Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
123Next
Return to list New
2804
View
48
Reply

[Edisi Ilmiah] Sambil Bergosip Sambil Belek Buku

[Copy link]

Author: sharlenetexas    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 16-1-2021 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
IMG_20210115_134433.jpg

Jom uols kita bergosip secara berhemah. Iols suka kumpul dan baca buku-buku berkaitan dunia hiburan. Ada yang ditulis secara santai dan ada juga yang diterbitkan secara ilmiah sama ada esei kritikan, reviu atau kajian ilmiah. Selalunya kandungannya berbentuk biografi, memoir atau esei kritikan, ulasan atau kajian.

Iols tengah baca buku 120 Wayang Melayu yang ditulis oleh Amir Muhammad. Asalnya buku ni dalam bahasa Inggeris - 120 Malay Films. Apa yang menariknya Amir membincangkan secara santai dalam bahasa yang mudah difahami berkenaan filem-filem Melayu yang telah diterbitkan dari tahun 1948 hingga 1973. Bayangkan evolusi filem-filem Melayu dari zaman pasca Perang Dunia Pertama sehinggalah merdeka dan darurat.

Jom bergosip ilmiah sambil belek buku!

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 16-1-2021 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila tengok tajuk-tajuk filem tersebut, kita generasi sekarang banyak tak tahu dan tak pernah dengar.

IMG_20210116_010341.jpg

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-1-2021 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Memoir Hamzah Hussin: Dari Keris Film ke Studio Merdeka ni kegemaran iols. Hamzah bekerja sebagai pegawai perhubungan Cathay-Keris berkongsi pengalaman beliau bersama syarikat pengeluar filem tersebut dan perkembangan dunia filem hingga tahun 90an. Beliau banyak cerita tentang perangai dan gelagat produser Cathay-Keris, Ho Ah Loke. Tapi beliau tak cerita pula berkenaan seorang lagi orang penting CK, Loke Wan Tho. Loke Wan Tho ni anak Loke Yew. Beliau meninggal dunia dalam nahas kapal terbang di Taiwan pada tahun 1960an.

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-1-2021 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
IMG_20210116_011112.jpg

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-1-2021 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 16-1-2021 01:57 AM

Duk window shopping kat Shopee, terjumpalah kupasan ilmiah berkenaan filem P Ramlee iaitu Madu Tiga dan Keluarga 69. Iols terfikir juga tentang hukum hakam bila duk tengok filem2 tersebut. Akhir cerita Madu Tiga kan Abang Jamil masa kat jambatan kata dia ceraikan ketiga2 isterinya. Memang jatuh talak ke? Keluarga 69 tu lagilah tunggang langgang. Anak kahwin bapak. Mak kahwin anak. Tunggang terbalik. Sah ke perkahwinan mereka? Tak rasa janggal ke?

IMG_20210116_013632.jpg

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-1-2021 01:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Description

This book is written in Malay. This book discusses some of the most frequent issues in a marriage as shown in Madu Tiga and keluarga 69. Both of these films are categorized as comedy films and include subtle criticisms. Unnoticed by the audience, not only entertained and indecisive with acting and dialogue that seemed unpretentious, but they were also impressed by the message that subtly demands that people continue to think.

Buku ini membincangkan beberapa permasalahan yang sering berlaku dalam sesebuah perkahwinan seperti yang dipaparkan dalam filem Madu Tiga dan Keluarga 69. Kedua-dua buah filem ini dikategorikan sebagai filem komedi di samping menyelitkan kritikan halus. Tanpa disedari penonton bukan sahaja terhibur dan leka dengan lakonan serta dialog yang nampak bersahaja, namun mereka turut terkesan melalui mesej yang secara halus menuntut agar masyarakat terus berfikir.

Filem Madu Tiga menceritakan tentang seorang menantu kesayangan bernama Jamil telah mendapat restu bapa mertuanya untuk berpoligami. Gelagat Jamil yang beristeri tiga dianalisis dari sudut hukum syarak berdasarkan plot yang dipaparkan kepada penonton seperti faktor pendorong untuk menambahkan isteri, pelaksanaan keadilan dan tanggungjawab sebagai ketua keluarga, tatacara menjatuhkan talak serta hukum perceraian yang dituntut oleh agama.

