CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 913|Reply: 0

Leicester Benam Chelsea, Pintas United

[Copy link]
Post time 20-1-2021 01:15 PM | Show all posts |Read mode

Pemain Leicester City James Maddison (kiri) menjaringkan gol kedua pasukannya ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Chelsea di Stadium King Power. - Foto AFP


Berita Harian

LEICESTER, United Kingdom: Leicester melonjak ke puncak Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Chelsea 2-0 di Stadium King Power.

Chelsea, yang hanya menang dua daripada lapan penampilan terakhir liga, tercicir ke tangga kelapan, sembilan mata di belakang pendahulu sekali gus memberi tekanan ke atas pengendalinya Frank Lampard.

Chelsea diletakkan jangkaan sebagai pencabar gelaran apabila berbelanja besar ketika jendela perpindahan lalu.

Sebaliknya Leicester yang dilihat lebih berwibawa untuk mengulangi kejuaraan epik mereka pada musim 2015-16.

Gelaran kedua dalam tempoh lima tahun bukan lagi kejutan buat Leicester, walaupun jurang kewangan antara The Foxes dan enam pasukan besar Liga Perdana amat ketara.

Leicester kembali mencabar kelompok teratas liga tertinggi Inggeris itu selepas Brendan Rodgers mengambil alih pasukan hampir dua tahun lalu.

Wilfried Ndidi yang mengemudi barisan tengah Leicester meletakkan pasukannya di depan selepas merembat hantaran lintang Marc Albrighton.

Chelsea seakan mendapat sepakan penalti apabila Christian Pulisic dikasari Jonny Evans, tetapi selepas penilaian VAR, kekasaran didapati berlaku di luar kotak.

Leicester kemudian menambah jaringan menerusi James Maddison yang mendapat hantaran jauh daripada Albrighton.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.057235 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list