CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4530|Reply: 55

[Tempatan] Lada Hitam Kelantan

  [Copy link]
Post time 15-1-2021 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by sharlenetexas at 15-1-2021 03:16 PM

Sumber: https://www.kosmo.com.my/2021/01/10/lada-hitam-kelantan/

Oleh TOREK SULONG
10 Januari 2021, 10:30 am



HAMPIR satu jam penat meredah laluan tidak rata di Bukit Angin Melintang dekat Machang, Kelantan dengan kenderaan pacuan empat roda seakan-akan berbaloi apabila melihat kehijaun ladang lada hitam di kawasan itu.

Lokasi itu berada di kawasan bukit yang dikelilingi hutan pada ketinggian 500 meter dari aras laut di kawasan Ulu Sat, Machang telah diusahakan sejak enam tahun lalu kelihatan sudah membuahkan hasil yang banyak.Ribuan pokok lada hitam atau nama saintifiknya piper nigrum yang sebahagiannya sudah lebat berbuah di kawasan itu.

Antara jenis yang ditanam adalah lada hitam Semonggok Emas, Semonggok Aman dan Kuching.

Tanaman lada hitam itu merupakan satu-satunya projek yang diusahakan oleh keluarga Siti Khatijah Hamid, 52, dan suaminya, Sahadan Hamid, 54 secara komersial di Kelantan.

Berbekalkan kudrat mereka, sedikit modal dan sebuah kenderaan pacuan empat roda lama,ia merupakan penyumbang utama dalam menjayakan impian keluarga tersebut untuk membuka ladang lada hitam pertama di negeri berkenaan.

Siti Khatijah merupakan salah seorang daripada sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (IAM) dari Kampung Saring, Pasir Puteh yang mengusahakan tanaman tersebut secara serius.

Menurutnya, setakat ini, dia dan suaminya telah menanam lebih 10,000 pokok lada hitam secara berperingkat di dalam kawasan seluas lima hektar yang masih dikelilingi hutan dara.

Katanya, Lembaga Lada Hitam Malaysia (LLHM) memberi bantuan kepadanya terutamanya daripada aspek teknikal termasuk menyediakan anak benih berkualiti dari Sarawak, Johor, Perak dan Terengganu.

“LLHM turut memberi bekalan baja yang diperlukan bagi pertumbuhan pokok. Selain itu, saya juga banyak mempelajari ilmu menanam lada hitam daripada seorang pengusaha berbangsa Cina yang sudah berjaya di Sarawak.

“Melalui pembelajaran dengan individu itu, saya banyak belajar kaedah penanaman awal, pengurusan ladang dan pembenihan anak benih baharu daripada pokok induk,” katanya ketika ditemui Panorama baru-baru ini.

Menurut Siti Khadijah, lada hitam yang diusahakannya itu sesuai ditanam di kawasan bersuhu bukit iaitu antara 18 hingga 22 darjah Celsius kerana ia penting untuk tumbesaran tanaman.

Katanya, setakat ini, dia sudah berkali-kali mengutip hasil tanaman sebelum dijual di pasar-pasar besar dan pengusaha restoran, selain diproses kering untuk dijual ke luar Kelantan.

Sementara itu, seorang penjual di Pasar Siti Hajar, Pasir Puteh, Karimah Ismail, 46, berkata, lada hitam yang putik turut mendapat permintaan daripada pelanggan untuk dijadikan sebagai ulam-ulaman.

Menurutnya, dia akan membeli lada hitam putik berwarna hijau dari ladang Siti Khatijah dua kali seminggu bagi memastikan pengguna mendapatkan stok yang segar selepas dipetik.

“Sebahagian pembeli tetap memaklumkan buah muda memang enak dibuat sambal untuk dimakan bersama nasi kerabu,” katanya.

Seorang lagi pemborong, Kamarudin Abdullah, 30, berkata, tempahan lada hitam kering dan lada sulah dibuat dalam kuantiti yang banyak untuk dijual secara dalam talian.

“Lada hitam dari Kelantan ini dipos ke seluruh negara yang sebahagian pelanggan membuat tempahan berulang,” ujarnya.

Katanya, kebanyakan pelanggan tetap terdiri daripada pengusaha kedai makan dari ibu kota yang menggunakan rempah tersebut untuk meningkatkan keenakan sup daging lembu dan kambing.

