CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2714|Reply: 20

[Tempatan] Darurat pulihkan ekonomi: Najib 'cabar' Tengku Zafrul

[Copy link]
Post time 20-1-2021 11:39 AM | Show all posts |Read mode
Darurat pulihkan ekonomi: Najib 'cabar' Tengku Zafrul

https://www.malaysiakini.com/news/559687

Haspaizi Zain
Diterbitkan 20 Jan 2021, 11:32 am



Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini 'mencabar' Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz menamakan sebuah negara dalam dunia yang menggantung parlimen atas alasan mahu menghadapi Covid-19.

Membuat kenyataan bersifat menyindir melalui hantaran di media sosial Najib berkata tidak ada mana-mana negara pun bertindak mengisytiharkan darurat dan menggantung parlimen untuk memperkukuhkan ekonomi.

Jelas Najib darurat diisytiharkan di negara lain bermaksud untuk memberi kuasa kepada kerajaan kerana mereka tidak mempunyai akta seperti Malaysia.

"Perlu jujur, bro. Rugilah negara-negara lain tak gantung parlimen jika benar bahawa langkah ini boleh kuatkan ekonomi," katanya.


Bekas presiden Umno itu juga berkata adalah tidak tepat untuk menyamakan Malaysia dengan 80 negara lain yang mengisytihar darurat kerana diancam Covid.

"Darurat bagi negara-negara lain bermaksud kuasa diberi kepada kerajaan untuk lakukan lockdown (sekatan pergerakan) sebab mereka tidak ada akta-akta seperti kita yang boleh lockdown tanpa darurat.

"Parlimen mereka tak pernah gantung," katanya.

Terdahulu, Tengku Zafrul dilaporkan berkata dakwaan yang mengatakan proklamasi darurat menakutkan golongan pelabur adalah tidak tepat, sebaliknya ia mampu membantu pemulihan ekonomi negara.

Kata senator itu lagi, Malaysia merupakan satu daripada 80 negara di dunia - atau hampir setengah daripada seluruh dunia - yang mengisytiharkan darurat bagi menangani pandemik Covid-19.

"Seperti yang saya katakan, kesihatan awam adalah kunci untuk pemulihan ekonomi. Saya ingin jelaskan apa-apa keputusan dalam tempoh ini perlu mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong atau orang yang dilantik baginda," katanya.

Tengku Zafrul berkata demikian pada satu sesi taklimat khas mengenai Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) bernilai RM15 bilion dengan 22 inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Pada 12 Jan lepas, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung pandemik Covid-19 di negara ini.

Kata Najib, Malaysia satu-satunya negara dalam dunia menggunakan alasan Covid untuk gantung parlimen.

"Senang sahaja, Tengku Zafrul. Namakan satu negara lain dalam dunia yang gantung parlimen (bukan tunda sesi parlimen) selama tujuh bulan," kata Najib lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2021 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Tang ni najib nampak bijak sikit... haha.... Politik vs korporat...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 12:09 PM | Show all posts
Najib berkata tidak ada mana-mana negara pun bertindak mengisytiharkan darurat dan menggantung parlimen untuk memperkukuhkan ekonomi.
siapo punya ekonomi...?????
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 12:14 PM | Show all posts
najib merasakan apa orang lain cakap pasal 1mdb dulu2 waktu dia berkuasa. karma is there bibir pink
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 12:27 PM | Show all posts
kiri kanan atas bawah TZ kena attack semanjak dua menjak ni

Malaysia bukan lagi pilihan pelabur, Zafrul usah 'tumpang nama'

Diterbitkan 20 Jan 2021, 10:36 am
Dikemaskini 10:39 am
A+
A-
Perkembangan terkini membuktikan Malaysia bukan lagi pilihan pelabur asing dalam sektor automotif yang kini memilih untuk menanam modal di negara jiran, kata seorang pemimpin PKR.

