CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1226|Reply: 11

[Politik] Mahathir Sedia Terima Anwar Sebagai PM Positif, Bantu Usaha Tawan Putrajaya, Kat

[Copy link]
Post time 18-1-2021 08:58 AM | Show all posts |Read mode

Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar berkata, PH mesti ke hadapan untuk mengerakkan kesepakatan pembangkang bagi membentuk kerajaan baharu.


FMT

Faiz Zainudin

PETALING JAYA: Kesediaan Dr Mahathir Mohamad menerima Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri sekiranya beliau memperolehi sokongan mencukupi di Dewan Rakyat adalah petanda baik ke arah membentuk gagasan perdana pembangkang untuk menawan Putrajaya.

Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar, berharap susulan sokongan bekas perdana menteri itu, Anwar bersama Pakatan Harapan (PH) akan mempergiatkan usaha mengukuhkan kerjasama dengan blok pembangkang lain, termasuk kumpulan yang dipimpin Mahathir ke arah menawan semula Putrajaya.

Kenyataan Mahfuz itu menyusul selepas Majlis Presiden PH dilaporkan membincangkan kemungkinan PH menjalin semula kerjasama dengan Mahathir baru-baru ini.

Bagaimanapun tiada ketetapan atau keputusan diambil pada mesyuarat itu.

Anwar adalah pengerusi PH, selain menjadi ketua pembangkang di Parlimen dan presiden PKR. Dua lagi parti komponen gabungan pembangkang itu ialah DAP dan Amanah.

Mahfuz tidak mengulas mengenai mesyuarat PH itu, namun menekankan keperluan gabungan itu memperluaskan kerjasama dengan semua Ahli Parlimen pembangkang jika berhasrat menawan semula Putrajaya.

Beliau juga berkata sebagai blok pembangkang terbesar, wajar calon perdana menteri adalah daripada PH dan menyifatkan kenyataan Mahathir baru-baru ini sebagai perkembangan baik.

“Mahathir sudah beri isyarat positif dia sedia menerima Anwar jadi perdana menteri,dengan syarat mesti cukup bilangan sokongan majoriti,” katanya kepada FMT.

“Justeru, PH mesti (segera) ke hadapan untuk mengerakkan kesepakatan pembangkang bagi membentuk kerajaan dengan pihak lain,” tambah beliau.

Beliau akur sebelum ini PH bercanggah pendirian sehingga membawa keretakan dalam hubungan antara tiga parti itu.

“Satu pihak berpandangan begini dan satu lagi begini.Amanah pula kami melihat dari sudut cermin besar, iaitu kesepakatan semua pembangkang tidak boleh hanya berasas kepada kekuatan tiga parti dalam PH (PKR, DAP dan Amanah).

“Ini kerana PH hanya ada 91 wakil, sedangkan pembangkang kalau semua bersatu kita ada 108, jadi penyatuan pembangkang itu penting,”katanya.

Mahfuz yakin kesepakatan dalam blok pembangkang akan membuahkan pembentukan kerajaan baharu yang lebih stabil dan berwibawa.

“Kita perlu fikir hari ini, kita mempunyai asas yang kukuh untuk mendapatkan kerajaan baharu di Malaysia, apabila ternyata Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sudah tidak cukup bilangan sokongan Ahli Parlimen,” kata Mahfuz.

Mahathir adalah pengasas Pejuang yang mempunyai empat Ahli Parlimen, termasuk beliau, namun pengaruhnya merentasi politik kepartian.

Perbalahan berterusan antara beliau dan Pengerusi PH Anwar Ibrahim dikatakan punca utama pembangkang berpecah dan tidak dapat menjatuhkan Muhyiddin, meskipun kerajaan pimpinan beliau mempunyai majoriti rapuh di Parlimen.

Bagaimanapun Jumaat lalu, Mahathir dipetik berkata, beliau tiada bantahan terhadap Anwar dilantik sebagai perdana menteri, tetapi menegaskan presiden PKR itu perlu mendapatkan sokongan majoriti di Parlimen.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2021 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
kerajaan tebuk atap vs kerajaan darurat......
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Menguapppp
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Mahadey is cancelled
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 09:16 AM | Show all posts
Tak payahlah cari pasal. iol xrasa anwar ke sesiapa dalam ph tu boleh ubah keadaan sekarang.

Sesiapa pun jadi kerajaan sekarang sama jer akan penuh uturn dan tidak akan perform. rakyat akan semakin marah.

Lebih baik focus pada next PRU. Serang habis habisan segala kelemahan kerajaan sekarang dan amik alih pemerintahan ketika itu. Pada masa itu mungkin covid pun dah berakhir. Reset yang diharapkan boleh dilaksanakan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 09:28 AM | Show all posts
#rinduuuuuzamantun
#rindudeepstate
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2021 09:29 AM | Show all posts
porno sangat statement
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh btol andai masih percaya kata Atok....dia sanggup terima tu isu kedua....isu utama yg perlu ditanya utk buktikan keikhlasan dia adalah adakah Atok sendiri sanggup jadi antara yg MENYOKONG andai undian dibuat.....bukan terpaksa terima.....

Apa yg penting Pee Esh cuma kena terus kukuhkan hubungan sesana parti dan perah otak utk buat manifesto yg lain....selain berdoa byk2 agar pertembungan 3-4 penjuru berlaku antara PAS-UMNO-BERSATUrit....tu jer harapan Pee Esh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2021 10:00 AM | Show all posts
Mahathir Sedia Terima Anwar Sebagai PM Positif, Bantu Usaha Tawan Putrajaya
mamfus yg kata.....terai tanya Tun M sendiri ....either dia jadi PM atau sapi jadi PM.....janji bukan bang non the numbers jadi PM...........so kalu nak nak ambik alih kerajaan tunggu je la PRU15 nanti.....bak kata syed sadiq....jatuh nyer kerajaan PH juga disebabkan oleh org2 PH sendiri....serang menyerang sesama sendiri.....adakan benda yg tak der......pihak atasan parti kata lain....bila sampai kat org bawahan kata lain.....dlm meeting semua kata setuju....bila time menyampaikan message kat org bwh kata lain......sama laa jugak mcm UMNO skrang.....bila mesyuarat kata no anwar...no dap.....tp senyap2 pegi berunding
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 12:01 PM | Show all posts
Cakap2 orang politaik... hari ni cakap lain.. esok cakap lain..

PH kaa Bung Nuar kaa percaya kat Atok lagi.. baik p bunuh diri terjun bangunan ramai2 .. orang politaik bangang jaa tak nampak permainan Atok ni..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
anwar dipenjara bawah mahathir. pas tu mahathir nk bgk jawatan pm kt anwar? org bodoh je percaya cerita ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 12:19 PM | Show all posts
tak caye

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.076660 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list