CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 846|Reply: 0

[Tempatan] Pendaftaran vaksin Covid-19 akan dibuka tidak lama lagi

[Copy link]
Post time 15-1-2021 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by pro-goals at 15-1-2021 09:36 PM

KUALA LUMPUR - Pendaftaran suntikan vaksin Covid-19 untuk rakyat Malaysia akan dibuka tidak lama lagi, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Katanya, setiap individu akan menerima dua dos vaksin bagi memastikan perlindungan penuh daripada jangkitan virus itu.
“Mereka yang menerima vaksin perlu menyimpan kad yang akan kita berikan ketika kali pertama mereka diberi suntikan.
“Ini bagi memastikan mereka yang telah disuntik mendapat dos kedua mengikut tarikh yang telah ditetapkan, biasanya dalam julat 21 hari,” katanya semasa menjadi tetamu program Bicara DR di RTM 1 malam Khamis.
Dr Adham bagaimanapun tidak berkongsikan tarikh pendaftaran akan dibuka.
Pada masa sama beliau menegaskan, penerima vaksin tetap perlu mengamalkan normal baharu bagi memastikan perlindungan optimum.
Ini kerana katanya, matlamat utama imunisasi Covid-19 ialah bagi melindungi petugas barisan hadapan, mengurangkan kematian, membentuk imuniti kelompok dan seterusnya memutuskan rantaian jangkitan pandemik itu.
Malaysia dijadualkan menerima vaksin Pfizer-BioNTech pada akhir Februari ini dan telah memperoleh kelulusan bersyarat daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan. - Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.216367 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list