CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 743|Reply: 4

[Tempatan] Misi Bantuan Banjir MITI di Johor dapat kebenaran MKN

[Copy link]
Post time 18-1-2021 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Misi bantuan banjir MITI dapat kebenaran MKN

KOTA TINGGI, 17 Jan -- Misi bantuan banjir Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang diadakan di daerah ini hari ini dilaksanakan selepas mendapat kebenaran dan kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN), kata Menterinya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Katanya misi itu diadakan bagi membolehkan kementerian turut terlibat dalam membantu rakyat yang terjejas banjir, khususnya dari segi pembersihan dan bantuan lain.

“MKN memberikan kelulusan untuk misi ini diteruskan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang amat ketat,” katanya kepada pemberita selepas  menyampaikan bantuan berbentuk barangan keperluan asas selain bergotong-royong membersihkan beberapa kawasan terjejas oleh bencana itu di sini.

Beliau ditanya sama ada misi itu mendapat kebenaran merentas negeri memandangkan negara kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan yang turut menyaksikan larangan merentas daerah dan negeri bagi yang negeri-negeri yang berkenaan.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata semua yang terlibat dalam misi itu sentiasa diberi ingatan agar mematuhi SOP termasuk menjaga penjarakan fizikal.






Sejak UMNO PAS Bersatu jadi kerajaan ni. Mat Sabu kembali relevan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2021 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tk dapat sambutan pon thread ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Oklah tu Azmin nk membantu
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 02:07 PM | Show all posts
dah tak cukup adun dan politician ke kat johor tu sampai politician negeri lain kena turun menyibuk..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 02:11 PM | Show all posts
Honestly nak tanya...... tak bolehkah  pertemuan  bagi meluluskan bantuan dibuat mll digital.  Dah tu kalau Azmin tak tolong, qariah setempat tak boleh bergotong royong  membantu dn membersihkan kawasan  pasca banjir ke?  Mesti nak ade Azmin juge ke.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.059579 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list