Mengulas lebih lanjut mengenai tanaman itu, cerita Siti Khadijah, dia melakukan kerja-kerja penanaman lada hitam secara sendirian dan bantuan anak-anak tanpa melibatkan pengambilan pekerja.

“Usaha untuk membangunkan ladang ini bukan perkara yang mudah. Ia perlu dilakukan di kawasan yang tinggi, malah keperluan ladang perlu diangkut dan tempat tinggal perlu dibina bagi menjaga keselamatan diri daripada sebarang gangguan binatang buas.

“Pernah satu ketika bangsal kami dirosakkan beruang. Nasib baik kami sekeluarga tidak bermalam di kawasan ladang ketika itu,” katanya.

Menurutnya, dia dan suami hanya berteduh dan berkhemah di bawah pokok besar yang berdekatan sebelum berjaya membina penginapan yang diperbuat daripada buluh hutan pada peringkat awal membuka ladang.

“Air merupakan keperluan utama bukan hanya untuk tumbesaran pokok tetapi untuk kami mengurus diri, membasuh, memasak dan sebagainya.

“Kami membuat takungan dan tandak air di puncak bukit selepas mendapat nasihat pakar perubatan mengenai kualiti air daripada aliran mata air terjun,” katanya.

Beliau berkata, bekalan eletrik pula dijana menggunakan tenaga generator bagi memastikan kawasan itu tidak bergelap sekiranya bermalam di situ, selain membekalkan tenaga untuk memastikan alat komunikasi berfungsi terutama pada waktu kecemasan.

Katanya, hasrat dia dan keluarga untuk menjadi pengusaha tanaman ladang hitam pertama di Kelantan tercapai, namun mengakui masih belajar untuk memasarkan tanaman itu ke pasaran lebih besar.

Menyentuh mengenai pulangan yang diperoleh menerusi tanaman itu, Siti Khadijah berkata, setakat ini dia sudah mendapat kembali modal pengurusan yang sudah melebihi RM200,000.

Katanya, tanaman itu berpotensi mendapat laba yang besar dalam tempoh beberapa tahun lagi, selain ia mampu mewujudkan industri hiliran berasaskan lada hitam.

Siti Khatijah memberitahu, sebatang pokok lada hitam mampu mengeluarkan hasil sebanyak 5 kilogram setahun dengan setiap kilogram yang sudah siap diproses boleh dipasarkan pada harga RM40 hingga RM50.

Selain lada hitam yang sudah masak menurutnya, buah muda yang berwarna hijau turut mendapat permintaan yang tinggi daripada pembeli yang gemar menjadikannya sebagai ulam-ulaman.

“Semaian anak benih daripada keratan batang turut memberi pulangan hasil apabila pokok yang matang perlu dipangkas. Keratan yang subur itu boleh disemai semua untuk tanaman kecil-kecilan atau hiasan rumah.

“Berdasarkan harga pasaran, satu polibag pokok semaian boleh dijual pada harga RM7 hingga RM8 bergantung kepada saiz dan ketinggian pokok,” katanya.

Selain Siti Khadijah dan suami, anak kedua pasangan itu, Muhammad Shah Sahadan, 25, banyak membantu usaha lain untuk membangunkan ladang itu.

Katanya, anaknya itu mempunyai kemahiran dalam bidang kejuruteraan eletrik dan tenaga solar telah membuat sistem pendawaian eletrik serta jejari bekalan air agar pokok dapat diurus dengan mudah.

“Kami berjaya menggunakan sistem solar bagi mendapatkan bekalan eletrik yang lebih sistematik selain menggunakan enjin penjana kuasa eletrik,” katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2021 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2021 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2021 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tau kewujudan Lembaga Lada Hitam Malaysia.

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Go go lada hitam!

Ko kalau tamau guna garam dalam masakan, boh aje lada hitam pure ni. Rebus hapa2 (preferably sayur), boh lada hitam. Kompom kurus.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2021 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 15-1-2021 03:20 PM
Go go lada hitam!

Ko kalau tamau guna garam dalam masakan, boh aje lada hitam pure ni. Rebus hapa ...

Iols nak try lada hitam putik. Belum pernah makan.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2021 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 15-1-2021 03:22 PM
Iols nak try lada hitam putik. Belum pernah makan.

