CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1559|Reply: 8

Sanggup Menyamar Gelandangan Buru Penculik, Pembunuh Anak

[Copy link]
Post time 18-1-2021 02:43 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita sanggup menyamar sebagai gelandangan bagi membantu polis memburu suspek yang membunuh dan menculik anak perempuannya.


Nathalie Amaya memaklumkan, dia mengubah penampilannya untuk bergaul dengan golongan gelandangan yang tinggal di sebuah bangunan terbiar di sekitar Bogota di San Bernado.











Lapor Daily Mail, Amaya menemui suspek yang disyaki membunuh anak perempuannya, Lynda Michelle Amaya yang ketika itu berusia 15 tahun pada Disember 2020.


Pejabat Peguam Negara Colombia kelmarin mengumumkan, tiga lelaki dan seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan.


Sehingga kini, pihak berkuasa Colombia tidak mendedahkan motif pembunuhan Lynda sama ada dia memang menjadi sasaran atau dibunuh secara tidak sengaja.


Amaya membuat keputusan untuk membantu polis Colombia menjejaki suspek pembunuhan anaknya pada 3 Disember lalu.

“Antara perubahan penampilan yang saya lakukan termasuk ‘membiarkan diri saya berbau busuk’, menconteng muka dengan arang dan memasuki ‘sarang gelandangan’ bagi memberitahu mereka mengenai kehadiran saya.

“Saya akan pergi ke tempat gelandangan di mana mayat anak perempuan saya ditemukan pada setiap malam. Saya dapat rasakan ‘kehadiran’ Lynda di sana,” katanya.


Berdasarkan maklumat pejabat Peguam Negara Colombia, Lynda melakukan aktiviti berbasikal pada 17 November sebelum telefonnya dicuri.






(Kiri) Lynda, (kanan) Nathalie Amaya


Kredit foto: Daily Mail



Remaja itu kemudiannya pulang ke rumah dan pada 30 November, dia memberitahu ibunya bahawa dia ingin pergi ke sebuah tempat yang menjual kebanyakan telefon curi.


Tarikh itu merupakan hari terakhir Lynda bertemu dengan ibunya sebelum mayatnya ditemui keesokan hari di dalam bangunan kosong yang dijadikan rumah untuk gelandangan.


Hasil bedah siasat mendapati Lynda dipukul dan ditikam hingga mati sebelum mayatnya dimasukkan ke dalam beg hitam dan dipindahkan ke bangunan kosong tersebut.


Selain itu, terdapat juga sumber mendakwa ketua mafia tempatan dikenali sebagai Tazmania yang mengarahkan agar Lynda diculik bagi menuntut wang tebusan daripada keluarganya.


Seorang daripada ahli keluarga Amaya berkata, ahli kumpulan Tazmania ada menghubungi mereka untuk meminta wang tebusan jika mahu Lynda dibebaskan sebelum gadis itu dibunuh.


Sementara itu, Amaya mengetahui mengenai berita penemuan mayat seorang remaja perempuan di sebuah bangunan terbiar di San Bernado menerusi laporan media tempatan.


Wanita itu kemudiannya pergi ke rumah mayat berhampiran untuk memastikan jika mayat tersebut adalah anaknya, namun Amaya hampa apabila dia dimaklumkan mayat itu bukan anaknya.


Malah, pegawai perubatan tidak pernah meminta sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) kerana mereka menegaskan mangsa berusia antara 19 dan 23 tahun, manakala Lynda berusia 15 tahun.


Amaya dan keluarganya dengan bantuan rakan memulakan operasi mencari sendiri di mana Lynda sehingga 1 Januari lalu dia dimaklumkan bahawa mayat anak gadisnya berada di sebuah rumah mayat di sini.




Sumber: Utusan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2021 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasih seorang ibu. Sanggup menyamar jd gelandangan
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
harap difilemkan....best citer dr kisah benar camni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 03:15 PM | Show all posts
mcm cerita pappermint
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 04:27 PM | Show all posts
so skrg pembunuh masih tak di jumpai la kan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 04:38 PM | Show all posts
Moga dia temui apa yang dia cari
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2021 04:41 PM | Show all posts

terus teringat movie ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 08:35 PM | Show all posts

gerammm giler waktu pembunuh2 tu gelak waktu dia kene taser
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2021 09:30 PM | Show all posts
paling takut jumpa org psiko...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.066609 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list