CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11054|Reply: 103

[Tempatan] Isu baju kurung, pereka Belanda mohon maaf. Dia tak tahu rakyat Malaysia selalu

  [Copy link]
Post time 17-1-2021 04:34 PM | Show all posts |Read mode

mstar.com.my
Elok je pakai setiap hari! Isu baju kurung panas di media sosial, pereka Belanda akhirnya mohon maaf - “Saya sentiasa anggap Malaysia seperti rumah sendiri”
Ahad, 17 Januari 2021 4:00 PM
3 minutes

SELAIN berperang dengan wabak Covid-19 yang semakin memuncak, netizen di negara ini turut 'berperang' dengan isu baju kurung sejak dua hari lalu.

Ia gara-gara kenyataan seorang pereka Belanda yang berpangkalan di negara ini, Lisette Scheers yang diterbitkan menerusi South China Morning Post (SCMP).

Menurut pengasas jenama Nala Design itu, dia mahu baju kurung kembali digayakan semula di negara ini dan melihat orang Melayu kembali berpakaian cantik.

Tambahnya, dia kini sedang 'berjuang' untuk memastikan khazanah itu tidak hilang ditelan zaman.

Di laman Twitter misalnya, ramai rakyat negara ini tanpa mengira kaum dan agama sepakat menyatakan rasa tidak setuju atas kenyataan berkenaan yang disifatkan menyimpang dan tidak tepat sama sekali.


Permohonan maaf yang dimuat naik turut dibanjiri komen termasuklah daripada selebriti tempatan.

Kata netizen, pakaian kebangsaan itu masih lagi digayakan seperti biasa oleh penduduk negara ini.

Malah, ramai yang sering menggayakannya untuk keluar bekerja saban hari, sekali gus menolak kenyataan wanita itu kononnya baju kurung semakin dilupakan.

   Saya sentiasa anggap Malaysia seperti rumah sendiri dan saya sayang negara ini.
    Lisette Scheers

Teruk 'ditembak' netizen di media sosial, pereka itu akhirnya tampil membuat permohonan maaf menerusi Instagram pada Sabtu.

"Saya mahu memohon maaf atas salah faham dan memberikan impresi yang salah.

"Saya sentiasa anggap Malaysia seperti rumah sendiri dan saya sayang negara ini.

"Malaysia pada saya, merupakan sumber inspirasi, masyarakatnya membuatkan negara ini lebih istimewa dan saya sedang belajar setiap hari," ujarnya.

Dalam posting itu, dia turut berkongsi sekeping foto dengan kata-kata 'maafkan saya' sehingga dihujani pelbagai komen netizen.

Menerusi posting permohonan maaf itu, selebriti Malaysia seperti Catriona Ross, Hunny Madu, Jeslina Hashim serta Cef Adu Rahman turut meninggalkan komen mereka.


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2021 04:40 PM | Show all posts
Mungkin dikawasan kejiranannya dah tak ramai pakai, sedangkan dikawasan2 lain diseluruh negara ramai je yang masih pakai setiap hari.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia duduk Malaysia belah mana tu yang tak jumpa org pakai baju kurung? Bangsar pipol?
Mampos kena hamun kat socmed semalam. Acah2 crusader nak selamatkan warisan melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Jenis yg tidak tau menghormati budaya org lain tp nak meniaga.... rekaan baju sendiri pun setakat cotton yg x kualiti , nak mengkritik tradisi org pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 04:46 PM | Show all posts
Lorrrr dia buta ke apoooo
Tmpt mana yg dia pegi tak nmpk org pakai baju kurung
Ofis mana tu?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 04:47 PM | Show all posts
bodoh punya orang Belanda. masih ada saki baki sifat penjajah Kompeni Hindia Timur kot, tu yang dia kata dia on "crusade" untuk membaju kurungkan perempuan Melayu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2021 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Woww..jess ngan hunny madu jadi pejuang baju kurung
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
jalfa replied at 17-1-2021 05:49 PM
Woww..jess ngan hunny madu jadi pejuang baju kurung

Gitulah..bila dh malaysian tetap malaysian..kot x pi pindah duk negara lain ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2021 04:54 PM | Show all posts
Mintak limelight ke ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Cafe Lissette di Bangsar tu dia punya rupanya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Pegi le pejabat gomen, yg ramai perempuan melayu boleh kata separuh kot pakai baju kurung.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 05:13 PM | Show all posts
your mother green
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
TS Zeti Akhtar hanya tampil dengan baju kurung.

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 05:30 PM | Show all posts
Baju cotton dia sepasang rm 500. Mahal gila.. anyway dia kat bangsar je tu yg nak bercrusade bagai..

Jeslina hashim... lol baju pun mcm tak pakai
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Maksud baju kurung dia tu yg.tak dipakai.dgn.tudong lar. Pada org.barat, tudung tu budaya Arob. Paham?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Betol la kot . Mungkin yg dia maksudkan baju kurung dulu2 tu.  Yg longgar..bajubkurung zaman citer p ramlee skng baju kurung  fesyen.. yg pakai ketat nampak lurah dendam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2021 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 17-1-2021 05:31 PM
Maksud baju kurung dia tu yg.tak dipakai.dgn.tudong lar. Pada org.barat, tudung tu budaya Arob. Paha ...

Kau sekolah takkkkk? ol:
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 17-1-2021 05:31 PM
Maksud baju kurung dia tu yg.tak dipakai.dgn.tudong lar. Pada org.barat, tudung tu budaya Arob. Paha ...

Yg ni kelakar...hahaba.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia tak rasa bodoh ke org keje kat malaysia pakai tie and coat Lagi panas sial
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti tak pernah dpt jemputan ke wedding melayu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.516704 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list