Menurut Syed Ibrahim Syed Noh, pembukaan pusat pengedaran alat ganti serantau Volkswagen di Tanjung Pelepas, Johor bukanlah ukuran untuk membuktikan ekonomi Malaysia masih kukuh ketika negara berdepan pandemik Covid-19.

"Namun, perkembangan ini juga merupakan bukti ekonomi dan pelaburan Malaysia masih tidak kukuh.

"rojek pembukaan pusat serantau ini diumumkan semenjak 2016 lagi dan dijadualkan siap pada penghujung tahun 2018.

"Tetapi, atas faktor ekonomi dan hala tuju negara yang tidak meyakinkan, ia hanya dapat beroperasi pada suku pertama tahun 2021. Ia bukan contoh pelaburan asing langsung dalam keadaan pandemik," kata pengerusi PKR Johor itu dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Syed Ibrahim PKR menggesa kerajaan terutamanya Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri agar lebih giat memainkan peranan membawa masuk pelaburan asing ke dalam negara.

Jelasnya kerajaan wajib meneliti dan merangka pelan untuk memanfaatkan pelaburan-pelaburan berkenaan bagi rakyat dan ekonomi Malaysia.

Pada 17 Jan lalu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam status Facebooknya memuat naik artikel mengenai pembukaan pusat pengedaran alat ganti serantau Volkswagen di Tanjung Pelepas.

Kata senator itu ia menjadi bukti mengenai kedudukan Malaysia sebagai hub perniagaan utama syarikat multinasional.

Dengan infrastruktur yang mantap, katanya, hubungan bertaraf dunia dan bakat yang siap pada masa depan, Malaysia akan menjadi destinasi utama syarikat multinasional yang ingin berkembang ke rantau Asia Pasifik.

Syed Ibrahim yang juga ahli parlimen Ledang berkata Tengku Zafrul tidak wajar mengambil nama atas usaha pihak-pihak terdahulu sebaliknya membuktikan kepada rakyat bahawa kerajaan hari ini berpijak di bumi yang nyata serta mempunyai perancangan kukuh untuk sektor ekonomi negara.

Ahli parlimen Ledang itu menambah aliran pelaburan antarabangsa di rantau Asia yang kini beralih angin ke negara jiran juga wajib diberi perhatian.

"akar-pakar ekonomi menyuarakan kebimbangan terhadap pengumuman perintah kawalan pergerakan (PKP) kedua dan pengisytiharan darurat oleh kerajaan yang membawa kesan kepada keyakinan pelabur asing.

"Sebagai contoh, landskap automotif yang dahulunya berkembang pesat dalam Malaysia kini beralih tumpuan ke Thailand, Indonesia dan Singapura.

"Syarikat-syarikat besar seperti Hyundai dan Mercedes-Benz kini cenderung untuk membuka cawangan di negara jiran seperti Thailand dan Singapura," katanya lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 12:40 PM | Show all posts
Silap la TZ lawan Najib..bossku mentri kewangan terbaik didonia kata Dizek..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2021 12:40 PM | Show all posts
MASA gini pun nak berpolitik bodoh.;  nanti kena mcm nazri teksi bebal tu baru tahu covid tinggi ke rendah...  eeeee
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 07:34 PM | Show all posts
diam la bijan.

1mdb punya hal ko settle kan dulu. seb baek ko byk duit dan byk kes......kalau x dh pegi penjara ok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2021 07:41 PM | Show all posts
covid ni ada ka zaman hang perintah najib oii
takyah duk acah hang cerdik sgtla..berapa byk negara bermasalah dgn covid?
setiap negara ada cara & pendekatan sendiri nak settle masalah ni.
meluat aih dgn politaik acah depa pakar settle masalah negara skrg ni.

Kalaula politaik ni betul pikir psl rakyat, takde la hngpa duk bercekau tunjuk "aku terer dr hang"
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Boomibulat replied at 20-1-2021 12:40 PM
Silap la TZ lawan Najib..bossku mentri kewangan terbaik didonia kata Dizek..

