CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2330|Reply: 19

[Tempatan] Laporan Hartanah 2020. 10 lokasi tumpuan pembeli kediaman

  [Copy link]
Post time 15-1-2021 10:48 PM | Show all posts |Read mode
3 negeri tumpuan pembeli
    myMetroPnP
Fairul Asmaini Mohd Pilus

Ringkasan
1 Johor Bahru
2 Petaling Jaya
3 Shah Alam
4 Cheras
5 Damansara Height
6 Ampang
7 Ipoh
8 Tropicana
9 Rawang
10 Kota Damansara



JOHOR Bahru, Johor mengungguli carta bagi 10 kawasan yang mendapat carian tertinggi dalam kalangan pembeli rumah di Malaysia pada tahun 2020.

Menurut portal hartanah terkenal, iProperty.com.myádata yang diperoleh adalah berdasarkan carian tertinggi pengunjung yang melayari laman web portal itu dari Januari hingga Disember lalu.

Johor adalah pilihan tempat tinggal yang menarik bagi warga asing yang bekerja di Singapura namun, penutupan sempadan Johor-Singapura disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda membantutkan niat pembelian mereka.

Walaupun pasaran hartanah kediaman di Johor Bahru kekal perlahan pada tahun 2020, diharapkan Projek Sistem Transit Rapid (RTS) antara Johor Bahru dan Singapura yang dijangka siap pada tahun 2024 mampu memberi pelbagai impak perubahan sertaálimpahan ekonomi terutamanya di Iskandar Malaysia.

Berdasarkan laporan separuh tahun pertama 2020 Portal Demand Analytics oleh portal berkenaan, rumah teres adalah satunya satunya yang kekal stabil dari segi median harga.

Kawasan kedua kediaman paling banyak dicari oleh pembeli pada tahun lalu adalah Petaling Jaya, Selangor yang juga antara kawasan yang mendapat carian tertinggi dalam kalangan penyewa pada tahun 2020.

Ia didorong kedudukan Petaling Jaya yang berdekatan dengan Kuala Lumpur selain pelbagai kemudahan, pusat beli-belah yang sudah tersedia

Transit aliran ringan (LRT) 3 juga menambahbaik jaringan pengangkutan awam di Petaling Jaya dengan memudahkan perjalanan ke Bandar Utama, Shah Alam, dan Klang. manakala pada masa akan datang, lima stesen LRT 3 juga dikatakan akan dibina di kawasan Petaling Jaya.

Di kedudukan ketiga pula adalah Bandaraya Shah Alam yang juga antara bandar terancang pertama di Malaysia dan dikenali dengan tarikan kawasan yang mesra keluarga.

Selain itu, LRT Laluan Bandar Utama-Klang atau LRT 3 turut menghubungkan Bandar Utama ke Johan Setia di Klang yang bukan sahaja memendekkan masa perjalanan di kawasan-kawasan lain di sekitar Lembah Klang malah turut menjamin pertumbuhan modal bagi hartanah di Shah Alam terutamanya projek yang berdekatan dengan laluan tren.

Laluan LRT baru ini akan menambahbaik jaringan pengangkutan untuk seramai dua juta orang dari koridor barat ke bahagian lain di Lembah Klang.

Mengikuti rapat di kedudukan keempat adalah Cheras yang masih lagi popular dalam kalangan pembeli rumah dan juga bakal pembeli rumah.

Cheras bukan sahaja kawasan bandar dengan akses paling mudah ke laluan rel utama, malah ia adalah salah satu kawasan rumah sewa di Malaysia yang paling tinggi cariannya pada tahun 2020.

Dengan perkhidmatan pengangkutan awam dan kemudahan-kemudahan lain yang sudah tersedia serta pelbagai pilihan jenis rumah, ia menjadikan Cheras sebagai salah satu tarikan bagi mereka yang ingin membeli rumah dan juga pelabur.

Damansara Height pula berada di kedudukan kelima carian lokasi paling banyak oleh pembeli rumah tahun lalu.

Kejiranan Damansara Heights atau Bukit Damansara turut dikenali sebagai Beverly Hills Malaysia kerana dipenuhi dengan deretan banglo, villa, dan juga kediaman mewah yang lain.

Selain daripada golongan elit, kawasan itu turut menarik minat golongan ekspatriat kerana kehidupan malam yang penuh hiburan dan menarik, serta pelbagai pilihan restoran.

