CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4356|Reply: 21

'Bisik sahaja kalau tiada wang, nanti saya bungkus'

[Copy link]
Post time 19-1-2021 03:05 PM | Show all posts |Read mode
'Bisik sahaja kalau tiada wang, nanti saya bungkus'

https://www.sinarharian.com.my/a ... -nanti-saya-bungkus

ROSILAWATI ROSEDI | | 19 Januari 2021


Atikah menawarkan makanan percuma di kafe miliknya kepada mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dan banjir.

TEMERLOH - Seorang pemilik kafe, Atikah Muklis bersedia memberi makanan percuma kepada mereka yang terjejas akibat banjir dan pandemik Covid-19.

Atikah yang juga pemilik Atikah Mukhlis One Stop Station di Jalan Pak Sako Temerloh di sini mahu berkongsi rezeki dengan golongan itu kerana bersimpati dengan masalah kewangan dan situasi yang dihadapi mereka.

Menurut wanita berusia 33 tahun itu, dia tidak mampu memberi wang tetapi hanya boleh berkongsi rezeki makanan secara percuma.

"Datanglah ke kafe milik saya, tidak perlu bayar, saya ikhlas membantu dan tiada terhad waktu. Datang sahaja bila-bila masa kafe beroperasi," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Atikah yang membuka kafe itu sejak 11 bulan lalu berkata, dia sedar masih ada ramai yang kelaparan, namun memilih untuk mendiamkan diri kerana malu.


Nasi lemak antara yang terdapat di kafe milik Atikah.

"Jika malu mereka boleh datang dan berbisik atau hubungi saya. Saya sendiri akan bungkuskan makanan.

"Saya anggap ini untuk bekalan akhirat dan niatkan untuk kedua ibu bapa dan mentua, cuma doakan saya murah rezeki selalu," katanya yang kini sedang hamil 17 minggu.

Ujarnya, sebelum ini dia juga sibuk mengagihkan bekalan makanan dan barangan keperluan kepada mangsa banjir di beberapa kampung sekitar Temerloh.

Kafe tersebut beroperasi setiap hari kecuali Selasa bermula jam 10.30 pagi hingga 9.30 malam menawarkan pelbagai menu antaranya nasi lemak, laksa, waffle, kerabu megi, nasi bajet dan pelbagai jenis minuman.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2021 03:12 PM | Show all posts
alhamdulillah dik semuga murah rezeki
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 03:15 PM | Show all posts
moga dilapangkan rezeki buat adik ni
dipermudahkan urusan
teringin aku nak buat benda2 mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rajin berangan nk buat vid yt masak smbil menjamu mangsa banjir. Bahan2 kita dptkan dri local seller.  Bole gitu
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 03:32 PM | Show all posts
way to go rodong!
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 03:57 PM | Show all posts
alhamdulillah..semoga adik ini dilimpahi rezeki....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2021 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga dilimpahi rezeki dik
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 04:05 PM | Show all posts
chandrahusin replied at 19-1-2021 03:15 PM
moga dilapangkan rezeki buat adik ni
dipermudahkan urusan
teringin aku nak buat benda2 mcm ni

kannn..teringin sgt2..tp buat mase ni aku mampu buat utk ahli keluarga terdekat je..
Semoga Allah makbulkan impian kita..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2021 04:08 PM | Show all posts
kita bayar zakat pun dah ok, nak bagi ramai2 makan mmg tak terdaya
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 04:10 PM | Show all posts
moga amalan terpuji beliau yang di viralkan ini menjadi ikutan ramai pihak lain.

maka bercambahlah saham pahala hingga akhirat.


aku teringat waktu terduduk dulu, terpaksa cari dan kutip duit syiling di setiap penjuru rumah.. lepas tu tukar dengan amoi cashier..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah ika dah masuk sokabar dah plak ye, iols tak pasti dia ni junior iols kat sekolah ke apa tau2 dah lama friend kat fb yang pasti sama2 orang Pahang.

Hari tu masa banjir teruk kat temerloh ngn mentakab bagai dia ni gigih tau g hantar makanan kt pusat mangsa banjir tu.
Siap naik bot lagi rentas sungai yg besar tu dahla time tu dia tak pakai jaket keselamatan.
Kita lak yg risau tgk sbb dia tgh pregnant kan.
Orang lain kalau tgh ngandung tak turun dah wat kije gini tp dia rileks je hari2 lak tu.

Tak silap ada orang bagi duit derma so dia or mak dia masakkan juadah dan pi hantar kat mangsa2 banjir tu.

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
chandrahusin replied at 19-1-2021 03:15 PM
moga dilapangkan rezeki buat adik ni
dipermudahkan urusan
teringin aku nak buat benda2 mcm ni

Kat fb Ika cakap gara2 kuar berita ni ramai mesej dia nk  join bagi sumbangan gak

Hari tu pun sama masa banjir ada orang nak sedekah nasi ayam kot utk berapa org makan tah tapi melalui dia la.
Kita bagi je duit nanti dia siapkan makanan tu dan agihkanlah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 04:43 PM | Show all posts
ibu_haritz replied at 19-1-2021 04:05 PM
kannn..teringin sgt2..tp buat mase ni aku mampu buat utk ahli keluarga terdekat je..
Semoga Allah ...

Wah! permulaan yg baik
bagi saudara mara keluarga dulu
2x ganda pahala tu
moga dilapangkan rezeki ibu haritz juga
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 04:44 PM | Show all posts
Suchi replied at 19-1-2021 04:38 PM
Kat fb Ika cakap gara2 kuar berita ni ramai mesej dia nk  join bagi sumbangan gak

Hari tu pun s ...

terima kasih info
nnt saya ke FB dia
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Hebat nya sheol. Xmampu buat mcm ni. Smoga dimurahkan rezeki utk tlg lebih ramai org yg susah. Hrap yg perangai hauk mcm suhaimi saad jgn sibuk nk jugak
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 06:02 PM | Show all posts
Syukur ada yang sudi membantu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2021 06:04 PM | Show all posts
bangga betul cara dia bantu orang...
siap suruh bisik lagi untuk jaga aib pelanggan...

you go dik... moga bisnes dia makin maju dan murah rezeki dia macam sungai mengalir tak henti2...

dia hanya minta satu benda je ya itu doa... marilah doakan dia...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagusnya. Dia jaga air muka orang yang tak mampu. Semoga dimurahkan rezeki atikah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 08:45 PM | Show all posts
alhamdulillah..

rasanya kalau publisiti meluas, ada yg dtg share nk  sedekah sama tu....
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Baik hati adik ni. Semoga cafe dia makin maju
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.351071 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list