CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4715|Reply: 55

[Dunia] Kerajaan Belanda terbubar

[Copy link]
Post time 16-1-2021 04:49 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 15-1-2021 12:51 PM

Kerajaan Belanda terbubar

Januari 15, 2021 @ 4:12pm

Rutte yang menunggang basikal tiba di Istana Huis ten Bosch, hari ini. - Foto AFP



THE HAGUE: Kerajaan Belanda diterajui Perdana Menteri, Mark Rutte hari ini, meletak jawatan susulan skandal kebajikan kanak-kanak yang membawa ancaman kepada ketidakstabilan politik, ketika negara itu berdepan wabak COVID-19.

Ribuan ibu bapa didakwa secara salah oleh pihak berkuasa Belanda kerana tidak sengaja menuntut elaun anak, dengan kebanyakan mereka terpaksa membayar balik sejumlah besar wang yang akhirnya memusnahkan kewangan mereka.

Perdana Menteri Belanda menunggang basikal selepas sidang media perletakan jawatan Kabinetnya, hari ini. - Foto AFP


Sebahagian ibu bapa menjadi sasaran penyiasatan pegawai cukai kerana mempunyai dua kewarganegaraan, juga mengundang kritikan berterusan mengenai isu perkauman di Belanda.
Rutte, seorang pemimpin paling lama berkhidmat di Eropah, berkuasa sejak 2010, berkata Kabinetnya akan berperanan sebagai kerajaan sementara bagi memantau pemulihan COVID-19 hingga pilihan raya pada pertengahan Mac.

"Bebanan tugas berakhir di sini. Kami berpandangan hanya tanggungjawab bersama perlu dipertahan, jika keseluruhan sistem gagal.
"Ini membawa kepada kesimpulan bahawa saya baru saja menasihatkan raja supaya seluruh Kabinet meletakkan jawatan.

"Kedaulatan undang-undang perlu melindungi rakyatnya daripada kerajaan sangat berkuasa, dan di sinilah kesilapan paling besar," katanya pada sidang media selepas mesyuarat krisis Kabinet gabungan empat parti di The Hague.

Rutte mempertahan keputusan peletakan jawatan ketika Belanda berusaha membanteras pandemik COVID-19, selain negara itu berdepan lonjakan kes varian baharu pertama kali ditemui di Britain.

"Perjuangan melawan COVID-19 masih diteruskan," kata Rutte sambil menjelaskan Kabinet sementara akan melaksanakan tindakan perlu demi kepentingan negara.

Undian mendapati Parti Kebebasan dan Demokrasi mungkin mendahului pada pilihan raya berikutnya, mencalonkan Rutte bagi penggal keempat, sejak 2010. - AFP







Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2021 06:51 AM From the mobile phone | Show all posts
sepambe je xpakai facemask
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
woww pi istana bwk beskal jahh, politician kita of course la naik mercedes dgn ego bongkak nye
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 07:21 AM | Show all posts
bang non the numbers bwk jaguar....hebaqqq bang non the numbers
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat malaysia jgn harap laaa nk mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin kerana pemimpin kapir ini ada maruah. Bila rakyat perasan dia buat silap,awal-awal terus letak jawatan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2021 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Pemimpin malaysia patut ikut..geng tebuk tupai patut malu baca berita ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat negara lain bila tau pemimpin buat salah, diorang berani lawan. Kat malaysia ni, politician buat skandal macam2 pun voleh relax je, sebab rakyatnya bersopan santun, habis ganas pun buat protes aman kat depan gate.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2021 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
kelapaparut replied at 15-1-2021 11:13 PM
woww pi istana bwk beskal jahh, politician kita of course la naik mercedes dgn ego bongkak nye

Kat sana cuaca sojuk, jalan pun rata. Boleh la dia berbasikal. Kalau dia kat Msia ni,  jgn harap la. Baru selangkah keluar dah berpeluh mcm dlm sauna.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 10:03 AM | Show all posts
ahli politik sini lau naik beskal
mau pitam kayuh panjat bukit nk g parlimen
hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
PM naik gerek tua saja.. kalau kita, naik keta pun tak nampak dalam  tinted hitam ya amat..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
kelapaparut replied at 16-1-2021 07:13 AM
woww pi istana bwk beskal jahh, politician kita of course la naik mercedes dgn ego bongkak nye

sian nuor itu kalo kayuh beskal....tgh paneh....semata nk naik jd pm..omputeh xpe...sana sejuk.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 10:25 AM | Show all posts
sidewinder replied at 16-1-2021 07:21 AM
bang non the numbers bwk jaguar....hebaqqq bang non the numbers

woww.... kaya ada jaguar...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
jenuh bau kepam dlm Istana Negara kalu politicians kayuh beskal jumpa YDPA..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Letak jawatan sebab kesilapan dia buat rakyat susah ke? Kalau ya, mulianya & sangat bermaruah dia..

Kat satu negara islam tu, pemimpin dah kena dakwa rasuah, sedang dibicarakan rasuah, pun tak sedar diri tunjuk langit dia masih berkuasa...
Lagi malang bila ada pencacai yang teguh berdiri berjuang habisan mempertahankan ..


Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
wartawan semua perangai sama ye...x pakai mask
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2021 11:19 AM | Show all posts
mulianya berbanding politisial melayu lahanat busuk kaki rasuah tataw malu gila kuasa...nama ja isele perangai buruk dari setan
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Tiada satu pun sistem politik ciptaan manusia yang sempurna dalam dunia ni

tak perlu la golongan liberal ka lgbt ka Melayu perasan urban ka

terus bertuhankan barat

bodohkan diri korang je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2021 11:24 AM | Show all posts
dizekni replied at 15-1-2021 07:22 PM
Tiada satu pun sistem politik ciptaan manusia yang sempurna dalam dunia ni

tak perlu la golongan  ...

Habis tu ciptaan siapa yang paling sempurna?

Siyes saya nak tau ni!
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Politicians Malaysia patut malu dengan politicians luar,ada kes jer terus resign dan bersedia turun naik mahkamah. Pm Korea pun kena 20 tahun. Malaysia ada berani?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.082481 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list