CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1218|Reply: 9

[Tempatan] Hentikan Sindiran, Kami Bukan Makan Gaji Buta, Kata Guru

   Close [Copy link]
Post time 18-1-2021 08:48 AM | Show all posts |Read mode

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan berkata, semua pihak harus menerima kenyataan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah ialah satu-satunya pilihan dalam keadaan sekarang.


FMT

KUALA LUMPUR: Selepas berterusan dituduh makan “gaji buta” semasa perintah kawalan pergerakan (PKP), warga guru sekali lagi menggesa orang ramai menghentikan tohmahan itu dan mengiktiraf pengorbanan mereka untuk memastikan pelajar menerima pendidikan berkualiti di rumah.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Aminuddin Awang berkata, warga pendidik mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk menjadikan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) lebih menarik.

“Ada guru berkorban gunakan wang sendiri untuk melanggan data internet, malah ada juga guru buat studio sendiri di rumah untuk memastikan sesi pengajaran lebih menarik,” katanya.

Ini kali kedua sejak bulan lalu NUTP terkilan dengan persepsi orang ramai yang menganggap guru kurang bekerja dan makan gaji buta dalam tempoh PKP susulan penularan pandemik Covid-19.

Beliau berkata, sepanjang PdPR dilaksanakan, ramai guru sanggup berkorban demi memastikan murid dapat mengikuti sesi pembelajaran, malah apabila kaedah itu dilaksanakan, hampir semua kos berkaitan ditanggung guru sendiri, terutamanya melibatkan utiliti.

Semalam, Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, sesi persekolahan secara bersemuka bermula 20 Jan ini di seluruh negara hanya membabitkan calon yang menduduki peperiksaan utama bagi 2020.

Semua murid lain akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah PdPR mulai 20 Jan.

Aminuddin mengakui pembelajaran secara bersemuka lebih memberikan impak dan mencapai objektif jika dibandingkan PdPR, namun semua pihak harus menerima kenyataan PdPR satu-satunya pilihan dalam keadaan sekarang.

“Kami anggap segala permasalahan sebagai cabaran dan guru-guru akan melakukan yang terbaik dalam ruang lingkup kemampuan dan kesesuaian murid. Dalam hal ini, proses pengajaran dan pembelajaran guru berasaskan keupayaan murid dan kesediaan sumber yang ada,” katanya.

Dalam hal ini, kerjasama ibu bapa amat diperlukan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah dapat berlangsung dengan lebih berkesan, tegasnya.

Sebelum ini, KPM menyediakan manual PdPR meliputi pendekatan dalam talian, luar talian dan “off-site”, sama ada menggunakan modul pembelajaran atau pembelajaran berasaskan projek, selain sentiasa berusaha memastikan semua murid mendapat akses pembelajaran.

Pada 20 Dis lepas, Timbalan Menteri Pendidikan, Muslimin Yahaya berkata, sebanyak 2.699 juta sesi PdPR dilaksanakan membabitkan guru dan murid sekolah rendah serta menengah di bawah KPM di seluruh negara dari 17 hingga 30 Nov tahun lepas.

Daripada jumlah itu, 64% merupakan PdPR dalam talian, 17% luar talian, manakala 19% gabungan kedua-dua kaedah tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2021 08:51 AM | Show all posts
“Ada guru berkorban gunakan wang sendiri untuk melanggan data internet, malah ada juga guru buat studio sendiri di rumah untuk memastikan sesi pengajaran lebih menarik,” katanya.

semua orang yang WFH subscribe internet and setp up studio/ workstation kat rumah pakai duit sendiri.. mana ada orang claim... seriously nak ungkit pasal benda gini?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 08:54 AM | Show all posts
tanak kena sindir jgn la semua aktiviti yg tak berkaitan dgn tugas guru ditayang di media sosial
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 08:59 AM | Show all posts
nutp g didik dulu guru2 bbnu yg suke ber ootd kt ig, bergelek2 kt tiktok
bila tegur merempan
bila suh balik stesen mengajar masa pkp meroyan
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan guru yg isytiharkan pkp........apa da korang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 09:02 AM | Show all posts
hari yang ada kelas online boleh lak sekolah buat mesyuarat..
macam la takde masa lain nak buat mesyuarat..
sudahnya kelas cancel..

harap bagi kerja je kat murid2..
berlambak2 nak print out..
bukak sekolah baru nak discuss..
macam ler cukup masa..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2021 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya majority guru buat keje..yg segelintir yg sibukkan kerja lain or berniaga ke maybe blh diberi surat tunjuk sebab...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 09:56 AM | Show all posts
selamat mengajar dlm norma baharau guru2 malaysia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2021 10:41 AM | Show all posts
haa...dah mula...ok, gaduh la korang...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 11:42 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:05 AM GMT+8 , Processed in 0.316943 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list