Ai pon belum pernah. Ntah gimana rasanya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 15-1-2021 03:22 PM
Iols nak try lada hitam putik. Belum pernah makan.

ada jual kat Ben’s Independent Grocery, Jusco @ mana2 pasaraya yg jual organic vege.
atau boleh juga tanam. Cuma kalau tanam ni buahnya kecik sgt . or maybe aku tak letak baja hahaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2021 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
iol igt ke tu pic untie sharlene  yg sedang memetik lada hitam yachh.!
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 15-1-2021 03:22 PM
Iols nak try lada hitam putik. Belum pernah makan.

Lada hitam dimakan fresh dan mentah2 sbg ulam lawan budu dan nasi mmg sedap tak terhingga
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 15-1-2021 03:20 PM
Go go lada hitam!

Ko kalau tamau guna garam dalam masakan, boh aje lada hitam pure ni. Rebus hapa ...

Ya kah sis? I blum pernah jumpa yg mentah/ blum proses
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 04:16 PM | Show all posts
Usaha macam ni harus diberi pujuan.  Sampai bila asyik nak import segala benda terutama bahan makanan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 04:17 PM | Show all posts
Wah! bagus betul
lada hitam panaskan badan
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 05:06 PM | Show all posts
say yes to lada benar!
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 05:15 PM | Show all posts
semoga bisnes dipermudahkan urusan...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 05:20 PM | Show all posts
good job
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2021 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 15-1-2021 05:30 PM
msdummy.2018 replied at 15-1-2021 04:12 PM
Ya kah sis? I blum pernah jumpa yg mentah/ blum proses


Ai maksudkan yang dah proses sis. Lagi bagus guna lada hitam yang freshly ground.

Aiol pernah tengok video Youtube. Ada 1 Michelin-starred restoren kat Italy siap import biji lada hitam dari Sarawak sambil puji2 it is of high quality. Meaning kualiti lada hitam kita sebenarnya taraf donia sis.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku selalu layan video liziqi tu selalu dia masak dia petik warna hijau kecik bulat2 tu lada hitam ke eh.aku tgk kat sarawak lada hitam siap buat para lg..teringin pulak.nk mkn lada hitam fresh..masa dlm pantang suami grg ikn bilis dgn lada hitam pon sedap ya amat berselera makan..rindu pulak zmn dulu2..knp la x terpikir pulak nk mkn resepi cam tu skrg ni.apalagi time2 pkp ni sedap kot mkn.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 15-1-2021 03:20 PM
Go go lada hitam!

Ko kalau tamau guna garam dalam masakan, boh aje lada hitam pure ni. Rebus hapa ...


hey sistur..haritu meols g beli lada hitam sarawak lepas baca kat porem uols cakap sedap..balik beria masak bihun sup ke tak silap iols..letak sikit serbuk lada hitam kan..esok iols hampir nak demam k..punya la panas

sekali tu je la guna..dah la mahal sebotol kecik rm10 atau lebih gitu..cer citer camne nak guna dia bagi sedap

biasa kat rumah iols guna biji lada hitam je..ni pestaim try sarawak punya pehh hangat
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 15-1-2021 05:44 PM
MeghanK replied at 15-1-2021 05:36 PM
hey sistur..haritu meols g beli lada hitam sarawak lepas baca kat porem uols cakap sedap..balik be ...


Uols jangan sprinkle bebanyak if tatahan pedas sister sebab dia memang pure black pepper kualiti tinggi. Aiol lada hitam Sarawak tu ai biasa boh sebijik2 dalam bentuk peppercorn masuk sup pehtu kunyah2 gigit sebab ai suka pedas dia. Dalam semangkuk sup, boh la 3-5 bijik gitu rebus skalik dengan air baru masuk sayur2 ngan bahan lain. Ai rebus sekalik dengan bawang merah, bawang putih hiris, halia (tak letak garam/guna minyak). Ikut suka uols nak taruk hapa tapi ai paling suka masak stail rebus bijik lada hitam gini dengan iceberg lettuce campo tomato ngan cendawan shitake sikit. If nak letak fishball ka fishcake sikit ka pun boleh. Rasa iceberg lettuce yang rangup manis tu complement rasa bijik lada hitam ni. If buat bihun sup guna lada hitam ni pon ai suggest guna iceberg lettuce untuk kurangkan rasa 'panas' tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.085471 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list