CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6063|Reply: 51

'Lelaki Tua Tak Semestinya Matang'

  [Copy link]
Post time 16-1-2021 03:20 PM | Show all posts |Read mode

Intan Ladyana dan Harris Alif akan disatukan dalam ikatan sebagai suami isteri pada 6 Februari ini. - Foto IG Harris Alif


Berita Harian

Farihad Shalla Mahmud
farihad@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Menyelak helaian kisah cinta pelakon, Intan Ladyana, 38, bukan tiada lelaki sebaya yang pernah menjadi penghuni hatinya. Namun sebagai manusia, apalah dayanya untuk melawan ketentuan takdir. Bagaimanapun, cinta yang pernah mekar layu di tengah jalan.

Justeru, apabila kembali berpacaran dan memilih penyanyi dan pengacara, Harris Alif yang muda 17 tahun daripadanya untuk dijadikan teman hidup, Intan mengharapkan keputusannya tidak dipersoalkan.

Baginya, bukan usia menjadi ukuran dalam satu perhubungan. Sebaliknya, apa yang dilihat, sifat matang yang ada pada lelaki pilihan hatinya itu.

"Lelaki tua atau muda bukan satu masalah. Jika sudah ditetapkan itulah adalah jodoh, siapalah saya untuk menolak kehendak takdir. Lagipun, pandangan saya lebih kepada kematangan seseorang.

"Jika usia 40 tahun, tetapi tak matang, tak guna juga. Macam mana nak kahwin? Tak kisahlah lebih muda kerana usia bukan ukuran kematangan seseorang.

"Bagi saya, Harris seorang yang matang berdasarkan cara berkomunikasi. Setakat ini, Harris memahami apa yang saya sampaikan," katanya kepada BH Online.

Diusik pertanyaan tidakkah risau bersuamikan lelaki muda dan kebarangkalian bakal menarik perhatian wanita lain cukup tinggi, pelakon filem Jangan Pandang Belakang itu percaya, jalan cerita setiap pasangan yang sudah berumah tangga adalah berbeza.

"Kisah hidup seseorang berbeza. Tak bolehlah nak pukul rata mengatakan kalau bersuami muda, orang akan ganggu rumah tangga. Mungkin itu pengalaman orang lain dan tak semestinya saya mengalami nasib yang sama.

"Bagaimanapun, dalam hal ini, terserah pada lelaki itu sendiri. Jika tak layan, takkan akan menjadi juga," ujarnya pada sidang media pengumuman majlis perkahwinan yang diadakan secara virtual, baru-baru ini.

Bercerita mengenai persiapan hari bersejarah, Intan berkata, persediaan sudah mula dilakukan selepas majlis merisik pada Julai, tahun lalu.

"Persiapan sudah dibuat sebanyak 95 peratus selepas majlis merisik. Cuma, apa yang merisaukan, situasi semasa memandangkan masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Kami bimbang sekiranya berlaku perubahan dari segi prosedur operasi standard (SOP), macam-macam boleh berlaku.

"Kami hanya mampu berserah sahaja. Apapun, semua majlis kami diadakan dalam mematuhi SOP yang ditetapkan dengan mengehadkan bilangan tetamu, pemeriksaan suhu, penjarakan fizikal di meja makan dan langkah keselamatan lain," katanya.

Selepas hampir setahun menyulam cinta, pasangan itu sepakat untuk memilih tarikh 6 Februari ini untuk diijabkabulkan.

Walaupun usianya baru mencecah 21 tahun dan ramai menyifatkan usia terlalu awal untuknya menamatkan zaman bujang, namun Harris mempunyai pandangan berbeza.

"Jika nak cakap soal jodoh, kita sendiri tak tahu urusan Tuhan. Tetapi, jika nak mempersoalkan kahwin muda, bukan kali pertama lelaki berusia 21 tahun berkahwin. Budak sekolah pun ada yang sudah berkahwin.

"Sebagai lelaki, saya sudah mempersiapkan diri untuk menjadi ketua keluarga dan membuat persediaan ke arah itu. Saya banyak bercampur dengan golongan dewasa. Bila keluar dengan mereka, saya lebih banyak memerhati bagaimana mereka melayan kerenah anak-anak.

"Dari situ, saya belajar bagaimana mahu mengemudi rumah tangga," kata Harris yang juga pengacara program Generasi Z di TV3.

Mengulas hari bahagia, Harris berkata, ada empat majlis yang dibuat secara berasingan.

"Kami buat majlis berinai, sehari sebelum akad nikah. Selepas acara akad nikah yang bakal berlangsung di sebuah masjid di ibu kota, sebelah malamnya pula kami akan mengadakan resepsi. Majlis bertandang pula akan diadakan pada 13 Mac depan," katanya.

Ditanya apakah majlis perkahwinan bakal disiarkan di stesen televisyen (TV), Harris atau nama sebenarnya, Nor Harris Alif Nor Rashidi berkata, perkara itu masih dalam perbincangan.

"Mengikut pihak pengurusan, perkara ini masih dalam perbincangan dan apa yang boleh saya katakan, masih lagi 50-50. Jika sudah ada kata sepakat, kami akan umumkan nanti," katanya.

Intan dan Harris mula rapat selepas berkenalan dalam laman Instagram (IG), Mei lalu. Harris secara terbuka mengakui, bahagia menjalin hubungan cinta bersama Intan, biarpun jarak usia berbeza.

