CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2070|Reply: 14

[Tempatan] Satu kampung Chedok keluar buat ujian calitan

   Close [Copy link]
Post time 15-1-2021 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 15-1-2021 03:57 PM

Tanah Merah: Hampir semua penduduk Kampung Chedok, di sini keluar menjalani ujian calitan Covid-19, hari ini berikutan prihatin dengan status kesihatan selepas beberapa kes positif dicatatkan di kampung berkenaan.

Difahamkan, mereka menjalani ujian itu petang hari ini yang dilaksanakan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM
Penduduk, Noraini Ahmad, 35, berkata, ujian itu disarankan KKM selepas beberapa kes positif dicatatkan di kampung itu yang berpunca daripada pihak luar.

Katanya, penempatan kampung itu adalah jenis perkampungan asal apabila kebanyakan penduduk mempunyai pertalian rapat dan dikhuatiri mudah merebak serta menjadi kontak rapat.

"Apabila KKM buat saringan dan ujian calitan secara percuma, penduduk secara sukarela menjalani ujian untuk memastikan status kesihatan masing-masing.

"Daripada sudut positif saya puji usaha KKM dan penduduk kerana bagi kerjasama dan tindakan ini dapat mengelakkan wabak terus merebak," katanya ketika dihubungi.

Noraini yang juga pemilik kedai makan, Pizza Jangok Mek Ani berkata, dia mengambil inisiatif menutup operasi perniagaannya selama dua minggu selepas kampung itu mempunyai kes positif Covid-19, walaupun angkanya rendah.

Menurutnya, dia turut menjadi mangsa tular apabila dituduh positif Covid-19 hingga terpaksa menutup kedainya, namun niatnya kerana tidak mahu pelanggannya terdedah kepada risiko jangkitan.

"Saya akan buat ujian calitan esok kerana tadi orang terlalu ramai dan saya mempunyai empat anak kecil.

Bagi saya, kesedaran penduduk berkenaan Covid-19 semakin meningkat bila mereka beri kerjasama mahu jalani ujian," katanya.

Peniaga kedai makan, Nuh Mat Isa, 47, dia berkata, dia dan isteri serta anak antara individu terawal positif disahkan positif Covid-19 pada 5 Januari lalu.

Katanya, dia hanya berada di sekitar kawasan Tanah Merah dan Jeli sahaja sehinggalah semakan mendapati dia dijangkiti individu dari luar yang datang ke kedai makannya.

"Apabila mendapat tahu saya positif, memang menyedihkan bila orang menjauhkan diri kerana masyarakat masih belum faham sepenuhnya tentang Covid-19.

"Jadi, bila mereka jalani ujian calitan, itu bagus kerana boleh tahu status diri dan jalani kuarantin bagi elakkan lebih ramai berjangkit," katanya.

Hari Ini, tular di media sosial gambar puluhan penduduk Kampung Chedok beratur bagi menjalani ujian calitan Covid-19.

Ujian itu mendapat sambutan kerana diberi secara percuma menyebabkan penduduk kampung itu dan kampung sekitar mengambil peluang memeriksa kesihatan mereka

https://www.hmetro.com.my/utama/2021/01/664202/satu-kampung-keluar-buat-ujian-calitan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2021 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahhhh pi la balik kelantan lagi geng2 sskjp kat kl neh
Pi balik pi balik
Yg penting korang sskjp
Kebangga kemahen dgn sskjp korang tuh
Padahal org luar zizik je dgn perangai korang

Kejian for sskjp round one tinggggggg
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 11:11 PM | Show all posts
kesian org kg
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 02:13 AM From the mobile phone | Show all posts
xpsaii org kampung jd mangsa. Kesian.. Hrp semua baik2 sajaa laa...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 03:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekmung cop sapo hok wat kelik kovid tu...bo saing ngan dia
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 03:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat opis akak aku kat kl satu jabatan kena kurantin sbb ada seko makhluk ni positif kovid..dia pi majlis tunang habis satu family positif..gi kerja habis satu department kena kurantin..kesian kakak aku x pepasal kena jolok lobang idung
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2021 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts
PKP sudah Kelantan...buat naya ja org local...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
jalfa replied at 16-1-2021 03:04 AM
Kat opis akak aku kat kl satu jabatan kena kurantin sbb ada seko makhluk ni positif kovid..dia pi ma ...

Dia kena kat mana covid tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2021 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
wikedsaikel replied at 16-1-2021 07:09 AM
Dia kena kat mana covid tu

Akak aku cakap dia buat majlis bertunang anak dia kat serendah,hulu selangor..tak taulah sapa yg spreader tapi kawan dia sefamily positif tapi sblm tau positif pi kerja.kakak aku kata dia x jumpa pon.minah tu tapi kkm swab satu jabatan n semua kena pakai gelang pink.maybe sebab share toilet n surau kot...menyusahkan orang
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapa la si puaka yang bawa virus tu?
Pulaukan aje satu keluarga.
Menyusahkan orang satu kampung
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Kt tmpt aku ada open foodcourt. Ada kedai satu tu mmg positif dah tapi dia disahkan positif tu masa die tgh bercuti. Kebetulan pulak masa tu musim hujan dgn cuti sekolah lagi jd mmg byk la gerai tak bukak. Tak pasal2 viral pulak yang foodcourt tu semua org dh kene. Kesian pulak wei ramai taknak makan situ sebab takut sampai owner2 lain kene buat pengakuan mmg diorg tak positif cuma sorg tu je, and mmg takyah sanitize pun sebab yang positif tu dah mmg tgh cuti masa kene jangkitan tu. Kesian la kerana viral habis rezeki org lain tersekat sama
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Korg kena fhm benda ni xnmpk pon. Yg xde simptom tu bukan tau pon dorg positive. Kwn iols dulu tempat kerja positive dia laki bini ank kuarantin diri kt rmh. Dh dua kali swab dia negative. Lps cukup hari quarantine laki dia keluar beli barang dapur. Bila laki nk msk kerja bos suruh swab dan laki dia positive. Swab kt ank pon positive. Dia je negative. Covid ni mmg pening.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada kawan kepada arwah atuk jiran makcik kantin kilang cerita ada kes pohsitip kat satu hospital ni..doktor kena. So hosp panggil pesakit wad yg dah discas gi buat swab
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 16-1-2021 02:17 PM
Ada kawan kepada arwah atuk jiran makcik kantin kilang cerita ada kes pohsitip kat satu hospital ni. ...

Complicated betul nak baca
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 02:47 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:19 PM GMT+8 , Processed in 0.089832 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list