CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14483|Reply: 93

Sya Pernah Dibuli Sebab Tak Fasih Bahasa Melayu

  [Copy link]
Post time 15-1-2021 11:36 AM | Show all posts |Read mode
Tiada perkara yang mudah di dunia ini. Setiap kejayaan perlu diharungi dengan liku-liku cabaran yang pada akhirnya akan mematangkan perjalanan dalam kehidupan seseorang.


Cabaran sama dilalui penyanyi rap wanita baharu bernama Sya yang kini muncul dengan single debut, PrettyGirlBop.


Hanya disebabkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa utamanya, dia pernah menjadi mangsa buli sewaktu di bangku persekolahan.


Cerita Sya atau nama sebenarnya, Nur Batrisya Mohd Nazri, 25, sebelum kembali menetap di Malaysia, dia pernah tinggal di beberapa negara seperti Bahrain dan Pakistan disebabkan pekerjaan ibu bapanya.




Foto: IG




“Saya tidak mahu bercerita terlalu terperinci tentang hal itu (buli) tetapi apa yang boleh saya cakap, menjadi satu kebiasaan apabila kalau orang tengok kita lain sedikit mungkin dari segi percakapan dan sebagainya, mereka rasa terganggu atau tercabar.


“Waktu itu, saya baru balik ke Malaysia. Untuk menyesuaikan diri dengan budaya dan adat resam pasti mengambil masa. Lama-kelamaan, semuanya jadi okey kerana orang yang anggap kita pelik jadi kawan kita,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.


Melanjutkan bicara, Sya mengakui tidak fasih berbahasa Melayu. Bagaimanapun, itu bukan alasan untuk hilang kekuatan menguasai bahasa tersebut.




  



“Saya pernah dapat markah 9/100 untuk subjek Bahasa Melayu. Dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) saya dapat B+. Saya kerja keras untuk memperbaiki diri,” katanya yang mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Lutong, Sarawak.


Bercerita tentang single perdananya yang mendapat sentuhan penerbit terkenal SonaOne, Sya bangga kerana dapat bekerjasama dengan nama hebat dunia muzik hip-hop tanah air.


Seperti bulan jatuh ke riba, lagu yang menampilkan gandingan bersama bintang rap popular Singapura, Yung Raja, melengkapkan ramuan single pertama anak kelahiran Ampang itu.


Gementar pada masa amat teruja dengan gandingan bersama dua nama besar hip-hop Asia Tenggara, Sya bagaimanapun tanpa berselindung mengakui pernah hasrat bekerjasama dengan kedua-dua figura hebat itu.




  



“Proses pembikinan lagu PrettyGirlBop berlaku cukup pantas. SonaOne mencipta irama dan melodi dalam masa hanya lima belas minit. Sebaik saja saya terima irama tersebut, saya terus karangkan lirik yang terilham spontan,” katanya ringkas.


Tambahnya lagi, sedang dia dan pasukan mencari ilham dan menstrukturkan rangkap dalam lagu, kebetulan Yung Raja membuat panggilan video kepada SonaOne yang secara tidak langsung memberi tambahan idea terhadap single berkenaan.


“Apabila Yung Raja menyatakan persetujuan untuk turut menyumbangkan rangkap rap dalam lagu PrettyGirlBop, saya sangat berbesar hati,” tambahnya lagi dengan nada gembira.


Menurut Sya, PrettyGirlBop didedikasikan bagi memperkasakan semangat kaum hawa ketika pandemik dan insan penting yang menyalurkan inspirasi lagu berkenaan adalah ibunya sendiri.




  



Kata Sya, minatnya terhadap dunia seni dipupuk sejak di bangku sekolah apabila sering menawarkan diri membuat persembahan ketika majlis di sekolah.


“Seluruh negara berada dalam keadaan sukar, lebih-lebih lagi golongan wanita yang berdikari dan berusaha sekuatnya demi kelangsungan hidup. Ketika lagu ini ditulis, saya meletakkan keseluruhan emosi dan jiwa saya.