Sempena majlis perkahwinan, Intan dan Harris mendapat tajaan barangan kemas bernilai RM13.5 juta dan pelbagai kelengkapan perkahwinan lain.

Lebih istimewa, Harris turut menjadikan single terbaharu berjudul Anugerah yang dilancarkan, bulan lalu sebagai lagu tema perkahwinan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2021 03:27 PM | Show all posts
ckp je la budak muda lg sedap.. tak yah nk dalil2 matang bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Boto
But aku assume harris akan bosan dan letih dgn intan pasal intan duk rely on his effort. Macam bini sorang supremer..kang tau2 laki kawin senyap2
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Semalam meolls tertengok Q&A theyolls kat youtube... ok nampak dorang sangat cool tapi sweet tak gedik try hard macam Ayda Mat Aris & Nabil pengotor ittew... ahaks
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh beza antara nabil n harris ni. Nabil kebudak-budakkan sangat
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
ye lah ye lahhhhh.. bakal laki ko je lah yg matangg....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2021 05:26 PM | Show all posts
Edited by ifanonline at 16-1-2021 05:27 PM

intan ladyana dah andartu senior...biar la dia nak kawin jantan muda..
cuma haris kena cepat2 berjimak dgn intan...sebab intan akan menopause pd usia 40 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 05:37 PM | Show all posts
ifanonline replied at 16-1-2021 05:26 PM
intan ladyana dah andartu senior...biar la dia nak kawin jantan muda..
cuma haris kena cepat2 berji ...

Giler. sepupu aku dah 58 pun tak menopause lagi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2021 05:42 PM | Show all posts
rayna_raynes replied at 16-1-2021 05:37 PM
Giler. sepupu aku dah 58 pun tak menopause lagi.

dier beranak lagi tak?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Menghalalkan toy boy adalah digalakkan
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
beta_carotene replied at 16-1-2021 03:27 PM
ckp je la budak muda lg sedap.. tak yah nk dalil2 matang bagai..

Mmg sedap ke budak muda?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 16-1-2021 03:39 PM
Boto
But aku assume harris akan bosan dan letih dgn intan pasal intan duk rely on his effort. Macam ...

Ritrud?????
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 16-1-2021 05:26 PM
intan ladyana dah andartu senior...biar la dia nak kawin jantan muda..
cuma haris kena cepat2 berji ...

memandai je ..
sapa ckp pompuan 40 tahun dah menopos?
mak aku sampai umur pencen (55tahun)  baru menopos .. 40an masih subur bagi aku adik ...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
rayna_raynes replied at 16-1-2021 05:37 PM
Giler. sepupu aku dah 58 pun tak menopause lagi.

yer mmg ada org menopos lambat cam
mak aku 55 - 57 baru menopos
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 07:50 PM | Show all posts
adelea replied at 16-1-2021 07:39 PM
memandai je ..
sapa ckp pompuan 40 tahun dah menopos?
mak aku sampai umur pencen (55tahun)  ba ...

memang ada yg lambat...tapi secara umumnya, dan banyak medical2 journal mengatakan cut-off point bagi wanita utk beranak adalah bermula umur 40 tahun keatas, demi kesihatan ibu dan bayi....

wanita melebihi 40 tahun boleh mengandung, tapi berisiko tinggi dr segi kesihatan...

hence, sebab tu ada term 'andartu forever' apabila mencecah umur 40 tahun bagi wanita yg belum berkahwin...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 16-1-2021 07:50 PM
memang ada yg lambat...tapi secara umumnya, dan banyak medical2 journal mengatakan cut-off point b ...

sebuk je dia ni lantak dia laaa
pompuan boleh je beranak up to age 50
depends on health dia

ko ada masalah ke ?
tak kisah la andartu or mak orang ...
bukannya kau yg kena bawak perut

klu allah bagi pompuan tu mengandung hatta umur 58 tahun

apa hak kau nak halang kehendak allah

medical boleh bagi guideline sahaja
kau jgn nak memandai buat keje tuhan
ckp tu macam puki and rahim tu dia punya ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2021 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 16-1-2021 07:50 PM
memang ada yg lambat...tapi secara umumnya, dan banyak medical2 journal mengatakan cut-off point b ...

sebuk je dia ni lantak dia laaa
pompuan boleh je beranak up to age 50
depends on health dia

ko ada masalah ke ?
tak kisah la andartu or mak orang ...
bukannya kau yg kena bawak perut

klu allah bagi pompuan tu mengandung hatta umur 58 tahun

apa hak kau nak halang kehendak allah

medical boleh bagi guideline sahaja
kau jgn nak memandai buat keje tuhan
ckp tu macam puki and rahim tu dia punya ..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 08:23 PM | Show all posts
adelea replied at 16-1-2021 08:00 PM
sebuk je dia ni lantak dia laaa
pompuan boleh je beranak up to age 50
depends on health dia

memang la ketentuan ilahi, tetapi manusia dikurniakan akal utk mencari ilmu2 tuhan utk tambah baik kehidupan di dunia...kena rujuk balik buku2 perubatan yg telah di kaji sejak dahulu kala lagi yg wanita menopause pd usia 40an keatas...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 09:39 PM | Show all posts

Tu ah..larat ke nak sabar..sama2 kena show effort
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 09:40 PM | Show all posts
hanahani replied at 16-1-2021 04:09 PM
Boleh beza antara nabil n harris ni. Nabil kebudak-budakkan sangat

betul but masakan kita dapat tahu siapa kekal bahagia sampai tua..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.754738 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list