Ya..hanya dia yang pernah meminjam dari dia dan diluluskan oleh dia.orang lain takde buat lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Isk isk isk, yang ni pun tak takut kena covid ka... Bercekau sakan,,, hurmmm
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry to say...aku rasa najib lebih ok urus ekonomi banding zafrul dan madey. Buat la pitenah apa pon pasal rosmah ke 1mdubo ke, najib jauuuuuhhhhh ke depan bab urus ekonomi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu duit 2.6 billion tu ada lg...mesti Pok Jib blh bantu rakyat yg dlm kesusahan akibat Covid ni...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Bosan la tokjib ni...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 08:41 PM | Show all posts


Mungkin akan datang, giliran rakyat Malaysia pulak yg berpusu-pusu jadi pekerja asing di Indonesia...

Perancangan untuk kemajuan negara, yg mampu menarik pelabur, mengujudkan byk peluang pekerjaan kpd rakyat terganggu akibat peralihan kuasa politik seperti HSR, ECRL dll.



South-east Asia's first high-speed rail project in Indonesia is 64% completedKereta Cepat Indonesia China aims to complete the drilling of two other tunnels over the next two months.PHOTO: THE JAKARTA POST/ASIA NEWS NETWORK


  • PUBLISHED
    DEC 17, 2020, 5:06 PM SGT








JAKARTA (THE JAKARTA POST/ASIA NEWS NETWORK) - Railway developer PT Kereta Cepat Indonesia China (KCIC) said it has completed 63.9 per cent of construction on the Jakarta-Bandung high-speed rail (HSR), overcoming delays due to the coronavirus pandemic.

The tunnel drilling for South-east Asia's first HSR project has reached 74.94 per cent completion, KCIC president director Chandra Dwiputra in a statement on Tuesday (Dec 15).

KCIC has wrapped up the drilling of a tunnel, called Tunnel 1, which spans 1.8km and is located under the Jakarta-Cikampek toll road that connects Jakarta with Bekasi in West Java.





Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 10:00 PM | Show all posts
creep_bite replied at 20-1-2021 08:33 PM
Klu duit 2.6 billion tu ada lg...mesti Pok Jib blh bantu rakyat yg dlm kesusahan akibat Covid ni...  ...



nak bantu rakyat...Pok Jib tak perlu pun duit 2.6 billion tu...sebab tu dia pulang balik sebahagian besar duit tu kpd yg derma.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2021 10:07 PM | Show all posts
Den banyak belajar org politik akan bijak bila x de kuasa......... Bila dah dapat kuasa bijaknya dia simpan untuk masa dia x de kuasa..........
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 10:15 PM | Show all posts
highcastle replied at 20-1-2021 10:07 PM
Den banyak belajar org politik akan bijak bila x de kuasa......... Bila dah dapat kuasa bijaknya dia ...

betul jugak tu...
bijak menipu, buat fitnah, buat janji palsu, semua nak bagi free kat rakyat...tol free, ptptn free...
tapi bila dah dapat kuasa,  maka,  kenalah simpan bijak tu.....sebab tak mampu nak laksanakan keje menipu...
rakyat jugak yg merana.....yg dikejor tak dapat, yg dikendong berciciran...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 10:18 PM | Show all posts
Semoga ekonomi negara dapat segera dipulihkan....
dan semoga anak, cucu, cicit kita tak naik tongkang merantau ke negara orang mencari keje...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 10:24 PM | Show all posts
Ekonomi malaysia memang sangat sangat jauh lebih baik masa zaman najib. Kalau najib tak jatuh hari tu mungkin kita dah diiktiraf sebagai high income nation tahun 2021 ni. Projek2 mega pun banyak dah siap. Sekarang ni semua hancur musnah gara2 PH & PN. Kalau terus macam ni konfom lagi 10 tahun rakyat malaysia pula berduyun2 cari rezeki ke indon.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.075234 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list