CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2449|Reply: 20

[Dunia] 157 kali cuba dapat lesen memandu

   Close [Copy link]
Post time 15-1-2021 11:56 AM | Show all posts |Read mode
157 kali cuba dapat lesen memandu
MyMetroUtama



Agensi

London: Tiada istilah jemu bagi seorang lelaki yang terus cuba mendapatkan lesen memandu walaupun sudah 157 kali menduduki ujian itu dan masih gagal.

Lelaki Inggeris berusia 42 tahun itu sudah menghabiskan 3,600 Pound Sterling (kira-kira RM19,850) untuk menduduki ujian memandu.

Namun akhirnya, dia dapat menarik nafas lega selepas lulus pada ujian ke-158.

Dalam pada itu, seorang wanita berusia 30-an di tempat kedua individu yang paling banyak menduduki lesen memandu dengan 117 kali.

Agensi Memandu dan Kenderaan Standard memaklumkan setiap kali menduduki ujian, wanita itu perlu membayar 23 Pound Sterling (kira-kira RM126).

Berdasarkan 117 kali menduduki ujian, wanita terbabit secara keseluruhan sudah menghabiskan 2,700 Pound Sterling (RM14,889).

Namun, kadar bayaran ujian itu akan jauh lebih tinggi sekiranya mendaftar menggunakan khidmat pihak ketiga.

Di tempat ketiga pula, seorang wanita berusia 48 tahun yang hanya lulus ujian memandu pada kali ke-94.

Bagi ujian praktikal pula, lelaki berusia 72 tahun menduduki ujian sebanyak 43 kali sebelum berjaya mendapat lesen memandu.

Ia diikuti wanita berusia 47 tahun yang mencuba sebanyak 41 kali.

Pengarah agensi, Mark Tongue berkata, gagal berkali-kali dalam ujian memandu adalah sesuatu yang benar-benar berlaku bagi calon lesen memandu.

Katanya, calon akan terus mencuba walaupun berulang kali gagal ujian berkenaan dan perlu membayar sejumlah wang untuk menduduki semula ujian.

"Mereka perlu diiktiraf kerana daya usaha yang tidak pernah jemu sehingga berjaya mendapat lesen memandu walaupun melalui 157 kali ujian," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 January 2021 @ 6:15 AM


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2021 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib tak ditikamnya JPJ london
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah sgt ke ujian memandu kat sana?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 12:24 PM | Show all posts
semua soalan kbat kot
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Murahnya lesen kat sana. Puluh2 je dalam euro. Berbanding harga kat malaysia sampai ratus2. Mungkin cikgu kelas pandu kereta disana tu macam cikgu yang aku dapat, tak ajar anak murid betul2 sampai kena buat kelas tambahan. Siap minta duit padahal kelas tu free. Tak guna punya cikgu kelas memandu. Dah la kaki rokok, muka cam pecah rumah, berkilat legam. Patut la anak2 murid dia semua gagal kecuali aku sorang. Muka dia terkejut beruk tahu aku berjaya lulus, mesti dia tak puas hati sebab tak dapat buat aku gagal ujian lol. Aku berjaya lulus pun berkat bapa aku ajar petang2 dengan izin Allah. Bapa aku guru sekolah saja tapi lebih pandai ajar aku memandu lol. Dah la mengajar cam nak marah2, bagi info sikit2 kau ingat aku dah betul2 pandai ke memandu, kalau aku dah pandai, tak perlu la aku ambil kelas memandu dengan ko, aku bayar full kot sebelum ambik kelas memandu. Ada kawan aku kena lagi teruk, cikgu kelas pandu tu meraba peha dia. Nasib pakai seluar. Sejenis manusia2 merosakkan nama baik profesion guru. Jenis cikgu memandu begini la yang suka menggagalkan anak murid supaya nanti boleh la ambil kelas tambahan, dia boleh buat duit lebih.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah tak lepas 3 ke atau 5 kali tu patutnya dah kena marked sebagai tak boleh apply dah, sebab bukan competent driver.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2021 12:31 PM | Show all posts
oomai tergt aku kisah lampau..smpi berkli2 parking test. JPJ siap sound..undertable. sorry..penat aku dtg sini tiba2 nk aku beli lesen terbang? takpe saya akan cuba lagi. aku gabra je tang parking yg ada tiang nmpk kt side mirror tu. ujian paper dhla lambat smpi paling cepat siap. paling awal dpt result..mujur lulus cemrlang
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
ulamalu replied at 15-1-2021 12:07 PM
Susah sgt ke ujian memandu kat sana?

