai saya untuk rendahkan orang lain. Bererti itu bukan disengajakan," katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Tambah Ahmad, dia dilahirkan dalam keluarga miskin dan merupakan anak penoreh getah.

"Bukan sifat saya hina orang," tegasnya.

Ahmad, yang juga merupakan ahli parlimen Pontian mendapat kecaman susulan kenyataan yang dibuat dalam program wacana anjuran Umno Tanjung Malim yang disiarkan secara langsung oleh Facebook Umno Online pada 8 Jan lalu.

Ahmad ketika itu merujuk temu bual stesen televisyen dengan seorang individu yang bekerja sebagai pemarut kelapa dan menerangkan sebab-sebab mengapa PRU wajar diadakan segera.

“Rasanya yang memarut kelapa tadi tu, dia tidak perasan... yang ditemu bual sebagai suara akar umbi (rakyat) itu tidak tahulah, harap dia sekolah tinggilah.

"Kalau dari UIA (Universiti Islam Malaysia) atau ada PhD (ijazah kedoktoran), saya rasa tentu dia boleh mengulas dengan lebih tepat,” katanya sambil menunjuk kepada panel lain wacana itu, Adun Slim Mohd Zaidi Aziz yang juga lepasan UIA serta Prof Madya Dr Baharuddin Aziz dari Center for Leadership and Professional Development.

Susulan itu, Setiausaha Agung DAP menyelar Ahmad dan menyifatkan kenyataannya itu sebagai sombong dan menghina pekerja biasa yang menolak cadangan agar PRU diadakan semasa Covid-19 masih mengancam.



Ahmad kemudian tampil mempertahankan pendiriannya dengan menjelaskan bahawa cadangannya untuk mengadakan PRU adalah selepas banjir reda dan vaksinasi Covid-19 telah dimulakan ke atas penduduk di negara ini.

"Saya sebut PRU jika banjir selesai, vaksin dah dimulakan.

"Kempen (PRU) guna media sosial," katanya menerusi laman sosial Twitter pada 10 Jan lalu.

Ahmad berkata dia juga meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan bahawa PRU boleh diadakan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

"Saya sebut SPR nyatakan dalam (akhbar) #Sinar dan #Star, OK PRU dengan SOP yang ketat.

"Jika boleh ke kedai, pasar raya, restoran beratur setiap hari kenapa tak boleh cuma satu hari beratur mengundi dengan SOP ketat," katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2021 10:38 AM | Show all posts
Ahmad Maslan ni lagi lawak dr Zulin Aziz
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Tokoh pisang goreng?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
chandrahusin replied at 15-1-2021 10:38 AM
Ahmad Maslan ni lagi lawak dr Zulin Aziz

Yang gif bingung dia i xleh lupa sampai sekarang..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 11:13 AM | Show all posts
org jawa ni memang bingai
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa kena mengena anak penoreh dengan sikap? Anak orang pejabat pun ada je yang ok jaga perangai.  Ntah apa apa la statement
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2021 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 15-1-2021 11:13 AM
org jawa ni memang bingai

Bapa dia banjar.


Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 11:20 AM | Show all posts
masuk raja lawak je...menang ke kalah xpe...berhibur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2021 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Elok ko diam je mat....x payah ckp sibuk nak limelight
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Terlajak kata dah pun
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat dia kata dulu dean list masa study oversea ke apa..'saya takde la bodoh sangat'
Biasalah orang bijak ni kadang longang takpun cepat fedup
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
kata2 mat maslan ni tak la sekeji kata2 atok 'org miskin jgn jeles dgn org kaya'

so iols dont care...

tp dgn atok... smpi skrg iols terasa dn harap @?$ cepat...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp mmg betul pun taraf pendidikan ni bagi beza dgn cara atau tahap pemikiran seseorang kan
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni macam kawan aku. Pandai tu pandai la, 4 flat. Tapi semua ucapan bongkak, bodoh dan menyakitkan hati. Orang yang selalu baik, peramah dan mesra pun malas nak layan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Apahal dia ni x abis2 ngan pru,aq ingat dh ada menteri positif covid reti la behave ckit...x berubah jugak nk sanggat pru ko pru sorg2
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 12:27 PM | Show all posts
bodoh lah siapa pilih dia jadi yb. dah hina orang takde phd.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2021 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 15-1-2021 11:19 AM
Bapa dia banjar.

Sedare decaff ke
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 12:33 PM | Show all posts
kalo dah terbiasa cakap camtu atau dlm minda dah ada persepsi mcm tu
boleh tersasul bila tgh wawancara
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 15-1-2021 12:25 PM
Dia ni macam kawan aku. Pandai tu pandai la, 4 flat. Tapi semua ucapan bongkak, bodoh dan menyakitka ...

ni lah yg dikatakan iq tinggi tapi eq & sq rendah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni kira nak kutuk penoreh getah ke apa? Kira hina ke apa penoreh getah? Spin balik sama dia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.181417 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list