View: 2959|Reply: 23
|
[Tempatan]
Kelantan dijangka eksport 1,961 tan tembikai
[Copy link]
|
|
10 Januari 2021
BACHOK - Jabatan Pertanian menjangkakan 1,961 tan buah tembikai berkualiti yang ditanam di Kelantan, dapat dieksport pada minggu akhir Februari hingga pertengahan Mei ini dengan nilai kontrak berjumlah RM3 juta.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, jangkaan itu boleh dicapai menerusi memorandum persefahaman (MoU) 'Contract Grower' yang ditandatangani antara pengusaha tanaman buah itu dengan syarikat pemborong produk pertanian Beho Supply Sdn Bhd.
“MoU ini adalah perjanjian jual beli melibatkan tiga penjuru antara Jabatan Pertanian, pengeksport dan pengusaha tanaman tembikai di Kelantan bagi tujuan pengeluaran dan pengeksportan buah tembikai berkualiti ke pasaran antarabangsa.
“Perjanjian ini melibatkan seramai 56 pengusaha tanaman tembikai dari enam daerah di negeri ini iaitu Bachok, Machang, Pasir Puteh, Tumpat, Kuala Krai dan Jeli, dengan keluasan tanah keseluruhan 78.45 hektar.
“Kelantan dipilih kerana mempunyai keluasan tanah yang cukup baik untuk mengusahakan tanaman tembikai, namun kementerian juga berharap inisiatif sebegini dapat diperluaskan di negeri-negeri lain,” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian berkenaan di sini pada Ahad.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail; Timbalan Ketua Pengarah Pertanian, Eliyas Saad dan Pengarah Eksekutif Beho Supply, Datuk Jamal Harizan Yang Razali.
Mengulas lanjut, Che Abdullah berkata, melalui kerjasama strategik ini, Beho Supply Sdn Bhd akan membeli hasil tanaman tembikai, dengan harga yang dipersetujui iaitu harga ladang RM1.80 sen sekilogram bagi gred A, B (RM1.60 sen) dan C (RM1.30 sen).
“Justeru, ia dapat memberi manfaat kepada setiap petani untuk mendapatkan harga ladang yang lebih baik dan meningkatkan hasil keluaran makanan yang selamat dan berkualiti.
“Petani juga mendapat latihan dan bimbingan secara berkala melalui Jabatan Pertanian yang menjadi pemudah cara dengan menyediakan khidmat teknikal seperti pendekatan pengurusan perosak bersepadu (IPM) bagi memastikan kualiti hasil ladang memenuhi standard premium bagi tujuan eksport,” tambah beliau. - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... t-1961-tan-tembikai
2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-1-2021 03:45 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Masa kemaraulah best makan tembikai. Rasa lebih pekat. Nak menghidratkan badan juga.
|
|
|
|
|
|
|
|
tingat iols masa kecik2 tanam tembikai... |
|
|
|
|
|
|
|
wah! tadi tred lada hitam
go Kelantan! |
|
|
|
|
|
|
|
syabas kelantan...bagus ke arah agriculture ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Sukanye...longan x de ke? aku suka klu mesia ni byk tanam buah2 an mcm thailand.longan skrg sekilo 10-12 rm.. |
|
|
|
|
|
|
|
Syabas sekarang ni pertanian ialah perniagaan |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 15-1-2021 03:45 PM
Masa kemaraulah best makan tembikai. Rasa lebih pekat. Nak menghidratkan badan juga.
Tapi kalau tengok cara penanamannya,seram nak makan oooo.
Penggunaan racun sangat tinggi. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka tembikai. Tapi jenis berkira. Kalau aku jumpa jual sekilo bawah RM1.20/kg, mmg aku borong berbiji biji buat stok. Hari2 makan tembikai pun xpe. Xyah makan benda lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Bgus kelantan ni banyak hasil tanaman untuk diusahakan..tapi sogay dok kelantan dok keje cari gegayah je..elok dikambus sogay dlm tanah jadi baja.. |
|
|
|
|
|
|
|
mamajawie replied at 15-1-2021 07:41 PM
Bgus kelantan ni banyak hasil tanaman untuk diusahakan..tapi sogay dok kelantan dok keje cari gegaya ...
Hahaaa jwabnya mampuss laa semua tanaman if sogay jd bajaa |
|
|
|
|
|
|
|
CikYaYaYa replied at 15-1-2021 10:23 PM
Hahaaa jwabnya mampuss laa semua tanaman if sogay jd bajaa
Mana la tau sogay semasa hidup menyusahkan org tapi bila da kne kambus tanah menyuburkan tanaman..hehehehhe |
|
|
|
|
|
|
|
Sedapnya tembikai potong2 pastu simpan dlm peti ais smpai sejuk. Pastu ngappp.. Omg dap nyaa. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-1-2021 11:21 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
mamajawie replied at 15-1-2021 10:25 PM
Mana la tau sogay semasa hidup menyusahkan org tapi bila da kne kambus tanah menyuburkan tanaman.. ...
Ada juga jasanya
|
|
|
|
|
|
|
|
drivethru replied at 15-1-2021 07:11 PM
Aku suka tembikai. Tapi jenis berkira. Kalau aku jumpa jual sekilo bawah RM1.20/kg, mmg aku borong b ...
Masa pkp 1.0 dulu dapat la merasa tembikai murah dgn rasa manis..masa tu bila kuar shopping mmg akan be balik sebiji dua.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 16-1-2021 02:16 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
wirazam replied at 16-1-2021 12:29 AM
Masa pkp 1.0 dulu dapat la merasa tembikai murah dgn rasa manis..masa tu bila kuar shopping mmg ak ...
Masa tu kemarau sedaplah rasa tembikai.
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 16-1-2021 02:16 PM
Masa tu kemarau sedaplah rasa tembikai.
Betul2... kena musim hujan makkk tawarrr even airnya bykkk |
|
|
|
|
|
|
|
Buah timun cina la..
Selain tu ada ubi k_ling |
|
|
|
|
|
|
|
aku baru baca kat wassap group.....
nsk kurus mkn tembikai hari hari...kulit pun cantik....tapi sapa yg ada diabetes, potong kaki lah....
depa tunjuk gmbar...sorang pompuan tu punya lah chubby , dia diet mkn tembikai....jd kurus, cantik cow..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|