CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2784|Reply: 22

[Tempatan] Hari keluarga di Taman Ikan Jinak punca kluster baharu di Tuaran dan Kota Belud.

[Copy link]
Post time 17-1-2021 10:26 PM | Show all posts |Read mode
Hari keluarga di Taman Ikan Jinak cetus kluster baharu di Tuaran dan Kota Belud
    myMetro>mutakhir
Izwan Abdullah

Kota Kinabalu: Hari keluarga di Taman Ikan Jinak, Tuaran mencetuskan kluster baharu Covid-19 di daerah Tuaran dan Kota Belud hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun berkata, Kluster Ikan Jinak itu merekodkan sebanyak 18 kes baharu hari ini menjadikan kumulatif kes sebanyak 21 setakat ini.

"Kes indeks adalah kontak rapat kepada menantu dari Beaufort yang menghadiri hari keluarga pada 2 hingga 3 Januari lalu di Taman Ikan Jinak Tuaran.

"Aktiviti saringan dan mengenal pasti kontak masih giat dijalankan," katanya dalam kenyataan media perkembangan Covid-19 Sabah di sini, hari ini.

Masidi yang juga jurucakap Covid-19 Sabah berkata dua kluster baharu dilaporkan di Sabah hari ini dengan satu lagi membabitkan penjawat awam yang merentas negeri.

Kluster Kluster Jalan Mawila di Kota Kinabalu katanya, mencatat sebanyak 14 kes menjadikan kumulatif sebanyak 15 kes setakat ini.

"Kes indeks bagi kluster ini dikesan melalui kes saringan rentas negeri pada 13 Januari lalu membabitkan seorang penjawat awam," katanya.

Secara keseluruhan, Sabah mencatat sebanyak 393 kes positif baharu COVID-19 hari ini, menjadikan kumulatif sebanyak 43,644 kes.

Bagi kes sembuh, Masidi berkata, seramai 337 pesakit dibenarkan keluar hospital hari ini, menjadikan kumulatif sembuh seramai 39,326 orang.

"Seramai 2,949 pesakit masih menerima rawatan iaitu 766 orang di hospital dan 2,185 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) dengan 84 orang berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 21 orang memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya.

Jumlah itu mewakili 43.57 peratus daripada 6,769 unit katil untuk pesakit COVID-19 di Sabah ketika ini, masing-masing 1,036 katil disediakan di hospital dan 4,633 katil di PKRC.

Sementara itu, sebanyak 22 daerah kekal dalam zon merah pada hari ini dengan Kota Kinabalu merekodkan kes tertinggi sebanyak 72 kes, diikuti Lahad Datu (65), Tawau (28), Penampang (27), Tuaran (26), Kinabatangan (25), Keningau (18), Kota Marudu (17), Sandakan (16), manakala Papar dan Semporna masing-masing 15 kes.

Tiga daerah kekal dalam zon jingga iaitu Nabawan dengan empat kes, Beluran (satu kes), manakala Kuala Penyu tiada sebarang kes baharu hari ini.

Tongod dan Telupid pula kekal dalam zon kuning.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 January 2021 @ 8:55 PM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2021 10:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by krustykrab at 17-1-2021 10:39 PM

Org nk bercuti pun pi je la dgn yg satu rumah je..ini gedik sakan buat family day la bagai, bwk sekali golongan berisiko..mmg oadan sgt muka tu...amacam seronok ke positif tu..tak kesian pun dgn golongan mcm ni..sbb korg ramai org yg tak terlibat terpaksa tanggung akibat ....
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Sakan la covid berjinak jugak sama sama
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Td terbaca someone update.. Dia demam n sakit tekak, gi klinik n doc bg ubat cam biasa n bagi MC.. Next day dia cuti, rehat kat rmh tp malamnya start hilang deria rasa n bau.. Gi klinik lagi n doc suspect covid, and suruh dia wat swab test.. Next day suppose MC tapi still gi keje even sakit.. Ptgnya da start sesak nafas.. Tapi dalam rasa sesak2 napas, balik keje sempat merayap shopping mall, beli brg segala bagai ya.. Mlm tu dada kian sakit and baru terasa nak pegi wat swab test esoknya.. Tgh hari esoknya wat swab, lps 2 hari dpt result +ve.. End up sorg family member dgn 3 konyak rapat +ve juga.. Pastu boleh ya nasihat kat followers dia covid19 is real.. I was like
Doc dah saran buat swab, ko dlm sakit2 boleh merayap gi mall bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Covid tak akan reda kalu ramai yg bodoh sombong tak dengar kata. ujung ujung bila dah kena gigeh salahkan phk lain
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2021 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
harkktuih replied at 17-1-2021 11:34 PM
Td terbaca someone update.. Dia demam n sakit tekak, gi klinik n doc bg ubat cam biasa n bagi MC.. N ...

Bangangnyaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Oina...itu la tu...sdh jd penyakit baitu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2021 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
harkktuih replied at 17-1-2021 11:34 PM
Td terbaca someone update.. Dia demam n sakit tekak, gi klinik n doc bg ubat cam biasa n bagi MC.. N ...

kat mana ni...menda ni berlaku???
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawan aku satu family kena. Adik dia bergejala demam tak kebah2 seminggu lebih takde kesedaran nak pergi buat swab test. Jangkit kat bapak, mak, adik beradik lain. Bapak dah demam berhalusinasi takut tak dapat jumpa anak perempuan dok kat luar pending penceraian dgn lakinya. Anak pun balik jengok bapak dan tidur sebantal dgn adik2. Dah berjangkit. Pastu skrg baru nak buat swab test.. positif semua. Kawan aku yg pending penceraian tu gelak2 cerita kat aku buat swab test private bayar beratus2 seorang dgn gelak ketawa. Masa balik mak bapak adik adik sakit satu family tak terfikir pun covid katanya... Cerita sambil gelak ketawa.

Aku sebagai pendengar... I rest my case. Selayaknya korang semua satu family meninggal sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 09:33 AM | Show all posts
time time sekarang jangan gatal nak buat family gathering , kenduri kendara bagai...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang sangat ramai yang tak ambil berat pun pasal covid ni. Bagi diorang, yang mati pun yang dah berumur jer. Yang muda-muda ni sekadar ambil pengalaman masuk pusat kuarantin .

Kepada mereka yang betul-betul perlu keluar untuk mencari rezeki, iols doakan kesejahteraan dan keselamatan korang. Kalau macam my friend's in laws yang kutuk sheols sebab tak nak ambil bahagian dalam surprise party mak mentua, iols padankan muka saja sebab sekarang someone yang attend party tu dah positive. Yang lain tengah panic
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 18-1-2021 09:12 AM
kat mana ni...menda ni berlaku???

Kat melaka
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 10:16 AM | Show all posts
fairy_fairy replied at 18-1-2021 09:34 AM
Memang sangat ramai yang tak ambil berat pun pasal covid ni. Bagi diorang, yang mati pun yang dah be ...

semoga ada yg mampos dlm group tu baru padan muka.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 11:06 AM | Show all posts
ppl selfish betul la aihhh
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 11:33 AM | Show all posts
harkktuih replied at 17-1-2021 11:34 PM
Td terbaca someone update.. Dia demam n sakit tekak, gi klinik n doc bg ubat cam biasa n bagi MC.. N ...

covid19 is real ... statement lepas kena kovid. bodohnya ada lucu pun ada..

ada jer yang tak konfiden mereka tak kena padahal cara merebak virus tu dah merata2 ada..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2021 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku zaman covid ni pi cuti2 msia pun smua pergi tempat off the beaten track yg tak ramai org.
Ni siap berhari keluarga lagi
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 12:18 PM | Show all posts
fairy_fairy replied at 18-1-2021 09:34 AM
Memang sangat ramai yang tak ambil berat pun pasal covid ni. Bagi diorang, yang mati pun yang dah be ...

susah malaysian ni uols.. selagi depa tak tengok yang betul2 teruk dan nazak depan mata...selagi tu anggap cam biasa jer

lagi2 lepas viral kat pusat kuarantin hepi2 fashion show bagai...... so lagu mana nampak macam penyakit yang menakutkan????

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
tobobon replied at 18-1-2021 12:18 PM
susah malaysian ni uols.. selagi depa tak tengok yang betul2 teruk dan nazak depan mata...selagi t ...

Sebab yang kena after effect otot mengecut, bernafas pun penat, dapat depression sampai almost bercerai segala tu takde masa nak menulis panjang-panjang kat social media. Belum lagi masuk cerita ICU doctors yang tolong pegangkan phone dengarkan last words of their family members to the dying patients. Tu pasal people take covid ni lightly.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduina..kenapa buduh sangat, semua simptom dh ada masi jalan2 sana shopping mall
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.073138 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list