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-1-2021 01:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Menerusi filem Keluarga 69 pula peristiwa penting yang berlaku ialah jalinan perkahwinan yang lintang pukang antara dua buah keluarga sehingga lahir pula tiga buah keluarga yang baharu. Hubungan yang kusut menyebabkan timbul kecelaruan kedudukan pangkat dan panggilan dalam sesebuah keluarga.Penonton akan tertanya-tanya apakah perkahwinan seumpama itu sah di sisi agama? Oleh itu, buku ini telah mengupas gelagat dan isu yang terkandung dalam kedua-dua buah filem tersebut berdasarkan hukum syarak bertujuan memberi jawapan kepada persoalan-persoalan yang timbul. Di samping itu, masyarakat dapat menambahkan pengetahuan dan pemahaman agama secara santai dan bukan berhibur semata-mata.Kehadiran buku ini dapat memberi jawapan yang tepat berkaitan hukum agama secara khusus tentang permasalahan perkahwinan dan pentadbiran rumah tangga yang harmoni.

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 02:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasa buku2 mcm ni uols beli kat mana selain shopee..? iols minat laa buku lama2 yg dah x cetak lg tapi agak sush nk cari..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-1-2021 02:22 AM From the mobile phone | Show all posts
CikYaYaYa replied at 16-1-2021 02:19 AM
Biasa buku2 mcm ni uols beli kat mana selain shopee..? iols minat laa buku lama2 yg dah x cetak lg t ...

Iols selalu cari kat Shopee. Ok lah juga harganya. Kalau tak pun kat Lazada. Tapi Lazada kedekut sangat free shipping.

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-1-2021 02:22 AM From the mobile phone | Show all posts
CikYaYaYa replied at 16-1-2021 02:19 AM
Biasa buku2 mcm ni uols beli kat mana selain shopee..? iols minat laa buku lama2 yg dah x cetak lg t ...

Bigrafi Nordin Ahmad iols beli direct dengan penulis.

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 02:27 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 16-1-2021 02:22 AM
Bigrafi Nordin Ahmad iols beli direct dengan penulis.

Yg tajuk Permata Seni Nordin Ahmad to ke..?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 02:28 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 16-1-2021 02:22 AM
Iols selalu cari kat Shopee. Ok lah juga harganya. Kalau tak pun kat Lazada. Tapi Lazada kedekut s ...

Rajin beli x kat fb..?? Kat fb banyak buku secondhand yg best2 tpii takott nak beli.. Fb ramai scammer. Hehe sorry off topic
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-1-2021 02:28 AM From the mobile phone | Show all posts
CikYaYaYa replied at 16-1-2021 02:27 AM
Yg tajuk Permata Seni Nordin Ahmad to ke..?

Ya sis.

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-1-2021 02:29 AM From the mobile phone | Show all posts
CikYaYaYa replied at 16-1-2021 02:28 AM
Rajin beli x kat fb..?? Kat fb banyak buku secondhand yg best2 tpii takott nak beli.. Fb ramai sca ...

Belum pernah beli kat FB. Pernah beli kat Carousell sekali.

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 02:33 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 16-1-2021 02:28 AM
Ya sis.

Ok tak penulisan nya..? Penulis to spend masa 20tahun kan nk tulis buku to. Nak cari jugak laa. Nmpk mnarik
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-1-2021 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
CikYaYaYa replied at 16-1-2021 02:33 AM
Ok tak penulisan nya..? Penulis to spend masa 20tahun kan nk tulis buku to. Nak cari jugak laa. Nm ...

Ok best. Detail penulisannya. Gambar2 pun banyak.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-1-2021 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Nordin Ahmad Permata Seni Terbilang

IMG_20210116_010828.jpg

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-1-2021 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Dalam biografi ini kita dapat tahu mengapa Nordin tertarik hati dengan isterinya, Salmah Ibrahim (Mak Itam) sebab air tangannya. Mak Itam pandai masak dan mengusahakan warung/kedai makan untuk menambahkan pendapatan keluarga.

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-1-2021 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Nordin Ahmad memang jenis jaga body.

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-1-2021 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Di Sebalik Tirai Layar hampir 50% bercerita tentang P Ramlee. Kisah peribadinya yang kita tak pernah tahu. Ada dimuatkan kisah seniman lain seperti Ahmad Mahmud, Nordin Ahmad, Leng Hussin dan lain2 lagi.

IMG_20210115_134704.jpg

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list