Kalau tak silap peraturan sana lebih ketat berbanding di malaysia. Aku pernah tengok artis korea ambik lesen memandu, diaorang ounya sistem memang cam strict sikit. Nak kena betul2 lepas line la etc. Entah la, bersyukur lahir kat malaysia, takde la sistem ujian strict macam kat negara asing, aku cuma benci malaysia ada cikgu2 kelas memandu yang menyusahkan dan menipu duit anak murid. Sindiket ni memang ada dan pernah jadi pada aku dan anak jiran. Kerani tu dah pilih pelajar mana boleh di'ngap' atau anak orang senang untuk ditipu, saring dan hantar pada guru2 kelas pandu yang bersubahat. Cikgu2 tu akan buat cerita yang pelajar masih lemah bermasalah untuk ambil ujian memandu yang sah, so kena ambil latihan tambahan dengan sedikit yuran. Rupa2nya kelas tu free saja menurut pemilik sekolah memandu. Patut pecat saja cikgu2 penipu ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2021 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Itzy replied at 15-1-2021 12:24 PM
Murahnya lesen kat sana. Puluh2 je dalam euro. Berbanding harga kat malaysia sampai ratus2. Mungkin  ...

Nasib baik la sy dpt cikgu laki yg baik,siap hantar pegi balik lg dgn harga berpatutan..hasilnya sy sekali lulus ja test walaupun skrg ni sy memandu cam lahanet jgk la...hahahaha.. Semoga cikgu tu selalu dimurahkan rejeki slalu
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Itzy replied at 15-1-2021 12:24 PM
Murahnya lesen kat sana. Puluh2 je dalam euro. Berbanding harga kat malaysia sampai ratus2. Mungkin  ...

Rasanya, rm126 tu kos untuk menduduki ujian JPJ London je kot. Kos mengajar mungkin lebih.. rasanya la.. mcm kita pulak, kos belajar dicampur sekali dgn kos QTI test, real test..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 04:14 PM | Show all posts
Usaha tangga kejayaan, semangat nak cuba sampai lulus tu yang penting
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2021 05:22 PM | Show all posts
Itzy replied at 15-1-2021 12:24 PM
Murahnya lesen kat sana. Puluh2 je dalam euro. Berbanding harga kat malaysia sampai ratus2. Mungkin  ...

jangan tengok nombor sahaja. tengok berapa banyak duit banyak tu boleh beli. Pergi supermarket 50 pound penuh troley.

dah tu ko ingat pergi indon semua barang ribu2 tu mahal lah?...


Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kalau beratus kali baru lulus, seram jgk nak naik kereta dgn org tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 15-1-2021 12:31 PM
oomai tergt aku kisah lampau..smpi berkli2 parking test. JPJ siap sound..undertable. sorry..penat ak ...

Walaupun aku lulus bab parking,realiti sampai sekarang tak berani nak parking tepi.mesti pusing sampai jumpa parking tegak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Beratus kali tu...kira respeklah dgn kegigihan nak dpt lesen.
Teringat memori dgn abam jpj hemsem wish birthday kat iols lepas test. Awww....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Itzy replied at 15-1-2021 12:24 PM
Murahnya lesen kat sana. Puluh2 je dalam euro. Berbanding harga kat malaysia sampai ratus2. Mungkin  ...

Kenapa cara u describe cikgu memandu lahanat tu sebijik macam cikgu ajar I drive

Marah I macam I ni dah pro memandu, merokok sepanjang kelas, I ni dah lah bau je sikit asap rokok terus sakit dada, last2 bila kelas dah habis terus I menjawab balik, “ Maaf ye saya ni BODOH sikit, kalau saya dah pandai xde lah saya datang sini suruh cikgu ajar

Next2 class ghaib cikgu tu, tukar cikgu lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2021 08:25 PM | Show all posts
sini punya cikgu, kalau awe laju jek dia nak ajar..
kalau laki, ajar memang tak ikhlas langsung..haha
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang kata lesen Malaysia tak boleh convert jadi lesen UK tapi ada work around tak silap aku convert lesen HK then UK.

Ada siapa2 pernah dengar?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Sush sgt ke ujian mmandu kat sana..? omg smpai bratus kali fail..  Mstii cikgu yg ajar to pon dh bosan tgk muka dia ni.. Dh mcm spongebob xlulus2 jugak smpai puan puff naik angin stu badan
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ex jiran iols dulu dia slow la iols rasa mak iols ckp ambl spm bnyk kali. Ambl lesen memandu pon banyak kali. Last2 dgr abg dia datuk tu naik ke jpj mungkin lesen khas kot. Lpstu dia beli la viva sebiji masa tu.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.071245 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list