CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10868|Reply: 118

[Tempatan] Aku bosan dengan BDR ni, masa kerja dah jadi 24 jam' - kata netizen

  [Copy link]
Post time 17-1-2021 01:57 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
di media sosial, netizen tidak menafikan perkara curi tulang semasa BDR memang berlaku sehingga menyebabkan ada pegawai yang benar-benar memerlukan BDR tidak dibenarkan BDR ekoran perbuatan segelintir pegawai yang tidak bertanggungjawab.

Ada netizen yang merupakan penjawat awam mendedahkan, mereka juga mengalami tekanan dari pegawai atasan ketika BDR di mana mereka dihubungi dan disoal mengenai kerja sehingga ke waktu tengah malam. Sedangkan tempoh waktu bekerja adalah 8 jam, bukannya 13 jam.

"Disebabkan perangai segelintir yang mengular inilah bosses tak nak bagi BDR. Tapi bosses pun agak-agaklah duk tanya kerja sampai malam. Ke boss yang pergi jalan-jalan time siang?"

"Aku bosan dengan BDR ni. Masa kerja dah jadi 24 jam. WhatsApp, Telegram ahhh! Tolong!"

"Santai kau kata? Pagi sampai malam kena buat kerja. Tapi ada masa tetap kena pergi office sebab nak analyze data, sofware kat office. Tapi memang ada yang kat office pun santai sehari suntuk. Bila BDR, dia lagi santai. Tapi yang ini bos tak cakap apa. Yang perform pula kena potong markah."

"Tak semua pun ambil kesempatan BDR ni. Macam aku, pagi-pagi sampai tengah hari kena selalu tengok phone, WhatsApp, email. Macam-macam juga kena suruh. Kadang-kadang sampai terkial-kial dibuatnya."



Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2021 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
yg mengeluh ni msti kerja gred 41 keatas kan..an an...geng2 korg je bnyk kerja...brbaloi la dgn gaji yg korg dpt.

yg geng kerja sendiri ni apa pun susah...suda dpt bdr pun bising lg ooo..hujung bulan gaji masuk
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang merungut ni orang kerja swasta ke kerajaan?
Kalau tulis BDR ni I suspek orang kerajaan.la kan....kalau swasta biasa depa tulis WFH

Pertama kali terbaca BDR... Sebelum ni liaise dengan orang PTG depa text I bagi tau depa WFH... Tapi kadang2 depa pergi juga office kalau ada apa2 yg urgent..

WFH santai tak juga tapi takde la sampai kerja 24jam... Yang korang melayan text/email after 6pm dah kenapa? Takut boss menyalak ke?

Kecuali kalau betul2 urgent nak kena submit paper by this date this time .... Yang ni sendiri kena faham la kan...itupun bukan selalu..  
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 07:57 AM | Show all posts
Betul la tu...aku ni keje smpi mlm dgn weken pun bos aku bising je dlm telegram...nak tu la nak ni la...laki aku yg swasta meeting la byk mlm sbb dgn org jerman...tp weken dia best...bos xkacau..tp aku ok je...banding dgn org kena buang keje...buat je...agak2 stress buat la apa yg patut..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Jadahnya BDR ni. Kami pakai term WFH sejak Mac 2020 lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 17-1-2021 08:13 AM
Jadahnya BDR ni. Kami pakai term WFH sejak Mac 2020 lagi.