Bukan itu sahaja, ia juga dikelilingi dengan jaringan lebuh raya dan jalan raya utama.

Ampang pula berada di kedudukan keenam lokasi pilihan pembeli rumah pada tahun 2020.

Kawasan itu turut menjadi pilihan komuniti ekspatriat kerana kemudahan yang disediakan seperti sekolah antarabangsa, perubatan swasta dan juga pusat hiburan.

Selain itu, Ampang juga terletak berdekatan kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur serta lebuh raya utama.

Bukan itu sahaja, Ampang turut disenaraikan sebagai salah satu kawasan rumah sewa di Malaysia yang paling tinggi cariannya pada tahun 2020 manakala median harga bagi sebuah kondominium di Ampang ialah RM 1.15 juta.

Ibu negeri Perak, Ipoh pula berada di kedudukan ketujuh lokasi pilihan pembeli rumah. Harga bagi sebuah rumah teres di Ipoh ialah RM220,000.

Di kedudukan kelapan ialah kawasan Tropicana manakala di tempat kesembilan adalah Rawang.

Rawang mengalami pelbagai transformasi selama hampir 200 tahun sejak era British Malaya dan kini, ia berkembang dengan pesat, dari sebuah kawasan bandar lama kepada sebuah kawasan bandar maju.

Rumah teres di sini juga masih dalam julat harga yang mampu milik berbanding dengan kawasan-kawasan lain di Lembah Klang.

Di tempat ke-10 adalah Kota Damansara yang memiliki pelbagai kemudahan, infrastruktur serta sistem pengangkutan yang baik dan meluas sekali gus menjadikan kawasan itu selesa untuk didiami.

Pembinaan MRT Kota Damansara turut memudahkan akses ke kawasan lain di Lembah Klang dan dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas, terutamanya ketika waktu puncak.

Selain itu, Kota Damansara juga menawarkan hartanah dari pelbagai lingkungan harga, median harga bagi sebuah kondominium ialah RM600,000 manakala median harga sewa bagi sebuah unit kondominium yang dilengkapi perabot serta tiga bilik tidur berkeluasan 1,237 kaki persegi ialah RM2,300.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 January 2021 @ 7:01 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2021 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kome beli la rumah kt tg malim, gi keja naik ketapi, bandar besar sgtla hidup berkualitas
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Good to know..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangi kajang x termasuk carta ke
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnya kebanyakan nak cari rumah dkt dgn pengangkutan awam cth LRT/MRT/Monorel.

Paling koman pun yg boleh naik bas rapid untuk ke stesen MRT/LRT.

Kalau rumah jauh2 ke dalam ni..tak ramai yang nak cari. Sebab jauh nak ke tempat keje
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
akies replied at 16-1-2021 12:15 AM
Sebenarnya kebanyakan nak cari rumah dkt dgn pengangkutan awam cth LRT/MRT/Monorel.

Paling koman  ...

Setuju..kalau jaringan pengangkutan awam mcm komuter dan lrt nih hebat dan always on time..org akan choose utk duduk pinggir kota
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2021 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Kota damansara tu 20 thn yg lalu aman2 je pokok getah pn byk lg, sejuk lh jugak mata pndang.. nsib baik weols merasa feeling tu...dlu2 klu dlm alamat rumah tulis pusat bndar sg.buloh je nama tiber tukar nama jd kota damansara
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka nak duduk area Planter Heaven
Tp x sanggup tgok kos tarah bukit tu
Belum naik rumah lagi
Pkp oh pkp


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2021 12:23 PM | Show all posts
ramainya org mencari... ke cari je?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Guccibamboo replied at 16-1-2021 12:13 AM
Bangi kajang x termasuk carta ke

bangi kajang thn lepas org x favour la kot since thn lepas banjir besar kat jalan reko tu..lg 1 bangi kajang kne compete dgn bdr ainsdale n perumahan township br dkt2 situ area nilai seremban tu..thats why umah bangi kajang now murah cket below 500k da leh dpt teres yg elok..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah rawang semakin menjadi pilihan. Dulu org wek! Je bila dengar duduk dkt2 area rawang. Apatah lagi kalau duduk bukit beruntung
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
nikaido replied at 17-1-2021 10:20 AM
Tahniah rawang semakin menjadi pilihan. Dulu org wek! Je bila dengar duduk dkt2 area rawang. Apatah  ...

