Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1234Next
Return to list New
6660
View
61
Reply

Khai Bahar Dan Aina Abdul Bercinta?

[Copy link]

Author: CARI-MRO       Show all posts   Read mode

Author
Post time 15-1-2021 04:16 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi Khai Bahar dan Aina Abdul kini tampil berduet menerusi lagu Nafas Cinta yang mula dimuat naik di semua platform digital sejak awal Disember lalu.


Semakin mendapat tempat di kalangan pendengar, peminat kedua-dua penyanyi hebat ini begitu gembira tatkala perkhabaran lagu duet mereka diperdengarkan malah ada diantara peminat membuat spekulasi kononnya Khai dan Aina kini sedang hangat bercinta apatah lagi muzik video berkenaan juga penuh dengan babak romantis meskipun ditayangkan secara animasi.


Menjawab spekulasi tersebut, kedua-dua penyanyi ini tampil memberi kenyataan menerusi sebuah sidang media secara virtual yang diadakan pada petang Khamis.


Menurut Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul bin Baharuddin, 27 dia bersyukur apabila peminat membuat spekulasi bahawa mereka sedang bercinta. Namun baik Khai mahupun Aina, ianya hanya sekadar mempromosikan lagu tersebut dan tidak menyimpan perasaan lebih daripada seorang kawan.




Foto: Murai.my




Bila dah timbul spekulasi itu, kami rasa sangat bersyukur kerana promosi lagu berjalan dengan baik. Tetapi kenyataannya kami hanya bekerja dan tidak menyimpan sebarang perasaan (cinta) antara satu sama lain. Aina pun sama seperti saya, kami hanya berduet kata Khai kepada Murai.my.


Dalam pada itu, berbanding kebanyakan penyanyi lain yang memilih untuk melancarkan sekadar satu ataupun dua buah single setiap tahun, sebaliknya bagi Aina, dia mengambil risiko untuk melancarkan 5 buah single pada tahun lalu termasuk Nafas Cinta. Bagi empunya nama sebenar Nurul Aina Abdul Ghani,28 dia berbuat demikian sebagai hadiah buat peminat dan mengikut peredaran masa.


Selalu formulanya adalah satu ataupun dua lagi, tetapi saya sedar di era industri kita sekarang ini, pendengar dan peminat mahukan sesuatu yang baru dengan cepat, jadi saya cuba mengikut trend tersebut dedah Aina


Ketika ditanya mengenai siapakah yang akan berduet dengannya selepas ini, dedah Aina bagi tahun 2021 dia tidak mempunyai perancangan untuk menghasilkan lagu duet dengan penyanyi lain kerana ingin memfokuskan perancangan yang telah dibuatnya sebelum ini. Namun, dia tidak menolak untuk berduet sekiranya digandingkan dalam mana-mana program.


untuk berduet di atas pentas atau program TV saya tidak akan menolak, tetapi dari segi single saya tidak terfikir ke situ lagi sebab perancangan yang saya dah aturkan untuk 2021 ini belum ke rancangan untuk berduet lagi katanya lagi. -CARI


Sumber: murai.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 15-1-2021 04:18 PM | Show all posts
apo isu semasa ke ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Erkkk tak taw nak komen gapooo
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 04:27 PM | Show all posts
asal nyanyi sama je, teruslah ade hub?
camtu?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 04:28 PM | Show all posts
Bodohnya 'netizen'. Asal bekerja sesama, terus dicop bercinta.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Pulak dah hahaha buat lawak btui
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Percayalaaaahhhhh
Kasihmu lama tersulaaammm
Di ruang paling dalaaammm
Terlalu jauh tak terselaaammm














Propa
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 04:44 PM | Show all posts
welcome to the club nyanyi terus kapel yeehhh si enah bedul..ujung2 jangan kelaut jual gosip cinta cm si kemut adik beradik sampai AJM sudahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Boring btl gosip cenggini. Asal duet je nk speku berchenta
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Murahan nya gosip!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau bercinta apa salahnya? Dua dua single kan?
( Standard ayat forumer)
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Cam palat je la netizen & reputs tersangkak ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni headlines murah majalah hai n mangga 20 thn dulu.. Akak berebut nak beli.. CANNOT IMAGINE guna cara yg sama 2021!
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Cobaan nak naikkan views lagu ke? Sendu amat si KB ni. Bersepah single flop.. Dik QQ jugak mendonia trending #1 skrg.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Berduet je bercinta , bercinta je berduet apo?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Asal duet je bercinta. Retis pon ikutkan je asal ada publisiti dapat sapot.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
cicicumel replied at 15-1-2021 05:23 PM
Cobaan nak naikkan views lagu ke? Sendu amat si KB ni. Bersepah single flop.. Dik QQ jugak mendonia  ...

Aina pon sama ..single tak naik
Wpun dia menang macam macam reality show ..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 06:06 PM | Show all posts
So, nk kene nangis bucu katil ke lepas tau ni?
Ni semua marketing je la.
Asa ade projek same je, terus chop bercinta.
Budus
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa Khai bersyukur netizen gosip kan dia dengan Aina?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
nafas cinta ni femes ke? mcm x pernah dgr pun kt radio...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list