Dlm surat pekeliling gomen tulis BDR okeh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2021 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
aechae replied at 17-1-2021 08:15 AM
Dlm surat pekeliling gomen tulis BDR okeh

Patutla. Bos yg jenis micromanage pasti akan sentiasa kacau staff.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Br ni iols borak ngan jiran yg keje gomen..dia sebut BDR..menatang gapo BDR ni..rupanya wfh ye...ok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2021 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
puas aku pikir tu BDR...BDR...
Ingat bandar ke.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada sekali, patutnya saya BDR jd tak tgk phone, pkl 9 baru tgk. Rupanya officer wasap pkl 6.30 suruh pi ofis jugak.  Pkl 10 baru saya pi
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 10:19 AM | Show all posts
Dari pengalaman pkp pertama dulu membuat lebih ramai memilih untuk datang berkerja dipejabat dari BDR.  Bukan semua bidang kerja sesuai kalau nak BDR.  Selain waktu rehat hari rehat betul2 mereka boleh rehat dari buat kerja pejabat.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
BDR ingatkan apa. bekerja dari rumah rupanya haih. untungla boleh wfh. yang ada kerja ada gaji ni mampu berhuhu sajala.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
yg kena kacau dgn bos smpi malam ni mmg tak berani block bos sekejap ke? mcm I cakap kat thread sebelah, i penah  je buat hati kering pada sorang bos i dulu..pukul 8.30pm i block nombor dia, pukul 5-6am baru i unblock balik...lepas beberapa ketika dia faham la yang I jenis tak suka diganggu malam2 dan waktu cuti..sampai malam2 nak kacau kita, itu dah kira MERAPU bagi iols..sebab bukannya kita x siap@X buat keje..saja diorg menggelabah lebih..Ini utk bos yg x berapa professional la..bos2 yg bagus ada juga..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Bersyukurlah la wey at least boleh keja...ramai lagi yg terjejas sebab pkp ni sampai hilang keja,kena potong gaji lagi teruk...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 10:53 AM | Show all posts
walaupun WFH, tapi tempoh waktu bekerja kena hormat ler...jgn la tibai 24 jam dok wassap bagai...