Knape rawang jd pilihan ye....kan jauh drpd KL
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2021 03:05 PM | Show all posts
kenapa Rawang?
dulu ramai perlekeh kalau ada yg beli kediaman area Semenyih
jauh la
tempat jin la
bila jaringan jalan dh byk
area Pajam naik pulak
masa ni baru yg kecam dulu baru nmpk
so
dari situ la
sekarang org dah nampak
apa yg berlaku dulu pada Semenyih
akan berlaku jugak kat Rawang

area lain?
Sepang /Dengkil pun tgh naik

area Sg Buluh pun tgh naik hala ke Ijok
cuma area situ jgn keliru
pasal masih nak guna nama Shah Alam/ Damansara

jadinya kalau area Rawang ni harga masih munasabah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2021 03:09 PM | Show all posts
area Simpang Pulai aku dh tgk
signboard ja gah
last2 kawasan terbengkalai

kalau area Raub-Sg Koyan
korang akan perasan jalan2 sebelah kiri dh byk kediaman tanah lot
sesuai pada yg ada cash
just beli tanah
kemudian bina ikut citarasa sendiri


area Sg Petani ada kawasan Banyan, Laguna dan Bandar Puteri
kawasan ni rumah masih munasabah
harga RM300K400K boleh beli 2 tingkat
cuma isunya nak cari penyewa la
area situ tak jauh dari kompleks kerajaan yg baru
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2021 03:19 PM | Show all posts
kalau boleh rekod dgn bank kena cantik
tak ada tunggakan sepanjang 12 bulan terakhir

kenapa perlu search?
sebab kita kena tahu kediaman mcm mana nak beli/nak pilih
dan sebab apa beli - nak duduk ka, nak jadikan asset ka, nak jual balik ka

dulu rumah dekat simpang
rumah dekat pembentungan
rumah dekat TNB substation
memang tak ada pembeli yg taksub fengshui

sekarng puak2 tu pun tak yakin/percaya dgn fengshui
so memang area mcm tu dia org akan beli

jenis lot yg jadi rebutan
of course la corner lot

satu lagi ialah
lot yg tidak menghadap kediaman lain
contoh cuma hadap parit shj ka
hadap tanah lapang shj ka
lot2 mcm ni ramai org prefer
pasal nak parking kereta kedua
dan nak cucuk tanam

kalau yg hadap rumah org lain
cari la unit kedua atau ketiga dari tepi
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 03:20 PM | Show all posts
akies replied at 16-1-2021 12:15 AM
Sebenarnya kebanyakan nak cari rumah dkt dgn pengangkutan awam cth LRT/MRT/Monorel.

Paling koman  ...

laluan mrt macam celaka sikit sebab kebanyakan laluannya dibuat di kawasan hartanah yang boleh buat untung tapi tak mampu dimiliki golongan bawahan..
yang guna mrt kebanyakannya student, b40, m40..
tapi rumah2 sekelilingnya dikuasai orang2 kaya yang beli apartment kemudian sewa kepada orang2 susah...orang2 kaya pergi kerja naik kereta...

ini antara bantahan waktu buat mrt dulu...kenapa tak lalu kawasan yang memang betul2 perlukan pengangkutan awam...akhirnya tengok sekarang connectivity antara semua jenis pengangkutan awam macam hampeh dan tak menyeluruh sebab buat stesen ikut kepala otak kapitalis aja...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2021 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
tula .. dulu sg buloh mampu milik tapi bila tengok apartment dekat kwasa tu adoi mahalnye
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 10:16 PM | Show all posts
duduk rawang? kalau time hari jumaat kalo lalu jalan lama hadap la jem kt selayang..
biasa lori la buat hal kt atas puncak templer tu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 10:19 PM | Show all posts
statistik mcm ni jgn percaya sangat...siapa tuan di sebalik iproperty? cina longsai apek tak basuh berak..take it with a pinch of salt...jgn percaya bulat2 artikel cina pemakan babi ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki aku kerja KL.. Tapi kitorang beli rumah dekat selangor, area jalan kebun, rimbayu.. Sebb lebih tenang, masih byk pokok2.. Taman kitorang pon mcm tersrok ckit dek kelapa sawit.. Tapi sekarang dah banyak kebun2 dibotakkan demi bangunkan taman2 baru. Waaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.073747 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list