View: 1135|Reply: 4
|
[Tempatan]
kami nak syafie apdal !! ...kata ketua penerangan DAP yg baru melantik dirinya,
[Copy link]
|
|
Pemilihan Shafie sebagai 'PM' dipersetujui DAP, AMANAH, WARISAN - Tun M - BHonline
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata cadangan supaya Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjadi calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya dipersetujui sebulat suara dalam pertemuan tidak rasmi gabungan itu kelmarin.
Dr Mahathir dalam kenyataan petang tadi berkata, perbincangan tidak rasmi itu dihadiri Shafie, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu; beberapa pimpinan DAP termasuk Setiausaha Agung, Lim Guan Eng; Tan Kok Wai, Anthony Loke, M Kulasegaran dan Liew Chin Tong. Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Wira Marzuki Yahya turut hadir.
"Kami membincangkan banyak perkara berkaitan keadaan negara pada masa kini dan masing-masing melahirkan rasa risau terhadap beberapa perkembangan semasa.
"Dalam perbincangan, saya terbuka kepada apa juga cadangan termasuk saya tidak dicalon sebagai bakal Perdana Menteri, justeru antara cadangan yang dikemukakan ialah pencalonan Shafie sebagai Perdana Menteri," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 15-1-2021 10:44 PM
Oina......berita gembira..bah tu pilak2 semua. |
|
|
|
|
|
|
|
makkk aiiiii jem terus bang non the numbers....kiri kanan dia kena....PN kenakan dia.....geng2 dia dlm PH pun kenakan dia.....jemmmmmm crank terus derrr |
|
|
|
|
|
|
|
Pertamanya .. jika nuar terima idea penyatuan pembangkang oleh tun , tak mustahil kita akan sekali lagi ditipu .
Kedua .. kalau diterima pula geng2 umno utk menubuh kerajaan baru , yg pasti nuar akan terhutang budi sedangkab senarai kes geng2 umno berderet untuk dibawa ke makhamah .
Jadi mungkin terbaik kita tunggu saja PRU ke 15 . Sambil tu kita santai2 makan popcorn tengok siapa kena tikam siapa . |
|
|
|
|
|
|
|
Sapie memerintah sabah pon fail.atok carik boneka baru jd pm |
|
|
|
|
|
|
| |
|