bos2 malaysia ni banyak sangat melancap ke? pekerja2 bawahan pun nak tido juga...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
iols ingatkan BANDAR apa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2021 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa aku kerja kat sekolah dulu jadi pembantu guru, aku dapati yang selalu ponteng kerja kuat mengular ni adalah staff bawahan yang kerja di office. Pantang takde cikgu penolong kanan atau guru besar(orang atasan) mula la buat kerja sambil lewa atau pergi kedai kopi. Maklum guru besar sangat baik, lembut orangnya. Time orang datang office pun buat kerja sambil lewa sampai tertunggu2 lama orang tu. Sudahnya aku terpaksa buat banyak kerja diaorang. Ada sorang guard ni memang sangat rajin tapi dah meninggal dunia. Sehari sebelum dia meninggal tu adalah hari terakhir dia(pencen) dia datang borak2 dengan kami di pejabat dan nasihat aku macam2 soal kerja. Nasihat jangan tiru kawan2 dia suka curi tulang, suruh kerja rajin2 etc. Aku pun hampir terikut2 perangai diaorang sebab aku sangat tak suka duduk sekali dengan mereka di pejabat ada saja yang tak kena di mata mereka. Aku pagi kena bantu tugas guru2(bukan mengajar) petang kena duduk di office tolong staff2. Aku jadi rimas, dah la petang2 asyik merokok sampai aku nak buat kerja pun susah, maklum aku ada asma. Asap berkepul2 walaupun dah buka tingkap. Boleh mati kalau lama2 kerja situ. Memang habis kontrak aku terus berhenti tak nak sambung walau kemudian ada offer suruh sambung. Memang sedih sebab pak cik ni sangat baik dan bagus akhlak dia. Rajin tolong orang, rajin ganti kerja kawan2 dia yang kuat ponteng. Aku anggap macam bapa aku sendiri sebab sifat kebapaan dia tu macam abah aku. Esok tu dengar berita dia meninggal dunia, so aku memang terkejut sangat macam tak percaya sebab baru je jumpa kelmarin. Oramg kata kerja cikgu seronok sebab banyak cuti tak teruk. Tapi aku sendiri tengok betapa banyak kerja cikgu2, sampai hari cuti pun terpaksa dikkorbankan untuk didik anak2 murid. Yang tahu kuat komplen ialah ibu bapa. Ada mak bapa tu kat rumah malas nak follow up kerja sekolah anak2 atau ambil tahu sikit pun jadi lah. Anak2 mereka sampai darjah 4,5,6 masih lemah membaca. Aku sendiri bantu guru untuk pantau diaorang belajar membaca di library dengan cikgu tu, so aku tahu banyak juga la kerja cikgu2. Tak masuk lagi tugas guru nak buat hari2 besar di sekolah, cam hari terima anugerah pencapaian murid, hari kokurikulum, hari guru etc. Apa yang aku dapat tengok, cikgu2 sangat rajin bersedekah pada anak murid terutama anak murid yang miskin. Cikgu2 sangat rajin sampai anak2 sendiri terabai. Cikgu2 pun ada anak2 sendiri juga, contohnya bapa aku, dia sangat amanah dan tak pernah curi tulang. Sampai time sakit pun pergi sekolah juga sebab ada kerja penting nak habiskan. Ada suatu time tu kami sekeluarga dah nak pergi bercuti jalan jauh, tiba2 sekolah bapa aku call kata ada meeting tergempar. Memang terpaksa batal percutian walaupun kami sangat2 jarang dapat bercuti sekali. Ada sekali paip pecah pun guard panggil bapa aku. Padahal tu kerja guru yang bertugas. Begitulah berat tugas bapa aku sebagai pengetua. Hanya kerana segelintir kecil guru buat taik, habis semua guru dapat nama buruk. Sesungguhnya masyarakat kini sangat tak menghargai jasa guru. Semua perkara melibatkan sekolah dianggap sebagai menyusahkan. Aku pernah tengok seoramg bapa sanggup beli komik nipis tak bermanfaat berharga rm10 untuk anak2 tapi bila cikgu minta sikit duit untuk buat program anak2 murid di sekolah, banyak sekali bantahan mereka di mesyuarat pibg. Untuk info korang, sekolah telah dipotong dana sebab tu yuran2 semua percuma. Jadi untuk aktiviti2 bermanfaat murid tu di sekolah aku bertugas time tu banyak disumbang guna dana pibg+derma guru. Ada mak bapa di sekolah datang sekolah melenting marah2 katanya guru tampar anaknya sampai report polis, dan guru tu ditangkap padahal akhirnya terbukti anaknya tu reka cerita sebab takut mak dia marah. Sebab tu ramai anak muda sekarang jadi sampah masyarakat dan tak berakhlak. Itu semua akibat tak menghargai titik lelah guru dan suka menghina peranan tugas guru. Sebetulnya ibu bapa menjadi role model pertama kepada anak2. Kalau mak bapak terlalu manjakan anak2, selalu tak bersabar, bila besar anak2 pun perangai akan jadi lebih teruk.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 11:32 AM | Show all posts
aku limitkan tanya psl kerja smpi pukul 6 ptg je.. sian jugak diorg.. bos aku jenis org tua yg x suka sgt wasap, dia call terus hahaha.. tp dia jenis ckp baik2, so org bwhn pun x tertekan sgt
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Simpati jugak la kalau lepas ofis hour dan weekend boss sibuk kacau pasal kerja. Takde life punya manager.

Aku rasa tu bukan sebab company policy. Tu perangai hazab manager tertentu je. Kalau nak gila kerja, sorang2 udah..jgn libatkan org lain suruh jadi gila sekali.

Kalau company aku, HQ mmg buat survey setiap tahun. Salah satunya kena bagi rating kat manager. Kalau tak puas hati bagi rating 1 dari 1-10 baru padan muka. Biar HQ nampak. Pastu manager kena cari punca dan solution mcm mana nak selesaikan issue tak puas hati staff dgn manager. Padan muka kena jawab dgn manager dia. Kalau still tak dpt improve, kita bagi rating rendah setiap tahun sampai abg jamil mampus.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
pening sku pikir mula2 baca apala BDR ni , rupe ye brkerja dari rumah, biasa org pakai WFH, work from home ,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.247721 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list