CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9890|Reply: 110

[Tempatan] Edisi gila kuasa:Mengata Dulang Paku Serpih Mengata Orang Dia Yang Lebih:Anwar s

  [Copy link]
Post time 18-1-2021 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KETUA Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang mempersiapkan pasukan peguam bagi mencabar Pengisytiharan Darurat.

Langkah terbaharu itu dinyatakan oleh Anwar dalam kenyataannya hari ini selepas beberapa hari mencadangkan kepada semua ahli Parlimen untuk mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan Pengisytiharan Darurat.

Telah saya umumkan baru-baru ini tentang usaha kami dalam merayu kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mempertahankan Perlembagaan serta rakyat dari salahguna kuasa.

“Dan juga, pasukan peguam telah ditugaskan untuk menyiapkan permohonan untuk mencabar langkah Pengisytiharan Darurat yang dibuat oleh kerajaan Muhyiddin,” kata Anwar.

Anwar bagaimanapun tidak menerangkan lebih lanjut langkah undang-undang yang akan diambilnya itu.

Tiga hari lalu, Anwar mengesahkan telah menghantar surat kepada semua Ahli Parlimen bagi mengutuskan warkah kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah

Ia bagi meminta Yang Di-Pertuan Agong membatalkan Pengisytiharan Darurat dan menitahkan sidang Parlimen sesecepat mungkin.

Dalam kenyataannya hari ini, Anwar mendakwa kerajaan yang diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin telah meletakkan negara dalam lembah percangahan dan kegilaan.

“Pengumuman demi pengumuman yang dibuat seolah tidak ada perancangan awal yang sering tidak jelas, langsung menginjak perasaan rakyat. Sebaliknya, dampak dari semua ini adalah panik dan ketidaktentuan. Muhyiddin telah meletakkan negara ini dalam lembah percanggahan.

“PKP menjadi acara tahunan yang sia-sia tanpa sebarang makna dan hasil. Apa yang kelihatan seolah bersyarat, namun nampaknya semacam akan kekal. Cakap-cakap tentang pemulihan ternyata omong kosong.

Jadinya, kita sekarang ini kembali ke peringkat asal. Mula balik. Ini mengingatkan saya kepada apa yang pernah diungkap Albert Einstein, “adalah sesuatu yang gila untuk mengulangi perkara yang sama sambil mengharapkan hasil yang berbeda”. Kerajaan pimpinan Muhyiddin hari ini telah meletakkan negara di lembah kegilaan,” katanya.

Tambahnya, Malaysia sepatutnya telah berjaya dalam melengkungkan jangkitan Covid-19 dan menjadi antara negara yang berjaya menundukkan COVID-19.

Bagaimanapun Anwar mendakwa kerajaan terus menyusah dan membodohkan rakyat dan menganggap rakyat seperti kanak-kanak.

“Apakah kita masih boleh percaya dengan kerajaan hari ini? Pengisytiharan darurat semacam tidak ada kaitan dengan usaha dan upaya kita untuk melawan dampak wabak, tetapi sebaliknya hanya sebagai wahana untuk terus berpaut pada kuasa dan kedudukan?

“Rakyat tidak mudah lupa yang kerajaan hari ini adalah kerajaan pintu belakang. Bolehkah kita percaya seorang individu yang mengkhianati Perdana Menteri-nya pada ketika itu, mengkhianati partinya sendiri, mengkhianati kawan-kawan, dan yang paling dahsyat mengkhianati mandat rakyat? Individu begini yang kita diminta untuk percaya?” kata Anwar.-SM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2021 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila orang tua ni nak mampus kena covid?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 01:14 AM | Show all posts
LoveSungmin replied at 18-1-2021 01:11 AM
Bila orang tua ni nak mampus kena covid?

hahaha...  selamba je ko (walau aku kengkadang tertanya jugak bila dia nak mati)...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 18-1-2021 01:14 AM
hahaha...  selamba je ko (walau aku kengkadang tertanya jugak bila dia nak mati)...

Bengang i dengan yang jenis tak habis2 nak berpolitik ni.. Tengok la dulu keadaan negara macam mana sekarang ni.. Nak ikut tembolok sendiri je..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 04:48 AM From the mobile phone | Show all posts
P tolong frontliner tu dulu wahai politicians sekalian
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 05:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Yakin benar!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2021 05:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni boleh di tangkap x atas akta hasutan dan mencabar intigriti kesultanan melayu.. Aku naik meluat dgn dia ni skrg.. Rakyat punya baik duk ber pkp.. Dia meroyan x abis2..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 05:22 AM From the mobile phone | Show all posts
LoveSungmin replied at 18-1-2021 01:11 AM
Bila orang tua ni nak mampus kena covid?

Aku pun sll terfkr benda yg sama.. Cuma x luahkan je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2021 06:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Bung Nuwar ni klu jd PM macam mana laa agaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 06:50 AM | Show all posts
esok lusa confem dia positip bang non the numbers ni......dah berapa org dah ahli parlimen kena....pastu baru bole laa dia dok diam.....check in MAEPS .......situ bole laa dia bg ceramah politik.....bagi tazkirah agama
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 07:31 AM | Show all posts
sidewinder replied at 18-1-2021 06:50 AM
esok lusa confem dia positip bang non the numbers ni......dah berapa org dah ahli parlimen kena....p ...

iols yakin kalau dia positip, dia takkan check in maeps, tapi masuk spital private...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
ina_na replied at 18-1-2021 05:21 AM
Dia ni boleh di tangkap x atas akta hasutan dan mencabar intigriti kesultanan melayu.. Aku naik melu ...

Itulah, dok tunggu gak response Istana dlm isu ni....andai menyalahi undang2 Bangnon ni wajib ditangkap bawah akta berkenaan.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 18-1-2021 01:14 AM
hahaha...  selamba je ko (walau aku kengkadang tertanya jugak bila dia nak mati)...

Haha..aku pun nak joint rasa mcm ko..bila lah syaitoon semua ni nak insof dlm kita sibuk dgn covid ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 10:06 AM | Show all posts
LoveSungmin replied at 18-1-2021 01:16 AM
Bengang i dengan yang jenis tak habis2 nak berpolitik ni.. Tengok la dulu keadaan negara macam man ...

ramai dah menyampah ngan dia...  kebulur kuasa betul...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 10:07 AM | Show all posts
iqbalriad replied at 18-1-2021 07:49 AM
Haha..aku pun nak joint rasa mcm ko..bila lah syaitoon semua ni nak insof dlm kita sibuk dgn covid ...

mengamyah gila kan...  annoying habis dengan manusia2 kebulur kuasa ni...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 10:13 AM | Show all posts
Edited by Al-Patih at 18-1-2021 10:14 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2021 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Agong dan tentera dah ada kuasa. Apa lagi, tangkap la anwar. Terang2 lawan darurat tengah keadaan genting ni. Jangan diam je
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah kenapa artikel tu penuh dgn unsur-unsur bahasa keindonan?
Anyway,  mohon bang non ke negara abadi dgn kadar mee segera. Dah tak larat nak layan. .
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 10:34 AM | Show all posts
ina_na replied at 18-1-2021 05:22 AM
Aku pun sll terfkr benda yg sama.. Cuma x luahkan je

Kena doakan ramai2. Orang kata kalau doa sampai 40 orang boleh makbul.

Aamiinn...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 10:44 AM | Show all posts
Aku pun meluat sgt, meroyan tak habis2...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.079355 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list