“Saya cuba mengubah pemahaman stereotaip ‘pretty girl’ yang bermaksud gadis ayu, Menerusi PrettyGirlBop saya memberi sindiran secara sarkastik dan sinikal menerusi bait-bait lirik sambil memberitahu ‘saya garang, dan saya gigit balik tau’, jadi awas ya!” tegasnya.


Awalnya, Sya hanya menjadikan muzik sebagai ruang terapi diri. Namun apabila melihat pengaruh muzik dapat memberi impak luar biasa, dia mengatur langkah untuk dikenali sebagai watak penting membangunkan semangat wanita pada tempoh sukar kini.




  



  



“Saya mengambil tanggungjawab untuk memberi inspirasi golongan wanita, tidak kiralah apa bidang sekali pun yang mereka ceburi untuk terus bangkit dan cekal mengharungi segala rintangan.


“Dek motivasi itu, sebagai penyanyi rap wanita, saya akan terus berusaha dan kekal relevan setanding dengan penyanyi rap yang didominasi golongan lelaki pada hari ini, mudah-mudahan,” ujarnya bersemangat.


Lagu PrettyGirlBop kini berada di pasaran digital menerusi Apple Music, Spotify, Deezer, Joox, KKBOX, iTunes dan muzik video lagu tersebut sudah mencecah 100,000 tontonan dalam YouTube. -CARI


Sumber: Kosmo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2021 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangla yang lahir dan membesar di luar negara fasih je cakap bm..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
lattehazelnut replied at 15-1-2021 11:55 AM
Bangla yang lahir dan membesar di luar negara fasih je cakap bm..

Betull!!! Nepalese pun cenggitu gak
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak pprt sangat background tu. Baik duk rumah kampung
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiyoooo malulah melayu totok tak reti cakap melayu... contoh Che Puan Sarimah Ibrahim mula2 dulu gegeh sheolls berbahasa melayu sebab dia rasa malu orang melayu tak reti cakap melayu... choyyyy lah bbnu sekalian halammmm
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Desanya muka beliau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2021 12:11 PM | Show all posts
igtkn mamisa yg jual bengkung/milkbooster tu...nama sama, sya...sya
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 12:14 PM | Show all posts
Muka tak cantik, umur 25 tapi macam umur 40an.
Mungkin sbb faktor ketidak cantikan nya, dia hulur bare bontot, perut, tetek dan sewaktu dgn nya utk meraih simpati. Kesian kau dik. Sila cuba lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2021 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Helok lah masuk dunia retis nnti kena cyberbully jgn depress plak ye
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
most of CARI wartawan ni bodoh sebab tak tau apa definasi ‘gossip’
semua statement sendu nak bukak thread
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 12:18 PM | Show all posts
Edited by Prickford at 15-1-2021 12:20 PM



Abis semua PPRT muka

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 12:22 PM | Show all posts
muka dia mcm si ponen faiz roslan tu...hahaha adoii memula ingatkan ni thread pasai dia
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Prickford replied at 15-1-2021 12:14 PM
Muka tak cantik, umur 25 tapi macam umur 40an.
Mungkin sbb faktor ketidak cantikan nya, dia hulur  ...

Pi haven ipoh tuu dgn sape.. kan keboleh pi couple jah situ.. ewww
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
sapo ni..sport bra tu takleh beli yang elok sikit ke
iols suggest puma yach
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 12:28 PM | Show all posts
sama kes mcm sona one awal2 dulu
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Bakalan sendu..
Takda package jadi retis
Setakat tak reti BM apo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2021 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Prickford replied at 15-1-2021 12:18 PM
Abis semua PPRT muka

Btl...harap seksi ja lbh
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 01:00 PM | Show all posts
jijilaaa replied at 15-1-2021 12:22 PM
muka dia mcm si ponen faiz roslan tu...hahaha adoii memula ingatkan ni thread pasai dia

aku pun mula2 tgk gambar td ingat pasal si faiz roslan tu.. mmg sama..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 01:01 PM | Show all posts

pulun nya nak nampak urban.. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 01:01 PM | Show all posts
hahahahahaaaaaa......baca komen chuolls pon buat iolls gelak guling2....aduhaiiiii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.082679 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list